Pengasas kicap, sos dan seri kaya Cap Kipas Udang, Datuk Lambak Mohamed meninggal dunia pada 9.15 pagi hari Selasa, 12 Mei 2020 di kediamannya di Larkin Jaya, Johor Bahru, Johor.
Jenazah Allahyarham Lambak yang telah berusia 100, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kebun Teh kira-kira 12.30 tengah hari, kata cucunya Amiza Abdul Aziz.
"Arwah tiada komplikasi penyakit, malah dia sihat sahaja sebelum ini," katanya ketika mengesahkan perkara itu ketika dihubungi agensi berita, Bernama.
Lambak meninggalkan balu Datin Rogayah Jusoh, berumur 94, dan 12 cahaya mata.
Produk yang dikeluarkan oleh syarikat Zara Foodstuff Industries Sdn Bhd sejak 1987 itu, tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat di negara ini, terutama produk kicap Habhal's .
Pada November 1981, syarikat ini pernah melantik Jalil Enterprise bagi membekalkan kicap secara kontrak dan apabila perjanjian ditamatkan pada November 1986 yang menyaksikan Jalil Enterprise mengusahakan produk kicap atas jenama sendiri iaitu Kicap Jalen pada Ogos 1988.
Kredit :
- Bernama
Iklan tv Kicap Cap Kipas Udang akhir tahun 1980-an.: