MENJUAL NASI LEMAK ADALAH SEKADAR SALAH SATU CONTOH PERNIAGAAN KECIL YANG BERPOTENSI BESAR. IA ADALAH GAMBARAN KASAR. BUAT KAJIAN TENTANG NASI LEMAK AGAR ANDA DAPAT MENGUASAI SELERA BAKAL PELANGGAN ANDA.
Bermula dari nasi lemak biasa, anda boleh menambah sedikit demi sedikit, dari semasa ke semasa "side dish" untuk nasi lemak berkenaan. Pilih lauk pauk tambahan yang sesuai dengan kemahiran anda memasak untuk dipakejkan dengan nasi lemak. Jika mampu, kekalkan identiti nasi lemak daun pisang kerana ia lebih baik untuk kesihatan dan aroma nasi lemak jadi lebih menyelerakan.
Namun jangan hanya berminat sebab pandang hasilnya tetapi fahamkan juga proses yang perlu dilalui sehingga ia berhasil.
(tapi orang kita nak benda mudah je...nak cepat kaya... mudah kelabu mata tengok gambar duit banyak berkepok-kepok terus nak masuk program yang diiklankan tanpa merujuk pada jabatan kerajaan yang berkenaan)
Tak perlu sertai money game, skim atau "seminar peluang buat duit" yang akhirnya tinggal kenangan pahit... Asalkan kita :
- Istiqamah dan berdoa pada Tuhan yang esa.
- Rajin dan peka buat kajian keperluan pasaran setempat / semasa
- Lokasi perniagaan yang sesuai dan selamat.
- Ambil lesen penjaja dari majlis tempatan sama ada sebagai penjaja stastik atau bergerak.
- Prihatin pada perubahan semasa pada kualiti makanan (jika berniaga makanan) atau perkhidmatan, layanan dan selera pelanggan
- Tahu risiko yang mampu ditanggung
- Displin menabung, berjimat cermat dan amanah (tidak culas)
kita mampu untuk menjana pendapatan yang memuaskan serta mencukupi keperluan hidup sebagai rakyat biasa.
Di bawah adalah rujukan tambahan mengenai potensi bisnes nasi lemak yang mampu mencapai pendapatan belasan ribu ringgit, yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook :
Kredit gambar nasi lemak :