Assalamualaikum.....
Prof Leopold Werner Von Ehrenfels, seorang psychiatrist dan neurology dari Austria, menemui sesuatu yang
menakjubkan terhadap wudhu. Beliau mengemukakan satu fakta yang sangat
mengujakan iaitu pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki.
Pusat-pusat
saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini hikmah di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut ditemui. Malah beliau mencadangkan agar wudhu bukan hanya menjadi kebiasaan umat Islam,
tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.
Dengan sentiasa
membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti
akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat saraf. Pada akhirnya
Leopold memeluk agama Islam dan menggunakan nama Baron Omar Rolf
Ehrenfels.
Ulama Feqah juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai bahagian
dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota
badan yang dibasuh dalam air wudhu, seperti tangan, kawasan muka
termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan
benda-benda asing termasuk kotoran. Kerana itu, wajar kalau anggota
badan itu yang harus dibasuh.
Ulama tasawuf menjelaskan hikmah
wudhu dengan menjelaskan bahawa anggota badan yang dibasuh air wudhu
memang daerah yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang
pernah diraba, dipegang, dan dilakukan tangan kita. Banyak pancaindera
tersimpul di bahagian muka.
Berapa orang yang jadi korban setiap hari
dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki, dan membicarakan aib
orang lain. Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru
diintip mata ini, apa yang didengar oleh telinga ini, dan apa saja yang
baru dicium hidung ini? Ke mana sahaja kaki ini berjalan setiap hari?
Tegasnya, anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa. Organ
tubuh yang menjadi anggota wudhu disebutkan dalam ayat al-Maidah [5]:6,
adalah wajah, tangan sehingga siku, dan kaki sehingga hujung kaki.
Dalam
hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu mampu
mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga,
tangan, dan kakinya, sehingga yang berkaitan bersih dari dosa. Kalangan
ulama melarang mengeringkan air wudhu dengan kain kerana dalam redaksi
hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan
terakhir dari air wudhu itu (ma'a akhir qathr al-ma').
Wudhu dalam
Islam masuk di dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti halnya
tayammum, syarth, dan mandi junub. Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah
(pembersihan secara fisik). Rasulullah SAW selalu berusaha
mempertahankan keabsahan wudhunya.
Yang paling penting dari wudhu
ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai
orang yang ‘bersih' dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya
kepada Tuhan, seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf
Al-Quran.
Wudhu sendiri akan menghalang diri untuk menghindari perkara-perkara yang merosakkan kesuciannya. Dosa dan kemaksiatan juga bercanggah dengan konsep berwudhu. Oleh itu orang yang berwudhu akan sentiasa berada dalam ketenangan dan dilindungi Allah SWT dari mara bahaya, insya Allah.....