Keprihatinan Raja Salman terhadap mangsa kemalangan di Mekah



Umumnya mengetahui tragedi kren tumbang yang berlaku di Masjidilharam, Makkah pada Jumaat kira-kira pukul 5 petang waktu Arab Saudi (10 malam waktu Malaysia).

Susulan dari tragedi kren tumbang, Raja Salman dan kerajaan Arab Saudi umumkan :-

1. Bayar pampasan Riyal 1 juta ( = RM 1.14 juta) bagi waris si mati.

2. Bayar pampasan Riyal 1 juta bagi yang cedera dengan yang sebabkan kecacatan kekal.

3. Bayar pampasan riyal 500 ribu ( = RM573 ribu) bagi cedera yang lain.

4. Raja berikan jemputan khas seramai 2 orang dari waris si mati untuk tunai haji jemputan Diraja tahun 1437 H.

5. Membenarkan semua jemaah haji yang cedera sehingga tidak mampu tunai haji tahun ini dengan baik, untuk kembali menunaikan haji tahun hadapan dengan pakej jemputan Diraja.

6. Benarkan beberapa ahli keluarga mangsa yang terlantar di hospital VISA khas untuk menunggu di Saudi dan diberi perhatian khas kepada mereka sehingga pulang.

7. Syarikat pembinaan Ben Laden (pemilik kren dan projek), digantung dari semua yang sedang berjalan, dinilai semula bagi projek-projek sedang berjalan yang lain serta dilarang menyertai projek akan datang di Saudi SEHINGGA semua siasatan lengkap dan hukuman telah lengkap kemudian barulah disemak semula kelayakan syarikat ini untuk turut membida projek akan datang.

Ini kerana menurut siasatan awal, kren yang tumbang diletakkan di tempat yang salah dan posisi yang tidak selamat.

8. Dilarang semua anggota pekerja projek yang terbabit dari tinggalkan Saudi sehingga semua siasatan tamat.


*Terjemahan ringkas oleh https://www.facebook.com/DrZaharuddin

Sumber : www.alriyadh.com/1082991

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan