Assalamualaikum...
Pada masa kini, tidak lagi sukar untuk mencari segala macam maklumat yang diperlukan. Para pelajar mahupun usahawan dapat "menyelongkar" maklumat pada mana-mana media yang ada, terutamanya melalui internet.
Tetapi sememangnya pelbagai masalah akan terjadi sekiranya zaman semakin maju dan keperluan hidup makin meninggi. Kecanggihan teknologi tidak dapat disertai dengan "kecanggihan sikap" umat manusia. Ada kalangan kita menggunakan kemudahan yang disediakan untuk menyebar berita karut dan yang mengabui mata pihak-pihak tertentu yang hanya "membaca" berita dari satu sumber sahaja.
Kita seharusnya perlu lebih bersikap terbuka agar kita tidak tersilap berpegang kepada prinsip yang sesat, prinsip yang membodohkan masyarakat bukan politik. Banyak membaca luas pandangan, dengan itu barulah kita beroleh satu pemikiran yang seimbang, tidak dipengaruhi oleh kepentingan satu pihak sahaja...