Kejuaraan Liga Pro Piala Frenz 2012


Kejuaraan Liga Pro Piala Frenz yang dilancarkan di Kelab Bola Sepak Frenz United (Akademi Bola Sepak Frenz), Janda Baik, mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pertandingan Bawah 14 tahun paling mahal pernah ditawarkan dalam sejarah bola sepak negara iaitu sebanyak RM100,000.

Bakal bermula pada 4 Mei sehingga 29 Jun ini, kejohanan tersebut telah menarik perhatian sebanyak 16 pasukan yang terdiri sekolah sukan, sekolah kerajaan dan swasta serta kelab persendirian. Tujuan utama penganjuran pertandingan seperti itu adalah untuk memberi ruang kepada pemain remaja bersaing sesama mereka dan melahirkan lebih ramai pemain berbakat yang berkaliber.

Piala Frenz adalah sebagai salah satu platform untuk menguji kemampuan pemain muda di peringkat kebangsaan di samping menyahut seruan kerajaan dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam membangunkan bakat pemain di peringkat akar umbi. Bagi perancangan jangka panjang, penyertaan kepada pasukan jiran rantau ini selain kelab dari Eropah akan dibuka.

Penganjuran kejohanan yang dilakukan oleh Frenz United itu ternyata mendapat pujian daripada Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad yang berkata ia kali pertama sebuah akademi persendirian swasta mengambil inisiatif sedemikian.

Berikut merupakan undian pasukan yang telah dibahagikan kepada empat kumpulan :
 
Kumpulan A
1.Sek. Men. Keb. Seri Tanjung, Tanjung Karang
2.SMK Tinggi Kajang
3.Kuala Lumpur Youth Soccer (KLYS)
4.SMK Tunku Ampuan Durah, Seremban
 
Kumpulan B
1.Penang Free School
2.Akademi Bola Sepak Majlis Bandaraya Petalig Jaya (MBPJ)
3.Akademi Bola Sepak Permodalan Negeri Selangor (PNSB)
4.Mont Kiara Football Club MKFC)
 
Kumpulan C
1.Sek. Men. Projek Sesyen 11, Shah Alam
2.SMK Victoria Kuala Lumpur
3.Frenz United Football Academy B
4.CIMB-Youth Football Academy (YFA)-KLFA
 
Kumpulan D
1.Kelab Bola Sepak Pendamai Putra
2.SMK Anderson, Ipoh
3.Frenz United Football Academy A
4.SMK Meru

Sejarah penubuhan Pasaraya Borong Sakan



Nama SAKAN adalah ilham pemiliknya Dato' Haji Che Umar Bin Haji Yatim sempena nama tempat kelahiran beliau di Kampung Sakan, Jalan Dato’ Kumbar, Alor Setar Kedah. Pasaraya Borong Sakan Sdn. Bhd. yang sebelum ini dikenali dengan nama Syarikat Sri Sakan telah beroperasi secara aktif pada tahun 1980 dan ditubuhkan secara rasmi pada April 1982.

Perniagaan ini dimulakan dengan modal hanya RM200.00. Dato' Hj. Che Umar yang ketika itu bertugas sebagai Pengurus Pertubuhan Keselamatan Pekerja (PERKESO) telah melantik isterinya, Datin Resnah Husin sebagai Pengurus syarikat. Perniagaan bermula dengan menerima pesanan dan menjual kepada kenalan sahaja. Pada tahun 1982, Syarikat Sri Sakan telah maju setapak lagi sebagai pemborong pakaian kepada peniaga-peniaga kecil, pasar malam, kedai-kedai pakaian, pasaraya ekonomi dan rangkaian Supermarket Berkat, Fajar dan Billion. Pada waktu itu, barang-barang yang dipasarkan merupakan produk keluaran Thailand.

Dengan penuh keyakinan bahawa perniagaan yang diceburi mempunyai potensi besar dan mempunyai peluang yang cerah, maka Dato' Hj. Che Umar mengambil keputusan untuk bersara lebih awal pada tahun 1998 dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan. Walaupun dalam kemerosotan ekonomi pada waktu itu, beliau tetap yakin dan berusaha. Hasilnya amat membanggakan.

Pada tahun 2000, dengan dibantu oleh tiga (3) orang anaknya yang baru tamat pengajian dalam Ijazah Perakaunan dan Kewangan dari Kingston Universiti of London, Ijazah Ukur Bangunan dari Universiti Malaya dan Diploma Pengurusan Perniagaan dari Politeknik Ungku Omar, maka pada Jun 2001 tertubuhlah Pasaraya Borong Sakan Sdn. Bhd. sehinggalah mempunyai 81 cawangan pada hari ini (2012). Kesemua saham syarikat dimiliki sepenuhnya oleh Dato' Hj. Che Umar, isteri serta anak-anaknya.

Tiga faktor yang membantu SAKAN bertahan dan berkembang ialah:

-Pengetahuan dan pengalaman Pengarah urusan; Dato' Hj. Che Umar Hj.Yatim selama lebih 20 tahun dalam bidang ini sebagai pemborong sebelum terlibat dalam aktiviti peruncitan. Ini termasuk keupayaan mengharungi dua (2) kegawatan ekonomi (tahun 1983 dan 1997) dengan baik malah semakin berkembang.

-Ketegasan dan sikap berhati-hati yang dibawa oleh Dato' Hj. Che Umar dalam membentuk anak-anaknya, menjadikan perniagaan seperti yang ada pada hari ini.

 -Budaya kerja yang diamalkan.


LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

Pasaraya Borong Sakan Sdn.Bhd menjalankan aktiviti perniagaan berupakan keperluan hidup manusia pakaian, tempat tinggal dan makanan secara runcit dan borong. SAKAN menyediakan pakaian untuk semua peringkat umur termasuk lelaki, wanita, remaja, kanak-kanak dan bayi dalam pelbagai jenis, corak, kualiti dengan harga yang rendah.

Sejak ditubuhkan di Kuala Kangsar pada tahun 2001, PBSSB telah berkembang dengan begitu pesat dan kini terdapat 80 buah cawangan di seluruh negeri di Malaysia. Anak-anak Dato' Haji Che Umar Bin Haji Yatim iaitu Puan Rosmariza Binti Dato' Hj. Che Umar, En. Hairil Amri Bin Dato' Hj. Che Umar dan Puan Rosmarina Binti Dato' Hj Che Umar merupakan tulang belakang pembangunan syarikat yang sentiasa memastikan kelancaran urusan perniagaan syarikat ini.

SAKAN memiliki  kelebihannya  tersendiri dan mempunyai daya saing yang kuat  untuk terus lebih maju ke hadapan. Kelebihan yang ada pada SAKAN membolehkan memenuhi falsafah perniagaannya dalam menjual barangan pada harga borong kepada para pelanggannya. China, Thailand, Indonesia adalah negara asing yang menjadi punca barangan diperolehi  selain daripada negeri-negeri dalam Malaysia.

Keperluan hidup manusia (pakaian, tempat tinggal dan makanan) adalah fokus barangan jualan SAKAN. SAKAN menyediakan pakaian untuk semua peringkat umur termasuk lelaki, wanita, remaja, kanak-kanak dan bayi dalam berbagai jenis, corak, kualiti dengan harga rendah. Dewasa ini masyarakat lebih berhati-hati,  prihatin dan mempunyai informasi yang luas terhadap harga barang keperluan dan di mana untuk membeli.

Berdasarkan komen yang kami terima, pelanggan yang 95% terdiri dari masyarakat Islam mahu berbelanja di kedai-kedai dan pasaraya milik bumiputera, tetapi memandangkan jumlahnya amat kecil dan kebanyakannya tidak mampu bersaing  maka keinginan itu terkubur. Oleh itu, SAKAN yang mampu bersaing dari segi harga dan kepelbagaian barang, mendapat tempat di pasaran di samping dapat menunaikan fardhu kifayah. Kami mahu pelanggan merasakan bahawa membeli belah di SAKAN bukan hanya dapat berjimat dengan harga borong yang ditawarkan malah mendapat layanan yang memuaskan.

Menyedari hakikat di pasaran kini, maka kami telah merancang untuk  memperluaskan cawangan yang sedia ada ke beberapa tempat yang telah dikenal pasti. Keyakinan serta kesungguhan pihak pengurusan dan semua kakitangan syarikat memberi keyakinan untuk mencapai matlamat syarikat di masa hadapan.


PERHATIAN
**p/s :

- Jika ada yang meragui kualiti barangan yang dijual, maka sepatutnya andai sendiri boleh menilai sebelum membelinya. Sama seperti kes Pasaraya Mydin semasa awal penubuhannya, kualiti barangan yang dijual di Mydin diragui kerana dikatakan kebanyakkan barangan diimport dari negara China.

-Barangan yang dijual murah berpadanan dengan ketahanan dan kualitinya, sesuai untuk rakyat yang berpendapatan miskin dan sederhana ataupun yang ingin berjimat-cermat.

-Mana-mana barang yang pakai tak "lasak", dibeli dengan harga mahal atau murah, ia akan bertahan lama.

-Jika inginkan yang kualiti tinggi... (tinggilah sangat...), pergilah ke pasaraya seperti Sogo ataupun kedai-kedai swasta di Jusco).

Keputusan Piala FA 2012 : Separuh Akhir Kedua


Perlawanan bola sepak Separuh Akhir Kedua Piala FA pada malam ini menemukan semula pasukan Sime Darby dan Terengganu di Stadium MP Selayang.  Pada perlawanan Separuh Akhir Pertama, Terengganu tewas kepada pasukan berstatus kelab dengan jaringan 1 berbalas 2.

Manakala Pasukan Kelantan berkunjung ke arena lawan iaitu Kedah di Stadium Darul Aman.  Pada perlawanan Separuh Akhir Pertama, Kelantan seri dengan Kedah yang berjaya menjinakkan "Kijang" dengan jaringan 1-1.  Kedah dalam kelebihan dengan jaringan gol di tempat lawan.

-separuh masa kedua-
(sila "refresh / reload" web browser kerana mungkin keputusan sedang berubah)

KEPUTUSAN PENUH

SIME DARBY  0  -  0  TERENGGANU
(agregat 2-1)
Sime Darby layak ke peringkat akhir Piala FA 2012 selepas menewaskan pasukan Terengganu dengan agregat dua gol berbalas satu.

KEDAH  2  -  2  KELANTAN
(agregat 3-3)
Kelantan mara ke peringkat akhir Piala FA 2012 dengan kelebihan jaringan dua gol ditempat lawan.

Jadual Liga Super Malaysia bulan Mei 2012


 Jadual perlawanan bola sepak Liga Super Malaysia untuk bulan 5, tahun 2012.


04 Mei 2012 (Jumaat)
Kelantan - Lion XII - Stadium Sultan Muhammad IV, KB
Kuala Lumpur - Sarawak - Stadium Hang Jebat, Melaka
Sabah - Felda United - Stadium Likas, Kota Kinabalu
Terengganu & Perak - Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT


08 Mei 2012 (Selasa)
Selangor - Negeri Sembilan - Stadium Shah Alam, Selangor
Kedah - PBDKT/T-team - Stadium Darul Aman, Alor Setar
Johor FC - PKNS FC - Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, JB
Felda United - Lion XII - Stadium Hang Jebat, Melaka

12 Mei 2012 (Sabtu)
Negeri Sembilan - Johor FC - Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi
Perak - Selangor - Stadium Perak, Ipoh
Felda United - Terengganu - Stadium Hang Jebat, Melaka
Sarawak - Sabah - Stadium Negeri Sarawak, Kuching
PBDKT/T-team - Kuala Lumpur - Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT
Lion XII - Kedah - Stadium Jalan Besar, Singapura
PKNS FC - Kelantan - Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya

15 Mei 2012 (Selasa)
Selangor - Felda United - Stadium Shah Alam, Selangor
Negeri Sembilan - Perak - Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi
Kedah - PKNS FC - Stadium Darul Aman, Alor Setar
Kuala Lumpur - Lion XII - Stadium Hang Jebat, Melaka
Sabah - PBDKT/T-team - Stadium Likas, Kota Kinabalu
Terengganu - Sarawak - Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT
Johor FC - Kelantan - Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, JB

22 Mei 2012 (Selasa)
Lion XII - Sarawak - Stadium Jalan Besar, Singapura

5 petua utama menjaga hak kerahsiaan peribadi di Facebook


 

Assalamualaikum.....

Facebook atau bak kata Najwa Latif "muka buku" menjadi fenomena yang amat luar biasa.  Hampir setiap orang akan ada sekurang-kurangnya satu akaun rangkaian sosial berkenaan.  Tiada mendagtar akaun facebook seolah-olah ketinggalan zaman, laksana fenomena pemilikkan telefon mudah alih (hand phone).

Namun dalam keghairahan rakyat menggunakan rangkaian sosial tersebut untuk pelbagai tujuan termasuklah menyebarkan fitnah dan menjatuhkan maruah orang lain dengan gambar dan cerita rekaan, tahukah anda bahawa setiap apa yang telah, sedang dan akan ditaip dan di "post" ke "wall" mahupun ada sahaja yang anda simpan di profile dan album, pastinya akan terkait sama isu keselamatan indentiti dan maklumat peribadi anda.  Setiap pengguna perlu sedar hak kerahsiaan mereka dan perlu mengambil langkah-langkah keselamatan bagi mengelakkan anda terkena gangguan emosi.

Berikut adalah lima petua utama menjaga hak kerahsiaan peribadi di Facebook, iaitu :

1. Menghadkan perkongsian hanya pada rakan

Jika anda berkongsi maklumat pada rakan anda dan juga kepada kawan kepada rakan anda itu, anda mendedahkan maklumat anda kepada purata 150,000 orang. Apabila data anda adalah dibuka kepada orang ramai, ia boleh berlaku apa sahaja sama ada yang anda ingini mahupun tidak, melainkan data tersebut sememangnya memerlukan penyebaran maklumat awam seperti bisnes online anda mahupun penyebaran ilmu yang bermanfaat.

2. Jangan Biarkan Rakan Anda Kongsi Maklumat Anda

Ada maklumat peribadi yang tidak perlu anda benarkan rakan anda mengongsikannya kepada pihak lain.  Kemungkinan ada pihak membeli atau menyalin maklumat ini bagi tujuan jenayah berorientasikan keuntungan amatlah tinggi kerana seringkali terjadi pemalsuan indentiti. 

Anda juga perlu berhati-hati pada aplikasi di facebook yang biasanya meminta alamat e-mel anda, maklumat profil anda, pendidikan, sejarah, lokasi dan sejarah kerja, dan maklumat profil rakan anda, termasuk sejarah pendidikan, lokasi dan sejarah kerja mereka.  Pihak ketiga yang menyediakan aplikasi ini bila-bila masa boleh menyalahgunakan info yang diperolehi dan mereka juga dapat mengakses walaupun tanpa kebenaran dari pemilik akaun facebook yang memasang aplikasi tersebut dalam akaun mereka.

3.  Ambil berat terhadap apa yang di "tag"

Tidak seperti Google +, yang meminta pengguna jika mereka ingin pengesahan wajah diaktifkan pada gambar, Facebook menawarkan "cadangan tag." Ini bermakna apabila gambar yang kelihatan seperti anda naik kepada rangkaian, Facebook menunjukkan senarai penambahan tag.  Tetapi dengan fungsi seperti ini, anda terdedah kepada "spam tag" yang berkemungkinan anda akan ditag dengan gambar atau maklumat yang tidak anda ingini.  Ini boleh menimbulkan keserabutan pada status dan mengganggu ketenteraman anda. Anda boleh menutup fungsi ini sekiranya anda rasa terganggu dengannya.

4. Menghadkan pembaca untuk artikel masa lalu

Kemungkinan ada coretan anda pada masa yang lalu menjadi sesuatu yang penting atau sensitif pada masa kini dan berkemungkinan juga fakta yang dinyatakan telah berubah mengikut peredaran masa atau peristiwa yang berlaku.  Keadaan seperti ini menyebabkan sesetengah hasil penulisan anda itu tidak sesuai dibaca oleh sesetengah rakan facebook anda. Oleh itu amat penting untuk anda menghadkan kebolehcapaian rakan-rakan anda terhadap hasil penulisan anda pada masa lalu terutamanya bagi tujuan keselamatan dan kerahsiaan peribadi.

5. Hadkan carian "subscriber" anda

Adakah anda ingin maklumat profile anda seperti satu ruangan komuniti atau dihadkan kepada yang berkaitan dengan aktiviti anda sahaja seperti pelanggan pada perniagaan anda?. Sebenarnya mematikan fungsi pilihan "langgan awam" akan membantu anda menghadapi individu yang tidak dikenali yang mungkin menyalahgunakan fungsi ini dan mendatangkan masalah kepada anda.

Melainkan jika anda mematikan "Subscriber Search", ia akan menghadkan pada catatan awam atau umum  anda sahaja, sama ada anda kenal atau tidak mereka itu. Ini bermakna bahawa hanya "timeline" awam anda akan muncul dalam keputusan enjin carian dan bukan keseluruhan maklumat anda.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan