Keputusan TM Piala Malaysia : 30 September 2021

 


Dua perlawanan TM Piala Malaysia berlangsung pada hari ini (30/09/2021), jam 9.00 malam, melibatkan pasukan bola sepak KDA FC bertemu Melaka United di dalam kumpulan C serta JDT FC dan PJ City FC yang berada di dalam kumpulan D.


KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN


Kumpulan C


KDA FC 1 - 3 Melaka United

6' Kpah Sherman [ KDA FC ]

23' Sony Norde [ Melaka United ]

38' Manuel Gelito Ott [ Melaka United ]

52' Manuel Gelito Ott [ Melaka United ]



Kumpulan D


JDT FC 1 - 0 PJ City FC

3' Gonzalo Cabrera [ JDT ]





Keputusan TM Piala Malaysia : 30 September 2021

 


Satu perlawanan TM Piala Malaysia berlangsung pada hari ini (30/09/2021), jam 4.45 petang, melibatkan pasukan bola sepak Kelantan FC dan Sabah FC yang berada di dalam kumpulan D.


KEPUTUSAN SEMASA PERLAWANAN

Separuh Masa Kedua


Kumpulan D


Kelantan FC 2 - 2 Sabah FC

32' Risto Mitrevski [ Sabah FC ]

39' Natanael Siringo Ringo [ Kelantan FC ]

70' Mohammad Haziq Mohd Subri [ Kelantan FC ]

80' Risto Mitrevski [ Sabah FC ]



USA beri radar jarak jauh bernilai RM100 juta kepada Malaysia

 


Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat telah mengeluarkan kontrak bernilai US$25.1 juta (RM103 juta) kepada syarikat Lockheed Martin untuk membekalkan sebuah radar jarak jauh kepada Malaysia.

Pakej termasuklah alat ganti dan latihan kepada anggota-anggota TUDM yang bakal mengendalikannya, sebagaimana yang telah dilaporkan oleh Defence Security Asia sebelum ini.

Menurut kenyataan daripada Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat bertarikh Sept 24 lalu menyebut bahawa syarikat Lockheed Martin di Liverpool, New York telah dianugerahkan kontrak bernilai US$25.1 juta untuk “Malaysia Ground Based Radar System.”

Keputusan TM Piala Malaysia : 29 September 2021


Empat perlawanan TM Piala Malaysia berlangsung pada hari ini (29/09/2021), jam 9.00 malam melibatkan lapan pasukan bola sepak Liga Malaysia yang berada di dalam kumpulan A dan B.


KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN


Kumpulan A


Penang FC 1 - 1 Kuala Lumpur City FC

77' Sheriddin Boboev [ Penang FC ]

90+3' Romel Morales [ Kuala Lumpur City FC ]


Sarawak United 1 - 0 Sri Pahang FC

61' Tommy Mawat [ Sarawak United ]


Kumpulan B


Kuching City FC 2 - 2 Perak FC

9' Hudson [ Kuching City FC ]

48' Adib Raop [ Perak FC ]

67' Alif Hassan [ Kuching City FC ]

70' Safuan Aizat [ Perak FC ]


Terengganu FC 2 - 1 Selangor FC

23' Dechi Nguessan [ Terengganu FC ]

51' Lee Tuck [ Terengganu FC ]

74' Ashmawi Yakin [ Selangor FC ]





Petua yang perlu dibuat untuk menginap di hotel setelah lama terkurung sepi

 


Perkongsian dari Ustaz Kazim kepada mereka yang selalu  "outstation" inuntuk urusan rasmi ataupun bercuti, ketika menginap di hotel atau homestay, cuba amalkan perkara-perkara yang berikutnya :


1) Selepas check in, ketuk pintu dulu sebelum masuk bilik. Buka pintu dan bagi salam. Kita tak tahu dalam bilik tu ada 'benda' atau tidak. Sekurang-kurangnya kalau ada tu, 'dia' tahu kita ni jenis beradab.

2) Kasut/selipar tu kalau boleh jangan disusun rapat. Salah satu sengaja terbalikkan. Kerana 'benda' ni mereka suka 'mencuba' barangan kepunyaan kita. Bila tercuba dengan sesuatu yang 'ngam', dia akan terus berada di situ, tak berganjak sehingga 'dia' ikut kita balik rumah.

3) Sekiranya kain jendela bilik tertutup dan hari masih siang, bukakan kain dan jendela itu sekejap. Dengan membuka tingkap ni, 'haba' dari luar akan masuk memenuhi ruangan dalam dan apa-apa yang 'sejuk' di dalam akan keluar. Pendek kata, pastikan bilik tu ada peredaran udara.

4) Ketuk, dan buka pintu bilik mandi dan pasangkan lampu dan biarkan pintu tu terbuka (sekejap), juga untuk tujuan peredaran udara kerana bilik mandi adalah ruangan yang paling 'sejuk' di dalam sesebuah bilik hotel dan jangan lupa juga, flush kan tandas sekali (tujuan untuk membuang aura negatif yang mungkin telah lama bertakung) dan bukakan pili untuk biarkan air mengalir sebentar dan basuhkan tangan dan kaki.

5) Sekiranya anda seorang sahaja dan diberikan bilik berkatil kembar, penuhkan salah satu katil tu dengan barang-barang seperti beg, baju, seluar, dokumen-dokumen dan bantal yang tak digunakan tu kalau boleh, letakkan di katil yang anda akan tidur.

Sekiranya mendapat bilik dengan katil jenis Queen atau pun King, gunakan ke semua bantal yang ada dan tidur di tengah katil. Jangan tidur di sebelah sahaja dan biarkan sebelah lagi tu kosong.

6) Ketika nak masuk tidur, biarkan salah satu lampu dalam bilik terpasang ataupun sekurang-kurangnya pasangkan lampu dalam bilik mandi.

7) Membaca doa sebelum tidur agar kita dijauhi gangguan yang tidak diingini.

😎 Jangan tinggal solat


Semoga bermanfaat


Aamiin...🌹

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan