ATLET Paralimpik negara, Abdul Latif Romly, menghadiahkan pingat emas ketiga negara di Sukan Paralimpik Rio apabila menewaskan pesaingnya yang lain dalam acara lompat jauh kategori T20 (kurang upaya intelektual), dengan catatan 7.60 meter (m) dalam lompatan kelima.
Atlet yang berasal dari Perlis itu dalam lompatan kedua, ketiga dan keempatnya sahaja sudahpun memecahkan rekod dunia bagi acara tersebut, dengan catatan 7.47m dan 7.54m.
Lompatan pertamanya dibatalkan, manakala lompatan keempat pula sekadar mencatatkan 6.79m.
Pada Sukan Malaysia (Sukma) di Sarawak lalu, Abdul latif mencatatkan lompatan sejauh 7.46 meter, mengatasi catatan peribadi terbaiknya 7.35m yang dilakukannya di Kejohanan Olahraga Dunia Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) 2015 di Doha.
Beliau merupakan antara atlet yang disebut-sebut sebagai prospek pingat untuk negara sebelum pemergian kontinjen negara ke Rio.
Terdahulu, Malaysia meraih emas pertama di Paralimpik Rio dalam acara 100m T36 (celebral palsy) yang disumbangkan Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, dengan rekod baharu dunia.
Pingat emas kedua negara diraih Muhammad Ziyad Zolkefli dengan rekod baharu dunia dalam acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran).
Sumber : astro AWANI