Burung bersujud apabila mendengar bacaan Al Quran di Masjidil Haram
"Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera..". - Al-Insaan , 12 |
Sujud
adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan
Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara zahirnya telah menunjukkan
"rasa merendah diri" seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam
keadaan berserah sepenuhnya, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa
"Ya
Allah hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai
dan hanya pada-Mu sahajalah tempat berserah dan memohon pertolongan...."
Sedangkan syaitan pun pernah bersujud pada Allah SWT.. Inikan pula manusia yang dimuliakan olehNya dengan dikurniakan akal dan iman untuk menjadi khalifah di bumi. Syaitan cuma tidak sujud pada Nabi Adam... Jika kita manusia ini tidak sujud, yakni mematuhi perintah Allah SWT..., maka siapalah kita ini?.
Di akhir zaman ini sekelompok manusia dilihat sujud kepada harta, pangkat serta kuasa. Kerana itulah sebesar-besar perkara yang mereka inginkan sepanjang hidup mereka yang mencari makan dalam arena politik. Mereka sanggup memfitnah, membuat sumpah dan bukti palsu bagi memburuk-burukkan dan menjahanamkan orang lain. Dengan berani mengambil hak orang lain dan menafikan hak orang yang sepatutnya mendapatkan sesuatu manfaat.
Merekalah dalang sebenar yang menjejaskan dan menghina institusi Raja / Sultan Melayu
Mereka ini juga sanggup berselindung disebalik "nama agama" atas tujuan meraih undi untuk menyelamatkan cengkaman kuasa mereka dalam pemerintahan dan pemerasan kelompok mereka di negara ini. Mempromosikan Islam hanya dari segi kosmetik sahaja dan dalam masa yang sama membenarkan persembahan artis luar negara yang membawa budaya yang merosakan akhlak pemuda pemudi di Malaysia.
Jika benar mereka memperjuangkan Islam, maka pasti kita hari ini dapat melihat sistem perundangan Islam digunapakai sepenuhnya setelah beberapa puluh tahun negara kita merdeka. Namun kita hari ini melihat negara kita masih menggunakan undang-undang yang diwarisi oleh penjajah yang mana ianya diibarat seperti "bom jangkamasa". Menuduh seseorang berzina, berkhalwat dan liwat bukan mengikut syariat Islam. Bagi mereka Al Quran digunakan sebagai "alat bersumpah" dengan sewenang-wenangnya dalam usaha mereka "menegakkan benang yang basah....".