Makanan berasaskan durian diberi percuma di Pasar Tani UTC Melaka


Waktu kini adalah musim durian. Para peminat "raja buah" ini pasti ternanti-nantikan bekalan buah durian sampai ke dalam pasaran.  Begitu juga di Pasar Tani UTC Melaka, Jalan Hang Tuah, Melaka, tidak ketinggalan untuk menyambut musim ini dengan menyediakan pelbagai jenis makanan berasaskan durian.

Yang lebih menariknya, ia diberi secara percuma kepada pengunjung yang makan dan minum di medan selera Pasar Tani UTC Melaka. Ia terhad kepada 100 orang pengunjung terawal yang datang menjadi pelanggan di medan selera, bermula dari pukul 4.30 petang.

Program ini bermula selama lima hari iaitu sejak hari Isnin (10/12/2012) hingga ke hari Jumaat (14/12/2012). Berikut adalah jadual edaran makanan berasaskan durian :

Isnin (10/12/2012)
- bubur kacang durian

Selasa (11/12/2012)
- Pulut durian

Rabu (12/12/2012)
- Karipap durian

Khamis (13/12/2012)
- Durian "crepe"

Jumaat (14/12/2012)
- Desert durian


**untuk makluman pembaca, Pasar Tani UTC Melaka dibuka dari hari Isnin hingga Sabtu, bermula dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Keputusan Separuh Akhir Pertama Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2012 : Malaysia - Thailand


Ini merupakan perlawanan separuh akhir pertama bagi kedua-dua pasukan iaitu Malaysia dan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Dikhabarkan Mohd. Shakir Shaari dan Wan Zack Haikal Wan Nor yang tidak dapat diturunkan akibat kecederaan.  Kedudukan penyerang utama negara, Mohd. Safee Sali semakin baik, namun peluangnya untuk diturunkan masih 50-50.  Begitu juga dengan Khyril Muhymeen serta S. Kunanla.


KEPUTUSAN PENUH

MALAYSIA  1  -  1  THAILAND
Malaysia - 48' (Norshahrul Idlan Talaha)
Thailand - 79' (Dangda)

Ditakutkan secara "extrem" dalam lif?


Pernahkah anda berada di dalam situasi yang menyeramkan di dalam lif?. Pastinya pada masa keseorangan, pelbagai filem yang melibatkan babak "hantu" dalam lif akan kembali berputar di fikiran dan tambah menyeramkan andainya anda keseorangan.

Sebuah rancangan "mengenakan" orang di salah satu stesyen tv di Brazil (seperti "wakenabeb" di Malaysia) mengambil kesempatan atas sifat penakut orang ramai dengan mewujudkan suasana menyeramkan di dalam lif. Pelbagai "cara dan babak" dibuat bagi memperlihatkan keaslian lakonan mereka.

Dalam video di bawah, yang diambil dari Youtube, mereka memilih lif sebagai lokasi "menjerat" mangsa mereka dengan hantu rekaan.  Video ini di beri nama "extremely scary corpse elevator prank in Brazil".




**ada orang kata lif di hospital menjadi lokasi popular kemunculan hantu (gangguan makhlus halus)... apa pula pendapat anda?

Perlawanan persahabatan bola sepak Malaysia dan Hong Kong


Perlawanan persahabatan bola sepak antara Malaysia bertemu Hong Kong diadakan di Stadium Shah Alam Selangor Darul Ehsan pada 14 September 2012.

KEPUTUSAN PENUH

MALAYSIA  1  -  1  HONG KONG

Safee Sali - minit 58
Lam Hok Kei - minit 88

Keputusan akhir bola sepak Newspaper Cup 2012 : Malaysia - Vietnam


Pasukan bola sepak "Harimau Muda" yang dibimbing oleh Ong Kim Swee telah mempamerkan aksi cemerlang pada Kejohanan Bola Sepak Jemputan VFF Newspaper Cup, sekali lagi mengulangi kecemerlangan itu dengan menewaskan pasukan Vietnam dalam perlawanan akhir kejohanan tersebut. Perlawanan telah bermula pada jam 7.00 malam tadi (21 Oktober 2012).

Gol kemenangan Malaysia dijelmakan oleh Hazwan Bakri pada minit ke 57.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan