Dah dapat bantuan, turunkan bendera putih !

 


Exco Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon berkata, pihaknya kesal apabila terdapat keluarga yang berterusan mengibarkan bendera putih walaupun sudah menerima bantuan pelbagai pihak.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang berkata, terdapat rumah yang sebelum ini mengibarkan bendera putih sebelum pusat khidmatnya datang memberi bantuan.

Bagaimanapun, katanya, selepas menerima pelbagai bantuan, keluarga berkenaan masih terus menggantungkan bendera putih tersebut.

"Bukan sahaja di pusat khidmat, malah terdapat beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Magic dan Persatuan Muhibah, serta individu yang bermurah hati membantu keluarga tersebut.

"Nampaknya, ada pihak yang ingin mengambil kesempatan. Konsep bendera putih itu disalah guna dan tidak sepatutnya berlaku," ujarnya.

Beliau sehubungan itu meminta orang ramai yang menggantung bendera putih kerana terputus bekalan makanan supaya menurunkan bendera terbabit selepas bantuan diterima.

"Bagaimanapun mereka boleh menaikkan semula bendera putih itu sekiranya benar-benar kehabisan bekalan makanan," katanya.


Kredit :

- Sarinah Mat Kasim ( Sinar Harian )

JANGAN melakukan aktiviti berat selepas mendapatkan suntikan vaksin

Sekiranya anda baru menerima vaksin, khususnya kepada golongan lelaki muda berusia 30 tahun ke bawah, elakkan aktiviti fizikal yang BERAT. 

Aktiviti fizikal ringan seperti regangan, berjalan kaki dan kerja rumah boleh dilakukan. 

Jika ada gejala sesak nafas, sakit dada dan jantung berdebar dapatkan pemeriksaan segera

Kredit : Public Health Malaysia


Resipi Mochi Ice Cream

 

Resipi Mudah Buat Ais Krim Mochi.


Bahan-bahan mochi :

50gram tepung pulut

100gram gula pasir

100ml air

1 sudu besar pewarna kesukaan *optional

Tepung jagung secukupnya


Bahan inti :

Apa-apa jenis perisa ais krim kesukaan anda


Cara membuat

1. Bulatkan ais krim menggunakan scoop khas untuk ais krim mengikut berapa banyak yang anda mahu. Kemudian ais krim tadi di simpan semula dalam peti sejuk beku.

2. Satukan tepung pulut, gula, air dan pewarna. Kemudian kukuskan sehingga teksturnya berubah likat berkilat.

3. Taburkan tepung di atas dulang dan sedikit di atas adunan mochi tadi supaya penggelek tidak melekat ke atasnya. Gelek sehingga rata.

4. Masukkan adunan mochi yang sudah digelek ke dalam mangkuk. Lapik mangkuk dengan plastik untuk memudahkan mochi dikeluarkan.

5. Masukkan ais krim yang disejuk beku tadi ke dalam mochi dan sejukkan selama 30 minit.

6. Lebih enak dinikmati sementara masih sejuk.


Kredit : MakanLena

Pinjam makanan dari jiran

 


Pinjam telur ayam daripada jiran dan gunakan susu pekat bagi menggantikan susu tepung formulasi untuk anaknya berusia tiga tahun.

Itu kesusahan ditanggung pasangan muda di Kampung Pauh Sayong, Kuala Kangsar, Perak, sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Suri rumah, Siti Azura Arifin, 26, berkata, suami, Muhamad Faizal Kamarul Zaman, 27, yang bekerja sebagai tukang rumah tidak dapat bekerja berikutan sektor itu tidak boleh beroperasi.

"Kini, suami hanya mengambil upah melakukan kerja kampung dengan pendapatan tidak menentu selain kadang kala terpaksa menebalkan muka untuk meminjam barang dapur terutamanya telur daripada jiran.

"Pernah sampai tahap kami empat beranak meminjam telur dengan orang depan (jiran), dapat dua tiga butir pun jadilah. Memang malu tapi hendak atau tidak kami terpaksa sebab kasihankan anak-anak yang sedang lapar.

"Pernah guna susu pekat untuk gantikan susu formula anak namun sekarang syukurlah dia sudah boleh minum air biasa," katanya memaklumkan anak sulung mereka, Muhamad Farez Iqbal Muhamad Faizal, 8, merupakan kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) berikutan lumpuh separuh badan sejak berusia lima tahun akibat penyakit sindrom Guillain-Barre (GBS).

Siti Azura yang kini sarat mengandung lapan bulan berkata, bayaran sewa rumahnya juga kini tertunggak hampir setahun membabitkan RM250 sebulan selain tunggakan bil eletrik dan air membabitkan nilai kira-kira RM800.

"Namun mujur tuan rumah masih benarkan kami menetap di rumahnya ini. Memang ada terfikir juga nak kibar bendera hari itu (minggu lalu) sebab barang keperluan makanan habis, namun saya dan suami agak pemalu," katanya.

Katanya, selain dibantu penduduk sekitar, adik lelakinya yang juga peniaga burger sering menghulurkan bantuan.

Mengulas mengenai Muhamad Farez Iqbal, katanya, sebelum mengidap GBS, anaknya itu sempat memasuki pra-sekolah dan bergaul dengan rakan seusianya.

"Kalau ada pihak yang sudi membantu, sememangnya kami hendak sangat dia bersekolah. Lagipun dia selalu cakap hendak sekolah," katanya.

Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menghulurkan sumbangan menghubunginya Siti Azura di talian 011-35425327.


Kredit : Harian Metro ( Muhammad Zulsyamini Sufian Suri )

Makanan yang tidak boleh dimakan oleh kucing

 


Perhatian kepada pemilik kucing... berikut merupakan makana  yang TIDAK boleh dimakan oleh kucing. 

Jangan ambil mudah, segala jenis bawang termasuk bawang goreng, bawang mentah dan bawang yang telah dimasak boleh akibatkan sel darah merah pecah dan menyebabkan masalah kurang darah. 

Lebih bahaya adalah bawang putih. Ia adalah lima kali ganda lebih bahaya berbanding bawang biasa.

Antara bahan makanan lain yang perlu dihindarkan dari kucing ialah :

🖤 Susu dan produk tenusu : akan mengakibatkan cirit dan masalah penghadaman.

🖤 Anggur : mengakibatkan masalah buah pinggang

🖤 Kopi dan coklat

🖤 Ikan mentah, daging mentah dan telur mentah

🖤 Makanan anjing


Kredit : Public Health Malaysia



Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan