Jambatan Hang Tuah jadi lokasi maksiat

Laluan bawah Jambatan Hang Tuah

Pemandangan serta lanskap di tepian Sungai Melaka cantik dan menarik untuk dijadikan sebagai lokasi untuk berjoging atau bersiar-siar menenangkan fikiran terutamanya di waktu petang atau malam disamping hembusan angin yang melegakan.

Namun apabila tiba di bawah Jambatan Hang Tuah, Melaka, ada pasangan kekasih menjadikan lokasi berkenaan sebagai "port" untuk berdua-duan.  Lagaknya seperti mahu berbincangan sesuatu yang serius. Tetapi pastinya jika dalam keadaan demikian, "sesi perbincangan" akan bertambah hangat dengan aksi tangan yang memegang itu dan ini.  Ia akan berlarutan kepada ciuman.  Maka benarlah kata perumpamaan iaitu "cinta itu buta" kerana kebanyakkan pasangan bercinta teraba-raba.

Harap pasangan yang berhajatkan sesuatu, berusaha untuk merealisasikannya dengan cara yang dapat menghalalkan hajat itu.  Jangan jadikan tempat bersejarah atau menarik di Melaka ini sebagai lokasi memadu kasih kerana ia akan menjejaskan imej negeri dan negara ini pada pandangan mata pelancong luar negara.  Paling utama ingatlah ajaran yang di bawakan oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Inilah ruang-ruang yang menjadi pilihan pasangan bercinta untuk membuat "perbincangan". Kalau waktu siangpun mereka tidak segan silu untuk berduaan, apatah lagi apabila hari semakin gelap.

Keadaan terbaru Masjid Kampung Hulu,Melaka

Pemandangan Masjid Kampung Hulu dari luar

Artikel ini adalah lanjutan daripada artikel yang saya terbitkan di dalam blog ini bertajuk "Keadaan terkini Masjid Kampung Hulu, Melaka", yang disiarkan pada tarikh Ahad, 2 Jun 2013.  Dimaklumkan kepada para pembaca, Masjid Kampung Hulu telah dibuka semula sepenuhnya kepada jemaah sekitar untuk bersolat fardu dan sunat serta solat Jumaat.  Ianya mula dibuka sepenuhnya pada awal bulan Oktober 2013 (lewat dari tarikh asal yang dijanjikan kontraktor).

Berikut adalah gambar-gambar pemandangan sekitar masjid berkenaan :

Idea bisnes mudah Siri 1

idea bisnes mudah
Bermula hari ini saya nak kongsikan idea bisnes yang mudah dan boleh dijalankan di rumah sama ada di kawasan kampung ataupun kawasan perumahan.  Insya Allah, saya akan meneruskan perkongsian pada siri yang lain.

Sekiranya kita di rumah ada komputer yang ada cd/dvd burner, printer 3 in 1 dan perisian pengedit gambar seperti PhotoScape, maka sudah boleh menawarkan perkhidmatan menaip dan mencetak surat, mengimbas (scan) gambar dan dokumen, mengubah suai gambar atau imej yang diimbas, burn dokumen / fail ke dlm cd/dvd.
Perniagaan begini boleh dijalankan secara sambilan di kawasan perumahan kerana secara psikologinya, orang akan datang menggunakan sesuatu perkhidmatan berulangkali pada mereka yang sudah dikenali dan berasa selesa berurusan dengannya. Malah untuk menampakkan bisnes anda ini lebih formal dan mempunyai identiti tersendiri, silalah berkunjung ke pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang berhampiran untuk mendaftarkan perniagaan anda. 
Mulakan dengan model perniagaan yang ringkas seperti ini terlebih dahulu. Jalankannya dengan penuh tekun dan istiqamah, insya Allah ia akan bertambah maju dan berkembang dengan lebih pesat.
Alatan / perisian yang dicadangkan :
Canon MP145 Printer 3 dalam 1
Notebook Lenovo ThinkPad T61
PhotoScape - perisian untuk mengedit gambar

Cara mudah untuk jadi usahawan / peniaga

 
GAMBAR HIASAN - MAZRA Ayu Ramli menjual tudung menerusi online 
(gambar dari ASWAD YAHYA - Utusan Online)

Tahun 2013 semakin menghampiri ke penghujung. Kegiatan keusahawanan yang menggunakan internet sebagai landasan dilihat semakin memberangsangkan perkembangannya.  Pelbagai kaedah, barangan dan perkhidmatan boleh digunakan serta dikomersilkan melalui automasi penggunaan internet.  Dengan itu perniagaan kini lebih mudah dijalankan walaupun anda sedang lena tidur atau sedang mesra bersama keluarga di hujung minggu..

Namun bagi yang tiada produk keluaran sendiri, anda masih boleh menjalankan perniagaan secara atas talian atau lebih popular disebut "online". Caranya dengan menjadi ejen sesuatu produk atau perkhidmatan dan mempromosikannya melalui laman web sosial atau blog, istilahnya ialah "affiliate".  Secara mudahnya affiliate ini difahami sebagai ejen komisyen. Kita tolong promosikan jualan barangan dan perkhidmatan pihak lain, dan sekiranya terdapat pembelian melalui usaha kita itu, maka kita akan dapat sejumlah komisyen yang dijanjikan.

Di dalam artikel ini saya kongsikan dua landasan untuk anda bermula belajar berniaga dan menjadi usahawan online atau lebih tepat lagi langkah pertama menjadi "usahawan affiliate".

1. InspirasiHana : Butik Tudung Online terbesar di Malaysia

 Promosi

 2. Sweet Muslimah : Peneraju pasaran baju muslimah terbesar di Malaysia

 promosi

Ada apa dengan Khurafat?


Khurafat ialah kepercayaan karut atau tahyul yang diada-adakan berpandukan kepada perbuatan-perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku. Perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat.

Contoh amalan khurafat di kalangan masyarakat :
  1. Berniat kepada si mati dengan harapan niat dan hajat akan dikabulkan melalui si mati terutamanya jika si mati tadi dari kalangan orang-orang soleh.
  2. Melalui di bawah si mati iaitu si mayat akan diangkat dan semua ahli waris akan lalu di bawah bertujuan supaya ahli waris tidak lagi akan mengingati si mati 

CONTOH-CONTOH PERBUATAN KHURAFAT YANG MASIH DIAMALKAN

-  mempercayai azimat yang boleh menahan sesuatu bahaya kepada seseorang

-  mempercayai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau sial

-  membuang ancak bagi menghalau hantu

-  mengunjungi kubur yang dianggap keramat


FAKTOR PERBUATAN KHURAFAT MASIH LAGI WUJUD DIKALANGAN UMAT ISLAM
- iman yang kurang mantap kepada Allah menyebabkan sukar membezakan amalan benar dan khurafat

- terpengaruh dengan masyarakat yang bebas mengamalkan perkara khurafat

- ingin mencari jalan mudah untuk menjadi kaya dan terkenal


CARA MENANGANI & MEMBENTERAS PERBUATAN / AKTIVITI KHURAFAT DIKALANGAN MASYARAKAT ISLAM

- menggiatkan usaha-usaha dakwah dan majlis-majlis ilmu di semua lapisan masyarakat

- mengenakan hukuman berat kepada mereka yang terlibat mempengaruhi orang ramai dengan perkara khurafat

- mengawasi tempat-tempat yang dianggap keramat oleh masyarakat


AKIBAT BURUK JIKA MEMPERCAYAI / MENGAMALKAN PERBUATAN KHURAFAT

- menyebabkan syirik dan batal iman

- membazir masa, tenaga dan harta dengan perkara sia-sia

- menyekat akal berfikir secara logik dan sistematik

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan