Lagu jiwang yang terpinggir : Siri 2


Ini adalah artikel bersiri, sambungan dari artikel yang bertajuk "Lagu jiwang yang terpinggir : Siri 1".  Kali ini saya mengetengahkan pula lagu yang bertajuk "Air Mata Cinta - CRK", "Cinta dan Air Mata - CRK" dan "Kitalah Orang Ketiga - Freedom".

 *-*-*-*-*

Air Mata Cinta - CRK
Desiran sayup
Di jendela ku
Seakan suara mu
Menyusup keresahan


Ku ingin melempar perasaan
Yang masih mengharapkan
Bersatunya impian


Ku cuba membunuh cinta kita
Bersama air mata
Menafikan derita


* Makin ku cuba untuk melupakan
Kenangan mesra waktu bersama mu
Semakin rindu menikam di kalbu
Semakin dalam cinta ku pada mu


** Puas sudah air mata cinta
Meratap punahnya mahligai bahagia
Di manakah berakhir derita
Berkurun rasanya hidup ku sengsara


Solo

Ulang * dan **

Pasiran
Waktu yang berguguran
Tiada menjanjikan
Penawar kelukaan
Penyembuh luka ku




Cinta dan Air Mata - CRK

Sungguh ku begini
Ketandusan rindu ini
Mengapa ku mencari
Sang penghuni syurga jiwa


Berdendang suara mengusap kalbu
Ku lemas dalam terpesona
Kehadiranmu menerajang kekusutan
Yang lama terdapat di sini


Bagai telah dijanji
Termakbullah mimpi-mimpi
Dan hujanku mentari
Terciptalah sang pelangi


Irama lagu silam mewarnakan
Idaman kalbu kesampaian
Bulan memancar cahaya tanda redha
Ikatan percintaan kita


(*)

Kini tercapai sudah mahkota insani
Takkan bermakna benih pastikan menjadi
Kerana Yang Maha Kuasa lebih menyayangi


Dikau pergi tanpa pesan
Tinggalkan ku dalam kepasrahan
Cintaku yang suci bagai tak kesampaian
Terputus di tengah jalan


Hanya airmata doa
Yang dapat kuiringkan bersama
Kepada yang Esa kupohonkan semoga
Tempatmu disisinya


(Ulang *)



Kitalah Orang Ketiga - Freedom

Perasaan itu bagai bayu yang menyapa
Lembut damai menyusuk ke jiwa
Pertemuan itu walaupun hanya sekali
Semacam kesannya di hati

Tapi kenyataan yang wujud antara kita
Menghalang pertemuan kedua
Namun kata-kata riak mata dan senyuman
Sentiasa di dalam ingatan

Mengapa harus berjumpa
Setelah kita berpunya
Kenyataan ini pahit rindu ku luka yang perit
Mengingati dan memuja dari kejauhan saja
Kitalah orang ketiga

Tapi kenyataan yang wujud antara kita
Menghalang pertemuan kedua
Namun kata-kata riak mata dan senyuman
Sentiasa di dalam ingatan yang membahagiakan

Siri Perubatan Islam : Doa merawat tulang patah


Al-Quran adalah setinggi-tinggi martabat sebagai penawar dan penyembuhan. Tiap-tiap huruf yang terkandung di dalamnya adalah penawar untuk penyakit spiritual dan fizikal. Setiap surah dan ayat dalam Al-Quran adalah penawar kepada penyakit tertentu, dengan syarat seseorang itu beriman dan yakin kepadanya.

Pada artikel kali ini saya berkongsikan maklumat kepada para pengunjung blog ini mengenai khasiat ayat-ayat suci Al Quran untuk merawat masalah kecederaan patah atau retak tulang.

Cara untuk merawat tulang patah adalah dengan mengurut perlahan-lahan pada bahagian tulang yang patah dan baca kombinasi doa-doa ini:

1. Baca Surah al-Fatihah sekali
2. Selawat syifa' sekali
3. Doa merawat tulang seperti yang berikut ( Surah Yaasin ayat 78 dan 79, Surah al-Baqarah ayat 259 dan Surah al-Anbiya' ayat 30 )

Anda juga boleh menyertakan sekali penggunaan apa-apa ubat sapuan asalkan ianya 100% seperti minyak gamat bagi ikhtiar sampingan. Jangan berputus asa dan terus mengamalkan kaedah ini dari semasa ke semasa.

Dan saya suka mengingatkan diri saya dan anda, apabila kita berubat dengan ayat-ayat suci al Quran ini, pastikan kita menjaga adab-adabnya seperti menutup aurat dan berwudhuk.  Seeloknya duduk menghadap arah kiblat.  Pastikan juga kita berusaha untuk memenuhi tanggungjawab solat 5 waktu disamping solat-solat sunah yang lain.

Ini adalah ikhtiar selain daripada kita menggunakan kaedah perubatan moden.  Selain itu sekiranya keadaan memerlukan, pergilah ke hospital yang berteraskan keIslaman yang ada di negara kita ini.

Insya Allah, segalanya akan OK...!

Giveaway Akhir Tahun 2013 DJH








Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung blog ini.
Mari sertai GIVEAWAY AKHIR TAHUN 2013 anjuran DJH.Pelbagai pemberian ditawarkan seperti SHAWL | FACEMASK | COLLAGEN EYEMASK |KEYCHAIN | FRIDGE MAGNET | TOPUP | dan pelbagai lagi hadiah menarik.
Syarat mudah dan best.Jom ramai-ramai kita menjoinkan diri! Tekan banner di atas untuk sertai!

Bengkel Kepimpinan Keusahawanan Kredit Mikro Bank Rakyat - Maktab Koperasi Malaysia


Pada 13 hingga 14 November 2013 yang lalu telah diadakan Bengkel Kepimpinan Keusahawanan Kredit Mikro Bank Rakyat Siri 1 2013 dengan kerjasama Maktab Koperasi Malaysia cawangan Petaling Jaya di Hotel Naza Talyya Melaka.

Matlamat utama bengkel ini diadakan untuk memperkenalkan Skim Pembiayaan Kredit Mikro dari Bank Rakyat kepada usahawan kecil dan sederhana di negeri Melaka. Selain itu, para peserta juga diperkenalkan dengan konsep berkoperasi di dalam perniagaan serta kesedaran mengenai pengurusan kewangan dan gerak kerja secara berkumpulan.

Berikut adalah gambar suasana semasa aktiviti bengkel berkenaan :



 
Inilah kumpulan yang saya menjadi ketuanya. 
Kumpulan Double Prima a.k.a kumpulan 2

Aktiviti yang dijalankan ialah pembentukan kumpulan dengan mengambil kira aspek mencipta nama, logo dan visi kumpulan yang ditubuhkan.  Selain itu setiap kumpulan yang ada perlu menyelesaikan tugasan dan membuat penyelesaian secara demokrasi dalam kumpulan.

Sememangnya dah nasib saya, kemana juga kursus atau seminar yang saya hadiri, saya adalah antara calon untuk menjadi "penghulu atau naib penghulu" sepanjang kursus berlangsung.  Pada peringkat kumpulan pula, saya telah dilantik menjadi ketua.  Itulah hasilnya jika kita terlalu menonjol diri dari segi perwatakan, terlalu idealis dan terlalu vokal dalam menyampaikan pendangan.

Resepi Spaghetti Carbonara


Bahan-bahan (untuk hidangan  5 ke 6 orang) :

500 g spaghetti
3 ulas bawang putih
5 biji telur
1/2 cawan Parmesan cheese
1/2 cawan double cream
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil garam
1 sudu besar parsley flakes
2 biji cendawan butang (dihiris)
Hirisan daging ayam / seafood 500-700 g

Cara-cara penyediaan :
  • Masukkan telur, parmesan cheese, double cream, lada hitam dan garam ke dalam mangkuk. Pukul bahan-bahan ini sehingga sebati.
  • Rebus spaghetti dalam periuk sehingga lembut dan toskan.
  • Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan masukkan hirisan ayam atau seafood dan cendawan butang. Goreng sehingga masak.
  • Masukkan spaghetti yang masih panas ke dalam kuali.
  • Alihkan kuali daripada api. Masukkan bahan-bahan (langkah 1) yang telah dipukul tadi ke dalam kuali. Kacau hingga sekata. (Kuali dialihkan supaya telur tidak berketul-ketul. Pastikan spaghetti masih panas semasa campuran telur dan cheese digaulkan dengan spaghetti supaya telur masak).
  • Masukkan parsley flakes dan kacau.
  • Siap untuk dihidangkan.

Resepi asli Spaghetti Carbonara tidak menggunakan "double cream". Tetapi dalam resepi ini ianya ditambah supaya rasanya lebih berkrim. Juga digantikan "bacon" dalam resepi asal dengan daging ayam atau seafood yang pastinya halal.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan