Seorang pakar perubatan Arab bernama Al Harith Ibnu Kaladah pernah
mengungkapkan, "perut merupakan sarang kepada penyakit, menahan diri itu
adalah ubat kepada segala penyakit".
Justeru itu, puasa mendidik kita
mengawal diri daripada mengambil makanan secara berlebihan kerana sikap
itu akan mengundang masalah kepada kesihatan.
Berpuasa mampu memberikan
manfaat kesihatan sekiranya kita menjaga dan mengawal apa yang ingin kita makan atau minum. Namun ada waktu dan keadaannya, kita perlu menggunakan jenis-jenis ubatan tertentu bagi merawat bahagian-bahagian tertentu pada diri kita.
Berikut adalah maklumat mengenai penggunaan ubat yang tidak membatakan puasa :
- Plaster
- Semua bentuk suntikan
- Ubat bawah lidah (dengan syarat hanya diletakkan bawah lidah dan tidak ditelan)
- Ubat jenis sapuan (krim atau salap)
- Ubat sembur hidung (dengan syarat tidak disedut)
- Ubat bius setempat dan bius separuh
- Ubat kumur
- Ubat titis mata, hidung dan telinga (dengan syarat tidak sampai batas gegendang telinga)
*info dari Kementerian Kesihatan Malaysia