Ujang meninggal dunia


Penyanyi kumpulan rock Samudera yang popular pada era 1990-an, Sarsen (atau Sarfen) Husin atau Ujang Samudera, 50-an ditemui meninggal dunia di kediamannya di Felda Palong Timur Satu, Segamat, Johor (31 Januari 2017).

Pengurus kumpulan berkenaan, Mahadi Abdul Latif berkata, mayat Ujang ditemui rakan sekerja dan jiran yang memecah masuk rumahnya selepas mendapati dia tidak hadir bekerja selama enam hari.

"Ujang berasal dari Batu Pahat, Johor dan bekerja di sini serta tinggal sendirian. Rakan-rakannya hairan apabila dia menghilangkan diri tanpa khabar berita.

"Selepas beberapa hari, mereka akhirnya buat keputusan pergi ke rumahnya dan mendapati mayatnya dalam keadaan berulat dan dipercayai sudah meninggal dunia beberapa hari lalu.

"Allahyarham memang pernah mengadu dirinya kurang sihat, namun tak sangka ajalnya dalam keadaan begini," katanya.

Mahadi berkata, proses pengebumian belum dapat ditentukan kerana polis masih menjalankan siasatan.

Ketika zaman kegemilangannya, Samudera popular dengan lagu Salam Sejahtera, Titian Hasrat, Bila Diburu Kenangan dan banyak lagu lain.


*Sumber : Harian Metro

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan