Pigmi Marmoset (bahasa Inggeris:
Pygmy Marmoset) ialah sejenis monyet yang berasal dari hutan-hutan hujan Brazil Barat, Colombia Tenggara, Ecuador Timur, dan Peru Timur. Nama saintifiknya
Callithrix (Cebuella) pygmaea.
Pigmi Marmoset merupakan monyet yang paling kecil, dengan panjang badannya hanya 14 -16 sentimeter (tidak termasuk ekornya yang 15-20 sm panjangnya), serta juga salah satu primat yang terkecil di dunia. Monyet jantan sekitar 140 gram (5 auns) beratnya, manakala berat betina hanya sebanyak 120 g (4.2 oz).
Walaupun namanya, Pigmi Marmoset adalah agak berbeza dengan marmoset-marmoset yang tipikal dalam genus
Callithrix. Oleh itu, ia digolongkan dalam subgenus tersendiri yang dahulu diiktiraf sebagai
Cebuella. Terdapat dua subspesies Pigmi Marmoset, iaitu:
- Callithrix (Cebuella) pygmaea pygmaea
- Callithrix (Cebuella) pygmaea niveiventris.
Biologi
Pigmi Marmoset mempunyai bulu yang kuning keperang-perangan, serta ekor bergelang yang sepanjang badannya. Kukunya disesuaikan khusus untuk memanjat pokok, satu ciri yang unik bagi spesies ini. Pigmi Marmoset adalah omnivor dan makan buah, daun, serangga dan kekadang juga reptilia yang kecil.
Bagaimanapun, kebanyakan dietnya terdiri daripada sap (bendalir) pokok.
Sehingga dua pertiga masanya dihabiskan untuk menebuk kulit pokok
supaya dapat memperoleh sap yang lekit. Ia mempunyai gigi kacip yang
sangat khusus untuk kegiatan ini.
Disebabkan oleh saiznya yang kecil serta pergerakan yang tangkas dan
pantas, Pigmi Marmoset tidak mudah dilihat di kawasan-kawasan liar.
Jangka hayat monyet ini boleh hidup sehingga 11 tahun bergantung pada persekitaran habitat semasa dan pemakanan haiwan ini.
**p/s : Ada sesiapa nak jadikan monyet ini haiwan belaan "wonder pets"?. Boleh aje dijadikan sebagai pilihan terbaik selain daripada hamsters, tikus belanda, arnab atau sesumpah...