Pohang Steelers vs Johor Dari Ta'zim - AFC Champions League : 28 Jun 2021

 


Perlawanan Kumpulan G antara Pohang Steelers melawan Johor Darul Ta'zim, berlangsung pada 28 Jun 2021, pukul 10.00 malam waktu Malaysia.


๐ŸŽrefresh atau reload web browser anda dari semasa ke semasa๐ŸŽ


KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN


Pohang Steelers 2 - 1 Johor Darul Ta'zim

17' Leandro Velรกzquez ( JDT )

27' Borys Tashchy - penalti ( PS )

35' Sang Woo Kang - penalti ( PS )

82' Young Jun Goh ( PD )

90+1' Sang Hyub Lim ( PD )


•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••


Urutan kaki di PJS 4/10, Taman Indah Jaya, Petaling Jaya Selangor.

40 minit = RM25.00

Mesej awal melalui Whatsapp jika nak datang ( Jangan call ).





Risiko serangan sakit jantung dikurangkan dengan menderma darah

 


Menderma darah bukan sahaja memberi manfaat pada penerima, malah ada manfaat KESIHATAN pada penderma. 

Kajian menunjukkan, risiko serangan jantung dan strok dapat dikurangkan apabila seseorang menderma darah. 

Dalam satu kajian yang dibuat oleh sepasukan penyelidik bahagian Pentadbiran Perubatan Veteran di Amerika mendapati penderma mempunyai risiko yang kurang untuk mendapat sakit jantung atau strok apabila mereka menderma darah setiap 6 bulan.

Dalam kajian lain pula yang dibuat oleh John Hopkins University, sebanyak 2,682 sampel dari warga lelaki Finland telah diperiksa dan mendapati sesiapa yang menderma sekurang-kurangnya sekali dalam setahun mempunyai 88% risiko lebih rendah untuk mendapat penyakit jantung berbanding mereka yang tidak menderma.

Dermalah darah, banyak manfaatnya


Kredit : Public Health Malaysia

Akibat makan jering berlebihan

Seorang lelaki dikejarkan ke hospital selepas mengadu kesakitan dibahagian pinggang dengan kesukaran untuk kencing. Lelaki yang berusia 32 tahun ini meraung raung kesakitan beserta muntah dan lesu. 

Tiub kencing dimasukkan , dan air kencing berwarna merah cerah kelihatan keluar dari tiub kencing tersebut. Pesakit ini tidak mempunyai masalah kesihatan. 

Soal lanjut mendapati lelaki tersebut telah makan jering sebagai ulam , 10 ke 15 biji. Ujian darah dilakukan menunjukkan paras creatinine melambung tinggi mencecah 500. 

Pesakit ini disahkan mengalami Djengkolism, iaitu kerosakan akut buat pinggang akibat pengambilan jering berlebihan. Jering kaya dengan kristal asid yang boleh menyumbat sistem buah pinggang. 

Akibat pengambilan berlebihan, pembentukan kristal ini menyebabkan kerosakan buah pinggang sehingga menyebabkan kecederaan dan pendarahan. 

Jika dirawat segera, masalah ini boleh dirawat dengan rehidrasi selama beberapa hari. 

Bukan bermakna TIDAK BOLEH makan jering, cuma pastikan jangan makan secara BERLEBIHAN.


Kredit : Public Health Malaysia

Liga Juara-Juara AFC : Kumpulan G - Ratchaburi vs Johor Darul Ta'zim


Berikut merupakan keputusan perlawanan bagi pertandingan Liga Juara-Juara AFC, Kumpulan G antara Ratchaburi FC dan Johor Darul Ta'zim FC di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok, Thailand. Perlawanan berlangsung pada hari Jumaat, 25 Jun 2021 :


KEPUTUSAN SEMASA PERLAWANAN
*** Separuh Masa Kedua ***

( Akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Sila refresh web browser anda )


Ratchaburi FC 0 - 1  Johor Darul Ta'zim FC

47' Leandro Velรกzquez ( JDT )



Jual isi durian tanpa dikira berat kulitnya

 


Sikap jujur seorang pemuda menjual durian tanpa kulit di bahu jalan di Batu 15 Jalan Sintok, di sini menjadikan gerainya sentiasa menjadi tumpuan peminat raja buah itu.

“Jarang sekali kita dengar, durian timbang kilo isi durian sahaja ditimbang dan kulit tak dikira. Kasi viral penjual ini semoga dimurahkan rezeki...

Highway UUM menghala ke Changlun. 

RM25.00 / kg, isi sahaja, kulit tidak dikira. Kalau isi tak elok dia buang. Semoga dimurahkan rezeki adik ini sekeluarga.”


Kredit: 

- Shariff Ismail

- Slumber Daily



Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan