Nik Omar bakal dilantik Menteri Besar Kelantan



Nik Omar Nik Abdul Aziz akan mentadbir sebagai Menteri Besar Kelantan jika Pakatan Harapan (PH) diberi mandat oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.

Nik Omar sebelum ini merupakan calon PH pada Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU-14) lalu.

Ahli Jawatankuasa Majlis Pimpinan Amanah Nasional, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, Nik Omar akan dicalonkan bagi DUN yang sama nanti.

“Insya-Allah sekiranya PH menang pada PRU-15 nanti Nik Omar akan diberikan mandat sebagai Menteri Besar Kelantan.

“Dalam pada itu rakyat haruslah bekerjasama dengan mengundi Pakatan Harapan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan Amanah Kawasan Kota Bharu Kali Ke 4, pada petang 30 Oktober 2020. Hadir sama Ketua Amanah Kawasan Kota Bharu Datuk Husam Musa.

Wan Abd. Rahim berkata, pihaknya juga akan mencalonkan Husam sebagai calon PH Kelantan bagi peringkat Parlimen, manakala Nik Omar bagi  DUN.

“Kita juga dan sedang berusaha untuk menarik lebih ramai rakyat menyokong PH termasuk di DUN Kota Lama dan Bunut Payung.

“Apa yang kita lihat sebanyak 25 peratus rakyat Kelantan sudah menolak gabungan Perikatan Nasional iaitu PAS dan UMNO,” ujarnya.

Tambahnya, perjuangan tersebut untuk menarik lebih ramai menyokong PH akan melibatkan beberapa bekas pemimpin Pas dan mereka mampu menjadi tonggak utama mencapai matlamat tersebut.


Kredit teks - UTUSAN ONLINE

Resit gambar - mstar

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan