Dara Abdul Jalil meninggal dunia

 

Penyanyi terkenal tahun 1980-an, Rohana Jalil, berusia 68 tahun, meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada pukul 11.34 malam, 20 Jun 2023 disebabkan kebocoran usus.  Berita perkhabaran duka itu dikongsikan kepada pemberita RTM sahabat karib arwah, Datuk Azizul Khamis.

Bagaimanapun, menurut suaminya Jahangir Khan, "jenazah allahyarham akan terus dibawa dan disolatkan di Masjid Al Falah USJ 9."  Allahyarham dikebumikan di tanah perkuburan Islam USJ 21 selepas Zohor.

Sebelum ini, allahyarham dimasukkan ke hospital berikutan komplikasi usus yang dihadapinya sejak April lalu, namun keadaannya ketika itu masih stabil. Akibat komplikasi yang dihadapinya, allahyarham diletakkan di wad pemantauan bagi membolehkan hospital memberikan perhatian kepadanya.

Memulakan kariernya dalam bidang hiburan dengan menjuarai Bintang RTM pada tahun 1980-an, terus membawanya ke dalam industri seni tanah air sehingga kini.

Ibu kepada pelakon Kilafairy itu pernah popular dengan lagu Rayuanku, Resahku dan lagu duet nyanyi bersama To'ki berjudul Naluri Cinta.

Nama sebenarnya ialah Dara Binti Abdul Jalil. Lahir pada 18 Februari 1955 di Kota Tinggi, Johor.


* Kredit : RTM ( Facebook )

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan