Saya (baju hijau) bergambar dengan pemilik Nur Muhd Cafe iaitu abang Rafi
Salam sejahtera...
Adakah dari kalangan blogger dan bloggie masih mempunyai "mood" raya?. Kemungkinan ghairah terhadap raya betul-betul hangat tahap "gaban" ialah pada minggu pertama. Selepas itu ia mulai surut seperti surutnya "stock" kuih muih dalam balang-balang (bukan balan-balan tau...ish..seriau saya..) kaca dan plastik di rumah masing-masing. Rumah terbuka di kalangan orang awam juga rancak diadakan.
Kebiasaannya apabila tiba penghujung minggu ke dua Aidilfitri dan menjelangnya minggu ke tiga, pihak koporat ataupun agensi
kerajaan serta swasta pula "mengambil alih tugas" mengadakan "rumah terbuka" bagi meneruskan kesinambungan jamuan hari raya Aidilfitri. Wah.., jika bulan Ramadhan ada yang kata "
bulan pesta makanan dan minuman", maka layaknya bulan Syawal ini dilihat seperti "
bulan jamuan makanan dan minuman. Alangkah indahnya jika nikmat seperti ini dikongsi oleh rakyat yang susah seperti di Afghanistan ataupun Palestin.
Saya telah pergi ke kedai terbuka Aidilfitri yang diadakan oleh Nur Muhd Cafe pada 26 September 2010 (Ahad) selepas solat maghrib. Kedai makanan dan minuman yang dimiliki oleh "Abang Rafi" terletak di kawasan lapang yang bersebelahan dengan tapak lama Pasar Besar Melaka dan berhampiran dengan asrama UiTM Bandar Melaka.
Suasana ketika majlis berlangsung :