Debaran penyokong empat pasukan bola sepak kian memuncak
dalam aksi Separuh Akhir Pertama Piala FA 2012, yang berlangsung di
Stadium Sultan Mohammad IV dan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Kelantan dan Terengganu menjadi tuan rumah melayan kunjungan Kedah serta Sime Darby.
Separuh Akhir Pertama
KEPUTUSAN
Kelantan 1 - 1 Kedah
**yang jadi isu :-
-dua kad merah : satu untuk pemain Kelantan dan Kedah.
-masa tambahan 8 minit diberikan pengadil
Terengganu 1 - 2 Sime Darby
**yang jadi isu :-
-penyokong Terengganu berhimpun diluar stadium selepas tamat perlawanan
Pastinya pada malam ini, debaran penyokong pasukan bola sepak Kelantan dan Kedah kian memuncak dalam aksi Separuh Akhir Pertama Piala FA yang akan berlangsung di Stadium Sultan Mohammad IV, pada pukul 8.45 malam. TV1 menyiarkan perlawanan ini secara langsung. Perlawanan lain iaitu antara Terengganu bertemu dengan Sime Darby di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Astro saluran 801 menyiarkan secara langsung perlawanan ini.
Maka sempena perlawanan berkenaan, segelintir peminat bola sepak tempatan yang dikatakan dari UiTM telah membuat video kreatif ini dan telah dimuat-naik ke laman web Youtube. Ia menceritakan mengenai dua penyokong dari pasukan berbeza yang berselisih faham
mengenai istilah "nasi" (potato rice crisp ). kemudian didamaikan dan disatukan semula oleh penyokong yang "neutral".
Jika diamati lirik pada lagu yang ada dalam video ini, mereka menasihatkan kepada penyokong-penyokong pasukan bola sepak berlainanan bahawa yang berbeza hanyalah warna jersi baju. Yang penting kita adalah semangat kesukanan rakyat Malaysia dan belajarlah untuk memahami adat pertandingan yang menentukan kalah dan menang.
Ada ketikanya kita akan teringin untuk menikmati makanan yang unik dan berbeza
rasanya, seperti makanan dari negeri Kelantan. Jangan pula hairan, kerana keunikan itu juga menyebabkan ada
mereka yang sanggup memandu berjam-jam lamanya hanya semata-mata untuk
menikmati juadah di negeri Tuan Guru Nik Abdul Aziz ini. Negeri di Pantai
Timur ini mempunyai kesinambungan budaya yang agak unik.
Gabungan kaum Melayu,
Cina, India serta masyarakat Thailand berjaya menyatukan pelbagai
hidangan kepada 'hidangan Malaysia' sekaligus menjadikan ia sebagai satu
tarikan kepada pelancong luar.
Mungkin ada yang akan tertawa atau berkerut dahi apabila mendengar nama kuih seperti Tahi Itik, Kuih
Kartun, Badak Berendam, Abang Balik Gelisah, Che Abang Guling, Lompat
Tikam, Lidah Buaya dan macam-macam lagi nama yang diberi. Namun, di
sebalik nama yang pelik itu, rasanya amatlah lemak dan manis
sekali. Ada juga beberapa jenis makanan ini mempunyai persamaan dengan negeri-negeri lain di Malaysia ini.
Begitu juga dengan hidangan Nasi Kerabu, Nasi Berlauk, Nasi
Tumpang, Laksam atau Solok Lada yang sinonim dengan Kelantan sehingga
membuat anda terkenang-kenang keenakan makanan itu. Benarlah seperti lagu
nyanyian pelakon dan pelawak Jalil Hamid yang bertajuk "Makan". Yang pelik dan unik itulah yang menjadi faktor pelaris untuk orang ramai berkunjung ke sesuatu tempat.
Fairuz Selamat adalah seorang artis muda berbakat yang tidak "sengau" suaranya pada zaman awal beliau popular menjadi artis nyanyian. Fairuz menjadi artis sejak zaman sekolah menengah dengan kumpulan Q-Face yang terkenal dengan lagu seperti "Cinta Tak Sehaluan" dan "Izinkanlah". Selepas pembubaran kumpulan Q-Face, beliau menjadi vokalis kumpulan Antz yang masih mengekalkan "genre" lagu yang sama.
Kini beliau mempunyai pekerjaan selain dari bidang hiburan dan kadangkala ada juga melibatkan diri dalam aktiviti seni suara sekiranya mendapat jemputan dari pihak-pihak tertentu. Paling tidakpun jika dah kemaruk sangat nak menyanyi, beliau akan berkaraoke dengan kawan-kawannya.
Anda pasti dah tahu lagu Yuna yang sedang popular iaitu Terukir Di Bintang. Fairuz Selamat yang agak aktif membuat "cover" lagu artis-artis lain juga menyanyikan lagu Yuna berkenaan dengan lenggok suara beliau sendiri.
Berikut adalah komen Fairuz setelah saya memberi komen di Youtube Channel beliau :
"wsalam.. eheheh suke ur comment..sb tu fairuz akan bawak
lagu dengan kesesuaian kebolehan dan mood kita.. yuna dah ade cara dia..
kalau ikot muzik lgu ni.. genre dia.. emmang ala2... zaman2 saloma..
mcm bila larut malam.. lgu2 mcm tu.. sb tu fairuz letakkan lenggok2
klasik.. just to put in my taste into it.. apepun pandangan akan fairuz
amik sbgai panduan..
tolong bgtau yuna leh? ehehe....."
Bawah ini adalah video dari Youtube Fairuz :