Asteroid sebesar dua padang bola sepak melintasi Bumi petang semalam

Sebuah asteroid bersaiz dua buah padang bola dijangka melintasi Bumi sebelum pukul 2.00 petang semalam (2 November 2021), lapor akhbar Daily Star semalam.

Asteroid dikenali sebagai 2017 TS3 itu mempunyai diameter sehingga 219 meter dan akan memecut melintasi Bumi pada kelajuan 35,000 kilometer sejam.

Menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), meskipun dijangka melintasi Bumi pada jarak yang ‘agak dekat’, asteroid tersebut tidak akan menghampiri planet ini dalam jarak sehingga 8.7 juta kilometer.

Tambah NASA, asteroid TS3 juga akan mendekati Bumi ketika ia membuat pusingan pada Matahari.

Bagaimanapun, ia tidak akan mengganggu planet ini kerana saiznya dianggap lebih kecil berbanding asteroid-asteroid lain dan tidak akan menghampiri Bumi melebihi jarak jangkaan. – Agensi


Kredit :

- Kosmo


Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan