Mana satu yang boleh pakai..?

Assalamualaikum...

Segala urusan saya semasa perjumpaan dengan Pengarah MARA Negeri Melaka telah selesai dengan baik.  Tetapi terdapat kemusykilan terhadap penyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah MARA Negeri Melaka, yang jelas bercanggah dengan kata-kata dari Pengarah MARA Daerah Melaka Tengah kepada saya pada perkara pembayaran sewa premis.

Saya telah diberitahu oleh Pengarah MARA Daerah Melaka Tengah, bahawa pihaknya sedia menerima pembayaran sewa premis walaupun jumlah yang dibayar itu tidak memenuhi kadar semasa yang ditetapkan.  Menurut cerita pengarah itu, ada penyewa premis MARA di Melaka yang hanya memperolehi pendapatan sebanyak RM30.00 pada bulan berkenaan kerana kemerosotan yang agak drastik semenjak pemindahan stesyen bas ke tapak yang terkini iaitu Melaka Sentral.  Dia hanya mampu membayar sewa sebanyak RM10.00 sahaja.

Pengarah MARA Daerah Melaka Tengah menjelaskan bahawa beliau menerima berapa sahaja yang termampu dibayar penyewa asalkan rekod pembayaran menunjukkan ianya dibuat secara berterusan.  Yang anehnya, lain pula cerita yang diperkatakan oleh Pengarah MARA peringkat Negeri Melaka.  Beliau mengatakan sewa wajib dibayar secara penuh, hanya tunggakkan sahaja yang dibenarkan dibayar dalam jumlah yang termampu. 

Dengan keadaan ekonomi semasa dan tahap perbelanjaan orang ramai yang semakin merosot, pendapatan para perniaga tidak menentu, lebih-lebih lagi pinjaman perniagaan seakan dibekukan.  Ini menyekat perkembangan usahawan baru seperti saya, yang benar-benar ikhlas menjalankan perniagaan.  Saya tidak memiliki "kabel" dalam mana-mana jabatan kerajaan mahupun swasta seperti yang dimiliki oleh sesetengah "usahawan besar" yang lain. 

Sebaliknya saya sedaya upaya bertahan dalam bidang perniagaan tanpa sokongan yang mencukupi dari pihak-pihak yang banyak berjanji pada awalnya, bahkan keluarga sendiri tidak menyokong "anak Melayu" ini berniaga...

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan