Keputusan perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja 2011 : Melaka - Pahang

 

Assalamualaikum...

Berakhir sudah episod "drama" Piala Emas Raja-Raja 2011 antara Melaka dan Pahang.  Berbagai-bagai perkara kontroversi yang timbul sebelum perlawanan ini bermula iaitu seperti perubahan lokasi stadium perlawanan, keadaan padang di Stadium Temerloh yang tidak memuaskan serta beberapa isu sensitif yang tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Dalam perlawanan ini, Pahang menewaskan pasukan Melaka dengan jaringan 3 berbalas 1, dengan menyaksikan gol awal dijaringkan oleh pasukan Melaka di separuh masa pertama. Pahang menyamakan jumlah jaringan pada 5 minit sebelum tamat separuh masa pertama, melalui sepakan percuma di luar kotak penalti. Pahang memastikan kemenangan menjadi milik mereka apabila pada separuh masa kedua, menjaringkan gol pada minit ke 75 dan 79.

Walauapapun, pujian harus diberikan kepada sebilangan penyokong bola sepak Negeri Melaka dan Ultra Taming Sari yang telah berkumpul dan "berkonvoi" dari kawasan KFC Alor Gajah dalam jam 12 tengah hari semalam (01/01/2012).  

Semangat "Hang Jebat" yang ditampilkan oleh mereka seharusnya mendapat perhatian Persatuan Bola Sepak Negeri Melaka kerana dengan perbelanjaan sendiri dan tanpa perlindungan insuran, mereka dilihat bersungguh-sungguh meredah perjalanan jauh ke Temerloh, Pahang untuk memberi sokongan kepada "Skuad Kancil".  

Diharap pengurusan Persatuan Bola Sepak Melaka untuk tahun 2012 ini akan lebih seirus dalam menguruskan bola sepak serta membangunkan kembali darjat bola sepak Negeri Melaka ke tahap yang boleh dibanggakan.  Ambil ikhtibar dari pada pasukan bola sepak Kelantan yang pernah terperosok di Liga FAM, namun kembali bangkit bertenaga ke Liga Perdana dan seterusnya Liga Super dan menghadirkan saingan sengit pada mana-mana pasukan yang dihadapi mereka.


Baikpulih padang hanya dimulakan beberapa hari sebelum tarikh perlawanan, 
akibat pindaan stadium perlawanan di kala tarikh semakin hampir.

Nampak dah macam sesi cari gali artifak barangan purba.

Keadaan Stadium Mini Temerloh pada petang hari perlawanan. Cantik kan...?

Senarai pasukan bola sepak di Liga Super dan Liga Perdana 2012 (Liga Malaysia)



Liga Malaysia Musim 2012 akan membabitkan dua peringkat liga yang berbeza iaitu Liga Super dan Liga Perdana. Liga Super mempertaruhkan pasukan elit yang akan bersaingan bersama-sama 14 pasukan dalam kumpulan berkenaan. 

Manakala Liga Perdana pula boleh dianggap divisyen kedua Malaysia, bakal mempersembahkan 12 pasukan yang tidak kurang hebatnya apatah lagi pasukan "Manchester City Malaysia", ATM yang telah melaburkan sejumlah wang yang banyak untuk membawa pemain bintang ke pasukan mereka. 

Berikut merupakan Senarai Pasukan Liga Super 2012 dan Liga Perdana 2012 :


SENARAI PASUKAN LIGA SUPER 2012

1) Felda United
2) Perak
3) Kelantan
4) Lions XII (Singapura)
5) Johor FC
6) Selangor
7) N.Sembilan
8) Selangor PKNS
9) Kuala Lumpur
10) T-Team
11) Sarawak
12) Kedah
13) Terengganu
14) Sabah

*Perlawanan Pertama Dijadual Bermula Pada 10 Januari 2012


SENARAI PASUKAN LIGA PERDANA 2012

1) Johor
2) Sime Darby
3) Pos Malaysia
4) PDRM 5) Pahang
6) MP Muar
7) MBJB
8) ATM
9) Betaria FC
10) USM FC
11) Perlis
12) Harimau Muda B

*Perlawanan Pertama Dijadual Bermula Pada 13 Januari 2012

Fakta menakjubkan mengenai "wudhu" (air sembahyang)


Assalamualaikum.....

Prof Leopold Werner Von Ehrenfels, seorang psychiatrist dan neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Beliau mengemukakan satu fakta yang sangat mengujakan iaitu pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki.

Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini hikmah di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut ditemui. Malah beliau  mencadangkan agar wudhu bukan hanya menjadi kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.

Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat saraf. Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan menggunakan nama Baron Omar Rolf Ehrenfels.
 

Ulama Feqah juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai bahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh dalam air wudhu, seperti tangan, kawasan muka termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. Kerana itu, wajar kalau anggota badan itu yang harus dibasuh.

Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu dengan menjelaskan bahawa anggota badan yang dibasuh air wudhu memang daerah yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba, dipegang, dan dilakukan tangan kita. Banyak pancaindera tersimpul di bahagian muka. 

Berapa orang yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki, dan membicarakan aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru diintip mata ini, apa yang didengar oleh telinga ini, dan apa saja yang baru dicium hidung ini? Ke mana sahaja kaki ini berjalan setiap hari?


Tegasnya, anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa.  Organ tubuh yang menjadi anggota wudhu disebutkan dalam ayat al-Maidah [5]:6, adalah wajah, tangan sehingga siku, dan kaki sehingga hujung kaki.

Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan, dan kakinya, sehingga yang berkaitan bersih dari dosa.  Kalangan ulama melarang mengeringkan air wudhu dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wudhu itu (ma'a akhir qathr al-ma').
 
Wudhu dalam Islam masuk di dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti halnya tayammum, syarth, dan mandi junub. Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah (pembersihan secara fisik). Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan keabsahan wudhunya.

Yang paling penting dari wudhu ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai orang yang ‘bersih' dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan, seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran.

Wudhu sendiri akan menghalang diri untuk menghindari perkara-perkara yang merosakkan kesuciannya. Dosa dan kemaksiatan juga bercanggah dengan konsep berwudhu.  Oleh itu orang yang berwudhu akan sentiasa berada dalam ketenangan dan dilindungi Allah SWT dari mara bahaya, insya Allah.....

Keputusan perlawanan bola sepak persahabatan antara ATM dan Singapore Lions XII


Perlawanan persahabatan yang diadakan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor, pada 30/12/2011, jam 8.30 malam sempena persediaan sebelum bermula Liga Malaysia saingan tahun 2012.

Samadiyya syariah : ajaran songsang yang menyokong hubungan lesbian sedang melanda Asia Tenggara

 


Assalamualaikum...

Dalam masa beberapa bulan kebelakangan ini, isu masalah "hubungan sejenis" dilihat semakin menjadi-jadi dengan tersebarnya berita perkahwinan gay oleh seorang pelajar Malaysia di luar negara.

Tahukah anda, penganut agama Islam kini sedang "diserang" pula dengan ajaran songsang / sesat yang menghalalkan lesbian?.  Ajaran ini dikesan wujud di Indonesia dan dikatakan ulama di negara berkenaan telah mengadakan perbincangan dengan seorang aktivis antarabangsa iaitu Dr Ghazala Anwar (sila buat carian Google atau Yahoo) iaitu mengenai bagaimana mereka boleh menyokong hubungan lesbian yang merujuk kepada sebuah fahaman yang dikenali sebagai "Samadiyya Syariah". 

Usaha untuk menyebarkan fahaman atau ajaran songsang ini ke Malaysia dan negara sekitarnya yang mempunyai penganut agama Islam sedang diusahakan oleh mereka.  Bagi puak-puak ini melalui satu gerakan antarabangsa yang dinamakan " Safra Project ".


Safra Project adalah projek sumber yang berasaskan isu-isu berkaitan dengan wanita Lesbian, Biseksual dan / atau Transgender yang mengenal pasti diri sebagai beragama Islam dan / atau budaya (LBT wanita Muslim).  

Safra Project telah ditubuhkan pada bulan Oktober 2001 oleh dan bagi wanita yang berdasarkan orientasi seksual, identiti jantina, jantina, agama, bangsa, budaya dan status imigresen yang mereka alami, adalah unik dan pada masa ini ditangani dengan secukupnya oleh mereka.


**p/s : Hati-hatilah dengan fitnah akhir zaman. Perang Dajjal dan kuncu-kuncunya telah lama bermula....  Berita TV sekarangpun banyak pembohongan...

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan