Misai dan janggut berfesyen


Semasa zaman kanak-kanak atau remaja, orang bermisai 'melenting' @ melentik digambarkan sebagai seorang yang garang dan kebetulan pada zaman-zaman tertentu orang-orang yang mempunyai misai sebegitu mempunyai karektor yang tegas dan muka yang 'ketat'.

Ditambah lagi dengan janggut panjang yang dilihat bercantum dengan misai tersebut... Namun janggut sering dilihat sebagai 'aksesori' bagi pada ustaz atau guru agama.

Rasullullah SAW ada bersabda mengenai misai dan janggut.  Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:-
  • "Di antara fitrah Islam ialah mengerat misai dan memanjangkan janggut kerana sesungguhnya orang-orang Majusi memanjangkan misai mereka dan mengerat janggut, berbezalah kamu daripada mereka dengan mengerat misai kamu dan memanjangkan janggut-janggut kamu” (Ibnu Hibban)
Di dalam sebuah hadis yang di petik dari "Musannaf Ibn Abi Sayiban" diberitakan seorang Majusi yang telah mencukur janggutnya dan mempunyai misai yang panjang datang kepada Rasulullah SAW. Tatkala melihatkan ini Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
  • "Di dalam agama kami, kami diperintahkan mengerat misai dan memanjangkan janggut."
Namun, apakah yang anda fikirkan apabila melihat bentuk misai dan janggut seperti pada gambar di atas?. Gambar tersebut adalah daripada gambar peserta pertandingan misai dan janggut yang pernah dianjurkan di negara Perancis.

**walauapapun fesyen seperti janggut diwarnakan menggunakan inai, kebersihan perlu sentiasa dijaga bagi mengelakkan dari bakteria merebak.

**hati-hati, jangan sampai misai atau janggut anda tercelup dalam minuman atau sup anda...

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan