Kenali pemilik Kumpulan Barkath berserta Hacks dan Sunquick

Barkath Ali Abu Backer menunjukkan jenama popular iaitu Sunquick dan Hack, produk utama Kumpulan  Barkath 

Jika disebut nama Datuk Seri Barkath Ali Hj Abu Backer, ramai yang tidak kenal. Namun jika disebut nama produk gula-gula Hacks dan jus Sunquick,pastinya sudah berpuluh tahun menjadi pilihan masyarakat di Malaysia. 

Datuk Seri Barkath Ali Hj Abu Backer ialah pemilik Kumpulan Barkath, syarikat yang menghasilkan gula-gula Hacks dan jus Sunquick di Malaysia.

Asalnya bapa Barkath, arwah Haji Abu Backer buka kedai runcit kecil Barkath Stores di Pulau Pinang. Pada era 50'an, gula-gula Hacks yang diimport dari England mendapat sambutan yang cukup hebat di sini. 

Lalu arwah Haji Abu Backer menghubungi syarikat itu di England dan menyakinkan mereka yang beliau mampu menjadi ejen tunggal gula-gula itu. Disebabkan kesungguhan beliau, pembuat Hacks, White Hudson Pte Ltd bersetuju dan melantik arwah sebagai ejen tunggal Hacks untuk Malaya dan Singapura

Dalam tahun 1965, akibat kelewatan proses menghantar gula-gula Hacks dan juga akibat cukai yang tinggi dan persaingan harga, Haji Abu Backer telah meminta White Hudson Pte Ltd, supaya berkongsi niaga dengan Barkath Stores untuk menghasilkan gula-gula Hacks di Malaysia.

Lalu arwah menghantar anak lelakinya itu iaitu Datuk Seri Barkath ke England semata-mata untuk mempelajari teknik-teknik penghasilan dan pemasaran Hacks. Setahun kemudian, beliau telah kembali ke Malaysia dan dengan jayanya melancarkan syarikat Hacks Malaysia Sdn Bhd.

Dalam masa yang masa, Barkath Stores telah menjadi pengedar untuk minuman oren Sunquick yang dibuat oleh syarikat Denmark, Co-Ro Food A/S serta memasarkannya di dalam lebih daripada 80 negara di seluruh dunia. Dalam masa beberapa tahun selepas itu, Sunquick pun mereka telah hasilkan di kilang sendiri di Malaysia.


Kredit :
- gambar : mejatulis.my
- teks asal : Mohd Fateh (Facebbok)

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan