Telefon dari Program Jaringan Prihatin "terbakau"

Seorang murid berusia sembilan tahun dikejutkan apabila telefon subsidi yang diterima menerusi program Jaringan Prihatin terbakar ketika dia mengikuti kelas dalam talian pada Isnin lalu.

Ibu saudara kanak-kanak lelaki itu, Suryani Abd Ghani kemudian menyuarakan kekecewaannya di Facebook.

"Nasib baik kami ada di rumah, kalau tidak mungkin rumah sudah terbakar," katanya.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Suryani menjelaskan dia sendiri melihat insiden itu, yang berlaku di rumah mereka di Gombak.

"Saya berada di depan dia. Saya menggigil ketakutan. Ia berlaku kira-kira jam 930 pagi ketika kelas pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

"Anak saya jadi pucat dan terus lari. Saya juga pakai telefon tapi tak pernah jadi macam ini. Mujurlah tiada yang cedera," katanya.

Sesi persekolahan diteruskan minggu ini tetapi masih dibuat secara dalam talian susulan penguatkuasaan sekatan pergerakan penuh.

Golongan berpendapatan rendah menerima kesan terbesar apabila sesetengahnya tidak mampu untuk mendapatkan peranti atau akses internet.

Untuk mengatasi masalah itu, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan program Jaringan Prihatin bernilai RM3.5 bilion yang menyasarkan golongan isi rumah berpendapatan rendah.

Di bawah program ini, mereka yang layak akan diberi subsidi RM300 untuk peranti atau rebat RM180 untuk pelan data sepanjang 12 bulan.

Mereka boleh menambah duit sendiri jika ingin membeli peranti dengan harga melebihi RM300.

Suryani yang merupakan guru tadika berkata, suaminya membantu anak saudara mereka untuk memohon peranti di bawah program itu tetapi tidak menambah wang sendiri kerana mengambil kira keadaan kewangan mereka.

"Kami mohon telefon pintar untuk dia kerana laptop yang dia guna sudah lama dan perlahan," katanya.

Bagaimanapun, dia berkata telefon tersebut cepat panas dan baterinya tidak bertahan dengan lama.

"Jika nak bagi telefon percuma, janganlah macam ini sebab bahaya," katanya sambil menjelaskan telefon itu tidak dicas ketika kejadian berlaku.

Pemeriksaan di internet mendapati telefon pintar itu berharga bawah RM200 jika dibeli menerusi satu promosi pelan data.

Insiden itu menarik perhatian bekas menteri belia dan sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mengecam kerajaan kerana membenarkan telefon "berkualiti rendah" diagihkan.

Telefon itu juga sama dengan yang diagihkan oleh kerajaan Perak. Program kerajaan negeri itu menyasarkan agihan sebanyak 20,000 telefon pintar kepada pelajar untuk tujuan pembelajaran.

Ia mengundang kecaman selepas Exco Pendidikan Perak, Ahmad Saidi Mohamad Daud mengakui kemampuan telefon tersebut hanya untuk pembelajaran.

"...Sekiranya pelajar merungut telefon diberikan ini perlahan atau kualitinya tidak baik, saya percaya mungkin pelajar menggunakannya untuk bermain game dalam talian dan sebagainya memandangkan prestasi peranti ini sememangnya akan terjejas jika dipasang dengan aplikasi berat seperti game'" katanya seperti dipetik Harian Metro dua hari lalu.

Namun bagi Syed Saddiq, rasional seperti itu menunjukkan prasangka buruk terhadap pelajar.

"Bagi telefon kualiti rendah sebab buruk sangka dengan pelajar kononnya mahu elak mereka main game.

"Akhirnya, telefon rosak. Yang susah, pelajar.

Kemudian kamu salahkan rakyat. "Belanjalah lebih sedikit untuk pendidikan mereka. Kerajaan ada wang, guna untuk pelajar," katanya di Twitter.

*********************************************

Pendapat dan komen saya :

- Program Jaringan Prihatin ini baik jika dijalankan tanpa culas terutamanya pemantauan pada kualiti telefon pintar yang dibekalkan.

- Sebilangan peniaga mengambil kesempatan untuk "clear stok" telefon lama atau yang tak laku.

- Kerajaan negeri perlu mengambil langkah yang lebih tegas pada pembekal yang terlibat dalan program ini, untuk memastikan segalanya berjalan lancar.

- Menteri atau exco yang berkenaan perlu lebih cakna keperluan spesifikasi sesebuah aplikasi dan telefon pintar.


KREDIT : Malaysiakini

Keputusan perlawanan bola sepak Thailand - Malaysia : Kelayakan Piala Dunia 2022 / Kelayakan Piala Asia Pusingan ke Dua 2023


Tarikh : 16 Jun 2021 (Rabu)

Masa sepak mula : 12:45 am ( waktu Malaysia )

Lokasi : Al Maktoum Stadium, Dubai, UAE


2022 World Cup/2023 Asian Cup Qualifiers Round 2 (Group G)


KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN


Thailand 0 - 1 Malaysia

51' Safawi Rasid - penalti ( Malaysia )




Mesin AED ( Automated External Defibrillator ) di stadium bola sepak milik JDT

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) sentiasa memastikan keselamatan para pemain dan penyokong berada pada tahap terbaik dengan menyediakan 20 mesin AED di sekeliling stadium.

Mesin AED adalah mesin perentak jantung yang boleh digunakan pihak medik dan pasukan keselamatan ketika kecemasan jika terjadi serangan jantung kepada pemain mahupun penyokong.

Mesin AED yang terdapat di sekeliling stadium menjadi antara faktor yang menyelamatkan pemain Denmark, Christian Eriksen yang tiba-tiba rebah ketika perlawanan peringkat kumpulan Euro 2020. 

Marshall Stadium JDT juga kesemuanya sudah dilatih untuk menggunakan alatan ini sekiranya berlaku kecemasan sementara menunggu bantuan paramedik dan ambulans.






Kredit : JOHOR Southern Tigers 


Keputusan perlawanan bola sepak Malaysia - Vietnam : 12 Jun 2021



Perlawanan Pusingan Kedua, Kumpulan G antara Malaysia bertemu Vietnam di Stadium Al Maktoum, Dubai berlangsung pada 12 Jun 2021, pukul 12:45 pagi, waktu Malaysia.


KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN


Malaysia 1 - 2 Vietnam

27' Nguyen Tien Linh (Vietnam)

72' Guilherme de Paula (Malaysia) - penalti

82' Que Ngoc Hai (Vietnam) - penalti


Jangan beli telur sebegini !

Peringatan untuk rakyat Malaysia. Kalau ada jumpa pemborong atau pekedai telur yang jual telur pecah dalam plastik seperti pada gambar di atas, JANGAN beli.

Anda perlu tahu, ini bukannya telur elok yang mereka sengaja pecahkan. Ianya merupakan telur yang telah pecah semasa proses penghantaran menggunakan lori atau pecah semasa proses pemunggahan. 

Oleh kerana sikap mementingkan keuntungan tanpa mengambil peduli kesihatan pembeli, mereka tidak membuang telur berkenaan sebaliknya mereka memasukan isi telur berkenaan ke  dalam plastik dan dijual dengan harga yang murah. 

Telur ayam yang retak atau pecah ini mengandungi bakteria yang bernama "salmonella". 

Jangan disebabkan nak berjimat sangat duit, sampai ada yang tidak menjaga kesihatan dengan membeli telur sebegini. 

Orang yang berniaga bakeri atau yang seumpamanya, tolonglah fikirkan kesihatan dan nyawa orang lain juga. Jangan nak fikirkan keuntungan saja. Wajib pedulikan keberkatan dalam perniagaan.

Kredit : FB Anne Lyra ( ditaip dan diperbetulkan semula ejaan serta ditambah kosa kata oleh Ahmad Zaki )

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Jangkitan Salmonella disebabkan oleh sekumpulan bakteria Salmonella yang disebarkan dari tinja ( bahan buangan ) dari orang atau haiwan ke orang lain atau haiwan lain. Sumber makanan yang mudah tercemar selalunya berasal dari haiwan atau serangga. Ini termasuklah daging lembu, unggas, makanan laut, susu atau telur.

Kesan sampingan bakteria Salmonella :

Manusia sering dijangkiti melalui air atau makanan yang tercemar. Biasanya orang yang menghidapi jangkitan Salmonella tidak mempunyai gejala yang ketara, namun ada sebilangan orang yang lain akan mengalami cirit-birit, demam dan kekejangan perut dalam masa lapan hingga 72 jam. Sebilangan besar orang yang sihat, pulih dalam beberapa hari tanpa rawatan yang khusus.



Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan