Bola Sepak Persahabatan : Malaysia - Filipina 1 Jun 2012


Perlawanan bola sepak persahabatan antarabangsa yang menemukan Malaysia dan Filipina di Stadium Shah Alam.  Ia dijadualkan berlangsung 1 Jun 2012, pada pukul 8.45 malam.

KEPUTUSAN PENUH

MALAYSIA 0  - 0 FILIPINA


**ramai pemain sudah lama tidak "mendapatkan" perlawanan antarabangsa yang "sebenar-benarnya" menyebabkan sentuhan ajaib beberapa pemain yang cemerlang beberapa tahun lalu tidak kelihatan dan tidak mendatangkan hasil yang diingini.

**namun perlawanan dengan pasukan "kacukan" seperti Filipina ini sememangnya amat diperlukan oleh skuad Harimau Malaya agar mereka dapat menilai dan meneliti kelemahan dan kekuatan mereka bagi menghadapai cabaran perlawanan akan datang.

Jadual Liga Super Malaysia bulan Jun 2012


Jadual perlawanan bola sepak Liga Super Malaysia untuk bulan 6 tahun 2012.  Perlawanan pertama dalam bulan ini hanya akan bermula pada 15 Jun 2012, setelah liga berehat selama sebulan.


15 Jun 2012 (Jumaat) 
T-TEAM - TERENGGANU -  Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT 

16 Jun 2012 (Sabtu) 
PERAK - JOHOR FC -  Stadium Perak, Ipoh 
KL FELDA UNITED - NEGERI SEMBILAN - Stadium Hang Jebat, Melaka 
SARAWAK - SELANGOR - Stadium Negeri Sarawak, Kuching 
LIONS XII - SABAH - Stadium Jalan Besar, Singapura 
SELANGOR PKNS - KUALA LUMPUR - Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya 
KELANTAN - KEDAH - Stadium Sultan Muhammad IV, KB 

19 Jun 2012 (Selasa) 
SELANGOR - T-TEAMStadium Shah Alam, Selangor 
NEGERI SEMBILAN - SARAWAKStadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi 
PERAK - KL FELDA UNITEDStadium Perak, Ipoh 
KUALA LUMPUR - KELANTANStadium Hang Jebat, Melaka 
SABAH - SELANGOR PKNSStadium Likas, Kota Kinabalu 
TERENGGANU - LIONS XIIStadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT 
JOHOR FC - KEDAHStadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, JB 

22 Jun 2012 (Jumaat) 
KL FELDA UNITED - Johor FCStadium Hang Jebat, Melaka 


23 Jun 2012 (Sabtu) 
SARAWAK - PERAK -  Stadium Negeri Sarawak, Kuching 
T-TEAM - NEGERI SEMBILAN Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT 
SELANGOR PKNS - TERENGGANUStadium Petaling Jaya, Kelana Jaya 
KELANTAN - SABAH - Stadium Sultan Muhammad IV, KB 
KEDAH - KUALA LUMPURStadium Darul Aman, Alor Setar 

26 Jun 2012 (Selasa) 
SELANGOR - SELANGOR PKNS FCStadium Shah Alam, Selangor 
PERAK - T-TEAMStadium Perak, Ipoh 
KL FELDA UNITED - SARAWAKStadium Hang Jebat, Melaka 
SABAH - KEDAHStadium Likas, Kota Kinabalu 
TERENGGANU - KELANTANStadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT 
JOHOR FC - KUALA LUMPURStadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, JB 

29 Jun 2012 (Jumaat) 
KELANTAN - SELANGORStadium Sultan Muhammad IV, KB 

30 Jun 2012 (Sabtu) 
SARAWAK - JOHOR FC -  Stadium Negeri Sarawak, Kuching 
T-TEAM - KL FELDA UNITED Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT 
SELANGOR PKNS - NEGERI SEMBILAN - Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya 
KEDAH - TERENGGANU - Stadium Darul Aman, Alor Setar 
KUALA LUMPUR  - SABAH - Stadium Hang Jebat, Melaka



Resepi roti jala dan kuah pencicah


Roti jala adalah menjadi sajian pilihan untuk jamuan ringan di majlis-majlis tertentu ataupun dijadikan makanan sarapan pagi atau petang.  Pada kali ini saya tergerak hati untuk berkongsikan resepi penyediaan roti jala.

Namun jika ada "pakar masak" yang merasakan cara ini silap, harap maafkan saya ye... Mungkin cara anda lebih baik dalam menghasilkan roti jala yang lebih enak.


Bahan-bahan untuk roti jala  
(untuk hidangan lebih kurang 6 orang yang berselera normal) :

300 gm tepung gandum
1 biji telur
4 cawan air
Sedikit garam
1 sudu kecil pewarna kuning
Bahan-bahan (kari ayam)
200 gm isi ayam
Serbuk kari
Santan
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Sedikit halia, lengkuas dan kunyit
2 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
2 biji bunga lawang
2 tangkai daun kari
Minyak masak
Garam dan gula


Cara-cara memasak :

 
Pilihan acuan untuk membentuk roti jala

 
Pilihan jenis kuali leper yang lebih sesuai untuk memasak roti jala 
berbanding dengan kuali biasa

  1. Kisar kesemua bahan sehingga sebati. Pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
  2. Panaskan kuali (seeloknya kuali jenis leper) dengan api yang sederhana. Sapu sedikit minyak pada kuali. Adalah digalakkan anda menggunakan lipatan daun pandan sebagai "berus" untuk menyapu minyak pada kuali agar mengahsilkan aroma wangi pada adunan tersebut.
  3. Masukkan adunan ke dalam acuan roti jala dan dengan pantas pusingkan acuan pada kuali dalam bentuk bulatan, bermula dari bahagian luar hingga ke bahagian dalam.  Proses ini perlu dilakukan segera agar tiada bahagian adunan pada kuali menjadi terlebih tebal. Ia untuk memastikan adunan roti jala masak dengan sempurna.
  4. Biarkan ia masak sehingga naik bau dan nampak keperangan. Lipat roti jala sebanyak dua kali dan angkat dan letak di atas pinggan yang bersih.  Dicadangkan di atas pinggan yang beralas daun pisang yang sudah dibersihkan dan dilayur.
  5. Ulang langkah 3 dan 4 sehingga habis adunan. Sesekali sapu sedikit minyak pada kuali.
Kuah pencicah (kari ayam)
Ini adalah ringkasan resepi kuah pencicah. Anda digalakkan mengikut resepi masing-masing.
  1. Bawang besar, bawang putih dan halia dicincang halus. Kemudian tumis rempah-ratus dan bahan-bahan ini dalam minyak yang panas sehingga keperangan.
  2. Masukkan serbuk kari dan tambah sedikit air. Kemudian masukkan santan.
  3. Masukkan isi ayam dan biarkan sehingga masak.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Pilihan :

- Tambah sedikit cili kisar dan serbuk kunyit untuk menambah perasa dan warna keemasan/kekuningan.
- Nak nampak lebih menarik, boleh bubuh pewarna makanan mengikut warna kesukaan anda.
- Daging ayam boleh digantikan dengan lain-lain daging seperti kerbau, unta, lembu, landak dan kijang. Ikut citarasa masing-masing.
- Roti jala juga boleh dimakan dengan cara digulung bersama dengan daging kari yang dicarik-carik.

Sejarah Sistem Pesanan Ringkas (Short Message Service)

 


Sistem pesanan ringkas ataupun SMS (Short Message Service) adalah satu perkhidmatan yang ditawarkan melalui telefon bimbit untuk mengirim atau menerima pesanan pendek. Pada mulanya SMS dirancang sebagai sebahagian daripada GSM, tetapi pada masa sekarang, perkhidmatan ini ditawarkan oleh jaringan-jaringan mobil lainnya termasuk rangkaian UMTS.

Satu pesanan ringkas SMS maksimum terdiri daripada 140 bait. Dengan kata lain, satu pesanan boleh memuatkan 140 aksara 8-bit, 160 aksara 7-bit atau 70 aksara 16-bit untuk bahasa Jepun, China dan Korea yang memakai aksara Kanji. Selain 140 bait ini, ada data-data lain yang termasuk. Ada pula beberapa kaedah untuk mengirim pesanan yang lebih panjang daripada 140 bait, tetapi seorang pengguna harus membayar lebih daripada sekali. SMS juga mampu untuk mengirim grafik, audio dan video. SMS bentuk ini disebut MMS.

Pesanan-pesanan SMS dikirim dari sebuah telefon bimbit ke pusat pesanan (SMSC dalam bahasa Inggeris). Di sini pesanan disimpan dan cubaan untuk menghantarnya dilakukan untuk beberapa kali. Setelah satu waktu yang telah ditentukan, biasanya 1 hari atau 2 hari, pesanan akan dihapuskan. Seseorang pengguna boleh mendapatkan pengesahan daripada pusat pesanan ini.

SMS sangat popular di Eropah, Asia dan Australia. Di Amerika Syarikat, SMS secara perbandingan jarang digunakan. Di tempat lain, SMS popular kerana agak murah dan kerap digunakan di kalangan remaja. Perkhidmatan pesanan ringkas ini jarang digunakan di kalangan pengguna yang agak berusia.

Disebabkan lambat dan kesulitan menulis atau untuk menjimatkan ruang, biasanya pesanan SMS diringkaskan. Tetapi kesulitan ini, sekarang sudah diatasi kerana banyak telefon bimbit yang memiliki fungsi kamus dan bijak teka "intelligent guess". Ini merujuk kepada ciri telefon meneka perkataan yang cuba ditulis dengan membandingkan perkataan yang bermula dengan huruf yang sudah diisi. Sebagai contoh:- Sekiranya pengguna menaip kere, talipon bimbit akan mempaparkan perkataan kereta.

Pesanan-pesanan SMS pernah mengakibatkan perubahan-perubahan kecil yang menarik dalam masyarakat, seperti berikut :
  • Januari 2001, Joseph Estrada dipaksa turun takhta sebagai Presiden Filipina. Kempen menentangnya diselaraskan melalui sistem pesanan ringkas SMS.
  • Julai 2001, pihak berkuasa Malaysia memutuskan bahawa dalam menjatuhkan talak, tidak boleh dilakukan melalui SMS. Ini disebabkan tidak jelas siapa yang menghantarnya. Siapa sahaja boleh meminjam atau mencuri telefon bimbit dan menghantar pesanan tersebut. Tiada bukti seperti tulisan, suara yang boleh dicamkan, atau saksi yang boleh mengesahkannya. Talak tersebut perlu didaftarkan di Mahkamah atau Pejabat Kadi sebelum ia disahkan.

Bola Sepak Liga Super Malaysia : 26 Mei 2012 (Johor FC-Kelantan)

Perlawanan antara Johor FC dan Kelantan pada malam ini adalah yang terakhir dalam Liga Super Malaysia dan liga akan bersambung pada pertengahan Jun 2012. Perlawanan ke 17 bagi kedua-dua pasukan.
KEPUTUSAN PENUH
 
 JOHOR FC ( 0 ) - ( 0 ) KELANTAN


Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan