Persediaan untuk menghadapi hal kecemasan terutamanya yang berkaitan dengan bencana alam.
Kita tak tahu bila bencana akan berlaku. Ini juga keperluan jika mangsa perlu dipindahkan ke pusat pemidahan sementara. Semasa bencana, komunikasi sangat penting. Pastikan ada powerbank yang telah dicas sepenuhnya.
Pada pandangan saya, lebih elok kita membeli "solar power bank" atau panel solar yang boleh membekalkan tenaga elektrik untuk beberapa peralatan elektronik seperti telefon pintar, radio, kipas mudahalih dan dapur elektrik.
Lampu suluhpun ada jenis mempunyai panel solar bagi mengecas tenaga eletrik, sebagai pilihan kepada penggunaan bateri ataupun yang berjenis tenaganya boleh dicas melalui kabel USB.
Gambar di atas merupakan cadangan penyediaan kit kecemasan untuk setiap kediaman atau premis komersil.
Kredit : Public Health Malaysia