Chimpanzi yang diberi nama "Kanzi" sedang berinteraksi dengan salah seorang pengajarnya
(video mengenai haiwan ini ada di akhir artikel)
Assalamualaikum...
Sesetengah haiwan sememangnya memiliki tahap kecerdasan otak yang boleh dikagumi. Haiwan seperti anjing dikatakan boleh membantu urusan manusia serta dilatih untuk tugasan tertentu. Dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsikan satu kisah mengenai chimpanzi yang diberi nama Kanzi.
Kanzi adalah sejenis beruk berusia 30 tahun (pada tahun 2011) yang cukup terkenal. Selain boleh berbincang dengan manusia dan memahami 450 patah perkataan, ia pernah menjadi tokoh dalam suatu buku. Haiwan ini mampu memahami dan berkomunikasi dengan manusia serta menggunakan 30 hingga 40 kata manusia setiap hari. Kerana kemampuannya, Kanzi sudah menjadi selebriti sejak akhir 1980an. Ia hidup di Great Ape Trust, Iowa, di mana seorang saintis iaitu Dr. Sue Savage Rumbaugh mengajarkannya "bicara" dengan menunjuk simbol di komputer.
Hingga kini, Kanzi mampu mengumpulkan dua kalimah dan menunjukkan penemuan luar biasa apabila dapat menyebut frasa baru. Kanzi juga mampu meniup belon, yang menjadi bukti bahawa ia mampu mengawal pernafasan. Sesuatu yang sebelum ini dipercayai hanya mampu dilakukan oleh manusia sahaja.
Saintis ini juga merawat Teco, anak Kanzi yang berusia 4 tahun, Teco mempunyai bakat seperti Kanzi, berkemampuan lingustik yang luar biasa. Apalagi Teco telah hidup dengan manusia sejak lahir. Kepopularitian Kanzi semakin meluas, ketika ia menjadi "subjek" buku di National Geographic dan majalah Time. Ia menjadi terkenal kerana menjadi haiwan pertama yang belajar bahasa secara semulajadi, bukan kerana "diperintah". Selain itu, ia juga mahir membuat peralatan dari batu, sehingga dapat membantu para saintis memahami tahap kemahiran manusia di zaman awal peradaban manusia di muka bumi ini.

Cuba kita bandingkan pula dengan kelakuan manusia pada hari ini. Ada keputusan yang dibuat oleh sesetengah golongan termasuklah di Malaysia menghasilkan keputusan yang dianggap bodoh. Banyak keputusan yang diambil berdasarkan frasa "buat dahulu, fikirkan kemudian". Buang anak, memfitnah, membunuh, merompak harta negara dan wang rakyat serta banyak lagi aksi kebodohan manusia yang amat memalukan. Ingatlah hanya Islam sahaja yang jadi penyelamat kebodohan manusia, bukannya dengan pelbagai slogan setiap kali negara bertukar pentadbir negara, tetapi hasil diakhirnya tetap mengutamakan kepentingan golongan tertentu sahaja. Rakyat jelata dibiarkan derita.