Setiap usaha perlu disertakan dengan niat yang jelas dan pengamalan yang berterusan.
Jam Populasi Malaysia
Unjuran
Jam Populasi Malaysia dikemaskini setiap minit. Unjuran Jam Populasi
meliputi semua penduduk di mana tempat kediaman biasa adalah di kesemua
16 Negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia. Unjuran ini tidak
termasuk penduduk Malaysia yang tinggal di luar Malaysia ( contohnya :
pelajar, pekerja, duta dan sebagainya). Unjuran ini adalah berdasarkan
data Banci Penduduk dan Perumahan 2000, yang telah dijalankan pada 5
Julai 2000. Data Banci ini telah disesuaikan untuk kurang perhitungan
dan ke pertengahan tahun.
Unjuran
Jam Populasi ini dijana, pertama, bilangan penduduk yang diperoleh
daripada Banci Penduduk dan Perumahan disesuaikan untuk kurang
perhitungan, ke pertengahan tahun dan pelicinan umur.
Seterusnya,
bilangan ini ditambah bilangan dengan angka kelahiran, ditolak kematian
dan ditambah dengan migrasi (antarabangsa). Komponen kelahiran dan
kematian yang dianggarkan adalah berdasarkan kepada angka kelahiran dan
kematian yang diperoleh daripada Unit Perancang Ekonomi. Unjuran ini
tidak mengambil kira faktor seperti bencana alam atau wabak penyakit,
yang mana boleh memberi kesan yang ketara dalam anggaran kematian.
Andaian yang digunakan adalah malar bagi tempoh masa tiga bulan (
setiap suku tahunan ) sebelum dikemaskini. Pertambahan penduduk mungkin
mengalami sedikit ketidaksamaan disebabkan pembulatan.
Andaian yang digunakan bagi mengunjur penduduk ini adalah seperti berikut :
- satu kelahiran berlaku setiap 58 saat
- satu kematian berlaku setiap 4 minit dan 36 saat
- seorang migran masuk(antarabangsa) setiap 5 minit dan 15 saat
- pertambahan keseluruhan penduduk, seorang penduduk bagi setiap 56 saat