Dari kalangan kita mungkin tidak menyedari bahawa telah melakukan "Tathaiyur". Kemungkinan ia telah diwarisi dari zaman ke zaman tanpa kita ketahui ianya melanggar akhlak dalam Islam.
Contoh-contoh Tathaiyur ialah :
* Ambil gambar tiga orang kononnya salah satu darinya akan pendek umur.
* Kupu-kupu masuk rumah kononnya ada orang yang nak datang.
* Keluar rumah terlupa sesuatu kononnya jangan patah balik kerumah atau sesuatu musibah akan berlaku.
* Tergigit lidah kononnya ada orang mengumpat hal kita.
* Rebus anak lesong, kononnya tolak hujan.
* TIdak dapat merasa sesuatu makanan kononnya jilat telapak jari supaya tidak kempunan.
* Diberak burung kononnya ada rezeki.
* Air minuman tumpah kononnya tiada rezeki.
* Sedang berbicara cicak berbunyi kononnya tanda perbualan itu benar.
* Menjamah makanan sebelum keluar rumah kononnya supaya tidak kempunan.
* Mimpi berak, kononnya akan ditimpa sakit.
Kenapa dikatakan syirik? Jom baca.
عن ابن مسعود رضي الله عنه قال : قال رسول اللّه، صلى الله صلى الله عليه وسلم : الطيره شرك، الطيره شرك، وما منا الا ولكن يذهبه بالتوكل
“Dari Ibnu Mas’ud R.A berkata: Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Bertathaiyur itu syirik, bertathaiyur itu syirik, dan tiada diantara kita yang tidak terlibat dengannya kecuali akan dijauhkan oleh Allah dengan bertawakkal”.
(H/R Ahmad [3411] at-Tibb. Turmizi [1539] as-Sair)
Bahaya At-Tathayyur…
“At-Tathaiyyur” dapat meniadakan “At-Tauhid” dari dua sisi:
1. Pelaku “At-Tathaiyyur” telah menghilangkan tawakkalnya kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala, serta bersandar kepada selain Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Padahal Allah Subhanahu Wa Ta’ala adalah satu-satunya tempat bergantung. Sebagaimana disebutkan dalam surah Al-Ikhlas ayat ke-2 (yang ertinya):
اَللّٰهُ الصَّمَدُ ۚ
Allah tempat meminta segala sesuatu.
[QS. Al-Ikhlas: Ayat 2]
Dan perintah Allah Subhanahu Wa Ta’ala:
فَاعْبُدْهُ وَتَوَكَّلْ عَلَيــــهِ
“Maka sembahlah Dia, dan bertawakkallah (hanya) kepada-Nya.” (Hud: 123)
2. Pelaku “At-Tathaiyyur” sesungguhnya bergantung kepada sesuatu yang tidak ada hakikatnya, bahkan hal itu hanya sebuah dugaan dan khayalannya sahaja (yang tidak layak untuk dijadikan tempat bergantung)
Wallahualam.