Dari Allah SWT kita datang, KepadaNya kita kembali...
Al-Fatihah - Bob Kuman meninggal dunia
By Admin at 7:58:00 pm
berita
Kejuaraan Liga Pro Piala Frenz 2012
By Admin at 12:30:00 am
bola sepak
Kejuaraan Liga Pro Piala Frenz yang dilancarkan di Kelab Bola
Sepak Frenz United (Akademi Bola Sepak
Frenz), Janda Baik, mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi
pertandingan Bawah 14 tahun paling mahal pernah ditawarkan dalam sejarah
bola sepak negara iaitu sebanyak RM100,000.
Bakal bermula pada 4 Mei sehingga 29 Jun ini, kejohanan tersebut
telah menarik perhatian sebanyak 16 pasukan yang terdiri sekolah sukan,
sekolah kerajaan dan swasta serta kelab persendirian. Tujuan utama
penganjuran pertandingan seperti itu adalah untuk memberi ruang kepada
pemain remaja bersaing sesama mereka dan melahirkan lebih ramai pemain
berbakat yang berkaliber.
Piala Frenz adalah sebagai salah satu platform untuk menguji
kemampuan pemain muda di peringkat kebangsaan di samping menyahut seruan
kerajaan dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam membangunkan
bakat pemain di peringkat akar umbi. Bagi perancangan jangka panjang, penyertaan kepada pasukan jiran rantau ini selain kelab dari Eropah akan dibuka.
Penganjuran kejohanan yang dilakukan oleh Frenz United itu ternyata
mendapat pujian daripada Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad yang
berkata ia kali pertama sebuah akademi persendirian swasta mengambil
inisiatif sedemikian.
Berikut merupakan undian pasukan yang telah dibahagikan kepada empat kumpulan :
Kumpulan A
1.Sek. Men. Keb. Seri Tanjung, Tanjung Karang
2.SMK Tinggi Kajang
3.Kuala Lumpur Youth Soccer (KLYS)
4.SMK Tunku Ampuan Durah, Seremban
Kumpulan B
1.Penang Free School
2.Akademi Bola Sepak Majlis Bandaraya Petalig Jaya (MBPJ)
3.Akademi Bola Sepak Permodalan Negeri Selangor (PNSB)
4.Mont Kiara Football Club MKFC)
Kumpulan C
1.Sek. Men. Projek Sesyen 11, Shah Alam
2.SMK Victoria Kuala Lumpur
3.Frenz United Football Academy B
4.CIMB-Youth Football Academy (YFA)-KLFA
Kumpulan D
1.Kelab Bola Sepak Pendamai Putra
2.SMK Anderson, Ipoh
3.Frenz United Football Academy A
4.SMK Meru
Sejarah penubuhan Pasaraya Borong Sakan
By Admin at 12:30:00 am
usahawan
Nama SAKAN adalah ilham pemiliknya Dato' Haji Che Umar Bin Haji Yatim
sempena nama tempat kelahiran beliau di Kampung Sakan, Jalan Dato’
Kumbar, Alor Setar Kedah. Pasaraya Borong Sakan Sdn. Bhd. yang sebelum
ini dikenali dengan nama Syarikat Sri Sakan telah beroperasi secara
aktif pada tahun 1980 dan ditubuhkan secara rasmi pada April 1982.
Perniagaan ini dimulakan dengan modal hanya RM200.00. Dato' Hj. Che Umar
yang ketika itu bertugas sebagai Pengurus Pertubuhan Keselamatan
Pekerja (PERKESO) telah melantik isterinya, Datin Resnah Husin sebagai
Pengurus syarikat. Perniagaan bermula dengan menerima pesanan dan
menjual kepada kenalan sahaja. Pada tahun 1982, Syarikat Sri Sakan telah
maju setapak lagi sebagai pemborong pakaian kepada peniaga-peniaga
kecil, pasar malam, kedai-kedai pakaian, pasaraya ekonomi dan rangkaian
Supermarket Berkat, Fajar dan Billion. Pada waktu itu, barang-barang
yang dipasarkan merupakan produk keluaran Thailand.
Dengan penuh keyakinan bahawa perniagaan yang diceburi mempunyai
potensi besar dan mempunyai peluang yang cerah, maka Dato' Hj. Che Umar
mengambil keputusan untuk bersara lebih awal pada tahun 1998 dan memberi
tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan. Walaupun dalam kemerosotan
ekonomi pada waktu itu, beliau tetap yakin dan berusaha. Hasilnya amat
membanggakan.
Pada tahun 2000, dengan dibantu oleh tiga (3) orang anaknya yang baru
tamat pengajian dalam Ijazah Perakaunan dan Kewangan dari Kingston
Universiti of London, Ijazah Ukur Bangunan dari Universiti Malaya dan
Diploma Pengurusan Perniagaan dari Politeknik Ungku Omar, maka pada Jun
2001 tertubuhlah Pasaraya Borong Sakan Sdn. Bhd. sehinggalah mempunyai
81 cawangan pada hari ini (2012). Kesemua saham syarikat dimiliki
sepenuhnya oleh Dato' Hj. Che Umar, isteri serta anak-anaknya.
Tiga faktor yang membantu SAKAN bertahan dan berkembang ialah:
-Pengetahuan dan pengalaman Pengarah urusan; Dato' Hj. Che Umar
Hj.Yatim selama lebih 20 tahun dalam bidang ini sebagai pemborong
sebelum terlibat dalam aktiviti peruncitan. Ini termasuk keupayaan
mengharungi dua (2) kegawatan ekonomi (tahun 1983 dan 1997) dengan
baik malah semakin berkembang.
-Ketegasan dan sikap berhati-hati yang dibawa oleh Dato' Hj. Che
Umar dalam membentuk anak-anaknya, menjadikan perniagaan seperti
yang ada pada hari ini.
-Budaya kerja yang diamalkan.
LATAR BELAKANG PERNIAGAAN
Pasaraya Borong Sakan Sdn.Bhd menjalankan aktiviti perniagaan
berupakan keperluan hidup manusia pakaian, tempat tinggal dan makanan
secara runcit dan borong. SAKAN menyediakan pakaian untuk semua
peringkat umur termasuk lelaki, wanita, remaja, kanak-kanak dan bayi
dalam pelbagai jenis, corak, kualiti dengan harga yang rendah.
Sejak
ditubuhkan di Kuala Kangsar pada tahun 2001, PBSSB telah berkembang
dengan begitu pesat dan kini terdapat 80 buah cawangan di seluruh negeri
di Malaysia. Anak-anak Dato' Haji Che Umar Bin Haji Yatim iaitu Puan
Rosmariza Binti Dato' Hj. Che Umar, En. Hairil Amri Bin Dato' Hj. Che
Umar dan Puan Rosmarina Binti Dato' Hj Che Umar merupakan tulang
belakang pembangunan syarikat yang sentiasa memastikan kelancaran urusan
perniagaan syarikat ini.
SAKAN memiliki kelebihannya tersendiri dan
mempunyai daya saing yang kuat untuk terus lebih maju ke hadapan.
Kelebihan yang ada pada SAKAN membolehkan memenuhi falsafah
perniagaannya dalam menjual barangan pada harga borong kepada para
pelanggannya. China, Thailand, Indonesia adalah negara asing yang
menjadi punca barangan diperolehi selain daripada negeri-negeri dalam
Malaysia.
Keperluan hidup manusia (pakaian, tempat tinggal dan makanan) adalah
fokus barangan jualan SAKAN. SAKAN menyediakan pakaian untuk semua
peringkat umur termasuk lelaki, wanita, remaja, kanak-kanak dan bayi
dalam berbagai jenis, corak, kualiti dengan harga rendah. Dewasa ini
masyarakat lebih berhati-hati, prihatin dan mempunyai informasi yang
luas terhadap harga barang keperluan dan di mana untuk membeli.
Berdasarkan komen yang kami terima, pelanggan yang 95% terdiri dari
masyarakat Islam mahu berbelanja di kedai-kedai dan pasaraya milik
bumiputera, tetapi memandangkan jumlahnya amat kecil dan kebanyakannya
tidak mampu bersaing maka keinginan itu terkubur. Oleh itu, SAKAN yang
mampu bersaing dari segi harga dan kepelbagaian barang, mendapat tempat
di pasaran di samping dapat menunaikan fardhu kifayah. Kami mahu
pelanggan merasakan bahawa membeli belah di SAKAN bukan hanya dapat
berjimat dengan harga borong yang ditawarkan malah mendapat layanan yang
memuaskan.
Menyedari hakikat di pasaran kini, maka kami telah
merancang untuk memperluaskan cawangan yang sedia ada ke beberapa
tempat yang telah dikenal pasti. Keyakinan serta kesungguhan pihak
pengurusan dan semua kakitangan syarikat memberi keyakinan untuk
mencapai matlamat syarikat di masa hadapan.
- Jika ada yang meragui kualiti barangan yang dijual, maka sepatutnya andai sendiri boleh menilai sebelum membelinya. Sama seperti kes Pasaraya Mydin semasa awal penubuhannya, kualiti barangan yang dijual di Mydin diragui kerana dikatakan kebanyakkan barangan diimport dari negara China.
-Barangan yang dijual murah berpadanan dengan ketahanan dan kualitinya, sesuai untuk rakyat yang berpendapatan miskin dan sederhana ataupun yang ingin berjimat-cermat.
-Mana-mana barang yang pakai tak "lasak", dibeli dengan harga mahal atau murah, ia akan bertahan lama.
-Jika inginkan yang kualiti tinggi... (tinggilah sangat...), pergilah ke pasaraya seperti Sogo ataupun kedai-kedai swasta di Jusco).
Keputusan Piala FA 2012 : Separuh Akhir Kedua
By Admin at 8:33:00 pm
bola sepak
Perlawanan bola sepak Separuh Akhir Kedua Piala FA pada malam ini menemukan semula pasukan Sime Darby dan Terengganu di Stadium MP Selayang. Pada perlawanan Separuh Akhir Pertama, Terengganu tewas kepada pasukan berstatus kelab dengan jaringan 1 berbalas 2.
Manakala Pasukan Kelantan berkunjung ke arena lawan iaitu Kedah di Stadium Darul Aman. Pada perlawanan Separuh Akhir Pertama, Kelantan seri dengan Kedah yang berjaya menjinakkan "Kijang" dengan jaringan 1-1. Kedah dalam kelebihan dengan jaringan gol di tempat lawan.
-separuh masa kedua-
(sila "refresh / reload" web browser kerana mungkin keputusan sedang berubah)
(sila "refresh / reload" web browser kerana mungkin keputusan sedang berubah)
KEPUTUSAN
SIME DARBY 0 - 0 TERENGGANU
(agregat 2-1)
Sime Darby layak ke peringkat akhir Piala FA 2012 selepas menewaskan pasukan Terengganu dengan agregat dua gol berbalas satu.
(agregat 2-1)
Sime Darby layak ke peringkat akhir Piala FA 2012 selepas menewaskan pasukan Terengganu dengan agregat dua gol berbalas satu.
KEDAH 2 - 2 KELANTAN
(agregat 3-3)
Kelantan mara ke peringkat akhir Piala FA 2012 dengan kelebihan jaringan dua gol ditempat lawan.
(agregat 3-3)
Kelantan mara ke peringkat akhir Piala FA 2012 dengan kelebihan jaringan dua gol ditempat lawan.
Jadual Liga Super Malaysia bulan Mei 2012
By Admin at 12:02:00 am
bola sepak
Jadual perlawanan bola sepak Liga Super Malaysia untuk bulan 5, tahun 2012.
04 Mei 2012 (Jumaat)
Kelantan - Lion XII - Stadium Sultan Muhammad IV, KB
Kuala Lumpur - Sarawak - Stadium Hang Jebat, Melaka
Sabah - Felda United - Stadium Likas, Kota Kinabalu
Terengganu & Perak - Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT
08 Mei 2012 (Selasa)
Selangor - Negeri Sembilan - Stadium Shah Alam, Selangor
Kedah - PBDKT/T-team - Stadium Darul Aman, Alor Setar
Johor FC - PKNS FC - Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, JB
Felda United - Lion XII - Stadium Hang Jebat, Melaka
12 Mei 2012 (Sabtu)
Negeri Sembilan - Johor FC - Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi
Perak - Selangor - Stadium Perak, Ipoh
Felda United - Terengganu - Stadium Hang Jebat, Melaka
Sarawak - Sabah - Stadium Negeri Sarawak, Kuching
PBDKT/T-team - Kuala Lumpur - Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT
Lion XII - Kedah - Stadium Jalan Besar, Singapura
PKNS FC - Kelantan - Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya
15 Mei 2012 (Selasa)
Selangor - Felda United - Stadium Shah Alam, Selangor
Negeri Sembilan - Perak - Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi
Kedah - PKNS FC - Stadium Darul Aman, Alor Setar
Kuala Lumpur - Lion XII - Stadium Hang Jebat, Melaka
Sabah - PBDKT/T-team - Stadium Likas, Kota Kinabalu
Terengganu - Sarawak - Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT
Johor FC - Kelantan - Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, JB
22 Mei 2012 (Selasa)
Lion XII - Sarawak - Stadium Jalan Besar, Singapura