10 perkara asas dalam pembentukan peribadi muslimah



Setiap individu muslim wajib menjaga diri dan maruah dari perbuatan yang mencemarkan nama baik dan kehormatan diri. Umat yang bermaruah ialah umat yang memiliki jati diri dengan berpegang kepada ajaran Islam dan tidak terpengaruh dengan unsur-unsur asing yang merosakkan. 

Islam telah menggariskan panduan untuk menjaga imej diri dan maruah terutama dalam cara berpakaian, percakapan dan pergaulan. Sebagai muslim kita wajib memelihara semua adab ini supaya maruah kita tidak tercemar dan kualiti diri sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa.


Dalam artikel ini, lebih difokuskan kepada muslimah (perempuan) kerana mereka adalah salah satu kunci kejayaan dalam pembentukan masyarakat yang mengikut syariat Islam.  Berikut adalah perkara -perkara yang membentuk keperibadian muslimah sejati :


1) Mulakan dengan memakai stokin kaki dan sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.

2) Cari dan sertailah kumpulan usrah yang benar. Iaitu yang diyakini ketua pengajarnya dan hala tujunya selari dengan syariat. insyaAllah.

3) Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.

4) Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh, semua ini seiring).

5) Perbanyakkan membaca al-Quran dan mentadabbur (mengkaji) maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan Al-Quran tanpa memahami isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib.

6) Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.

7) Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.
Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku dan menutupi punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? )

9) Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.

10) Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata.

Liga FAM : Shahzan Muda - Melaka


Dengan berbaki lagi dua perlawanan dan perlawanan terakhir di gelanggang lawan. Semoga skuad Melaka dapat beraksi cemerlang di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, Pahang serta berjaya membawa pulang tiga mata berharga ke negeri "Hang Jebat" ini pada 30 Jun 2013 nanti. 
Ayuh, anak-anak Melaka yang berada di perantauan, datanglah memberi sokongan kepada pasukan kita ini. Moh kite gegaukan stadium...!
 
DEMI KEBANGGAAN MELAKA

Biodata Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar (Kartunis Ubi)

 

Pernahkah anda membaca Majalah Ujang (versi awal)?. Saya mula membacanya dan menjadi peminat majalah berkenaan, kalau tidak silap dalam tahun 1995.  Semasa itu watak "Din Beramboi" amat terkenal dan majalah berkenaan sering mengadakan pelbagai peraduan untuk para peminat dan pembeli.

Melalui majalah ini, beberapa orang pelukis kartun berjaya dikadetkan oleh Ujang ( Ibrahim Anon) selaku pemilik dan pencipta asal Majalah Ujang dan tampillah beberapa orang kartunis yang menggunakan nama sayur dan buah-buahan seperti petai,kobis bunga, padi, ciku, lengkuas dan lain-lain. alah seorang dari pada mereka ialah Ubi.


 
salah satu watak ciptaan kartunis Ubi yang popular


Berikut adalah maklumat mengenai kartunis Ubi, yang diambil dari laman web beliau :

Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar, telah dilahirkan pada 26 Jun puluhan tahun yang lalu di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia.

Beliau membesar bersama ibunya dan 3 orang lagi adik beradiknya di Taman Tas Kuantan Pahang. Sejak beliau kecil lagi, ibunya yang penyayang lagi tabah tersebut sering membeli majalah kartun Gila-Gila (dan beberapa majalah hiburan lain lagi) sebagai bacaan santai mereka seisi keluarga. Kerana terpengaruh dengan majalah tersebut dan juga ketidakcemerlangannya dalam bidang sukan, Ubi telah menjadikan melukis kartun sebagai satu cara untuknya mengisi masa lapang dan juga untuk berlagak best pada kawan-kawan yang cemerlang dalam sukan.

Ketidakcemerlangannya dalam bidang sukan terus dikekalkan sehingga ke sekolah menengah. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila akademiknya juga turut merosot. Berdasarkan faktor-faktor tersebut, beliau dengan terdesaknya telah mengambil keputusan untuk menjadikan kerjaya kartunis yang kononnya glamour itu sebagai cara untuknya berjaya dalam hidup, dan juga sebagai batu loncatan untuknya berkenalan dengan artis-artis atau model-model yang cantik lagi glamour.



Berkat semangat model dan artis, Ubi telah berjaya menempatkan diri dan karyanya di Majalah Ujang pabila tamat persekolahan. Boleh dikatakan beliau adalah kartunis yang terbudak di situ pada ketika itu. Sepanjang penglibatannya di majalah tersebut, Ubi telah berjaya menipu ribuan orang untuk membaca dan meminati hasil karyanya seperti ‘Budak Hostel’ (1994-1997), ‘Aku, Dia & Volkswagen’ (1997-2002) dan ‘IN’ (1999-2002). Penipuannya itu juga turut membuatkan beliau berjaya melariskan puluhan ribu buku koleksi karya kartunnya.

Pada hari ini, selain daripada membuang masa dengan bermain PS2, menonton DVD cetak rompak, Ubi juga adalah seorang kartunis, pelukis komik, karikatur dan lelaki bebas sepenuh masa. Dan pada hari ini juga, ketika artikel ini ditulis, Ubi masih lagi menggunakan kartunnya untuk berlagak best pada kawan-kawan yang cemerlang dalam arena sukan serta masih lagi berusaha untuk dapat berkenalan dengan mana-mana artis atau model yang cantik lagi glamour….

Ebook "RAHSIA BISNES DI KAMPUS"

Adakah anda :
  • Sedang mencari pendapatan sambilan?
  • Ingin mencari wang sampingan?
  • Sedang mencari lubuk wang yang paling MENGUNTUNGKAN?
  • Sedang mencari wang untuk berkahwin? (opssss..hehe..)
  • Sedang mencari wang untuk membayar hutang-hutang!! 
  • Sedang pening kepala memikirkan soal kewangan yang tiada kesudahannya?

Persoalan yang lebih tepat lagi, ADAKAH ANDA KINI SEDANG MENGHADAPI MASALAH KEWANGAN??

Jika jawapan anda adalah "YA!" , maka ebook ini bakal membongkarkan kepada anda bagaimana anda boleh keluar daripada situasi krisis kewangan yang tiada kesudahan tersebut!
Ebook ini akan menerangkan kepada anda tentang asas-asas teknik rahsia berbisnes di kampus yang sebenar KHAS untuk para mahasiswa / mahasiswi yang sedang berusaha mencari sumber pendapatan sampingan di kampus.
Seperti biasa, klik link di bawah untuk maklumat lanjut dan pembelian :

Celaan Allah SWT kepada manusia


Celaan dalam pengertian moden adalah bermaksud kritikan.  Maka celaan Allah SWT kepada manusia adalah kritikan atau teguran Allah SWT kepada hambaNya yang menzalimi diri sendiri dengan mengamalkan sikap atau moral yang tidak baik dalam kehidupan seharian.

Berikut adalah sikap dan kelakuan manusia yang mendapat celaan dari Allah SWT :

Hasad dengki
Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: `Dengki itu memakan segala kebaikan’ (riwayat Muslim).

Cintakan dunia
Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: “Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari.” (riwayat Bukhari dan Muslim).

Banyak bercakap
Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia

Gelojoh ketika makan
Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran. Contoh terbaik ialah semasa kenduri atau jamuan majlis perkahwinan.

Ego atau sombong

Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.

Suka marah-marah
Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun,mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.

Kedekut & bakhil
Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan kejalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.

Bermegah-megah
Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.

Gemarkan pujian atau riak
Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.

Ujub dan suka bangga diri
Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah SWT. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.  Memikirkan segala kejayaan yang dikecapi adalah hasil usahanya sendiri tanpa memikirkan bahawa semuanya adalah atas izin dari Tuhan yang Maha Esa...

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan