Petugas kesihatan buat seks dalam ambulans

 


Dua petugas kesihatan unit kecemasan di Britain dipecat selepas ditangkap melakukan hubungan intim di bahagian belakang sebuah ambulans baru-baru ini, lapor portal The Sun.

Emma Croydon, salah seorang pelaku tersebut, dilihat sedang memandu kereta miliknya ke tempat letak kenderaan kelab bola sepak Portsmouth FC sebelum masuk ke bahagian belakang sebuah ambulans bersama pemandunya.

Ketika dua pengawal keselamatan menghampiri ambulans berkenaan, mereka terkejut apabila mendapati pasangan itu dalam keadaan “menanggalkan pakaian” selain seluar lelaki dan kasut kelihatan dibongkar.

Insiden itu disiasat dan kedua-dua mereka dipecat atas kesalahan salah laku.

Bagaimanapun, Emma telah menafikan dakwaan melakukan hubungan intim tersebut dengan mengatakan bahawa pengawal keselamatan telah menipu pihak mahkamah tentang apa yang dilihat oleh mereka .

Ketika kejadian, Emma yang merupakan penjaga ambulans tersebut dikatakan ingin mengambil cuti sakit, apabila petugas keselamatan mendakwa melihat kenderaan itu masuk ke dalam stadium bola sepak Fratton Park di mana satu unit pusat pemindahan darah sedang beroperasi.

Dalam pada itu, ambulans dan kenderaan Emma diparkir bersebelahan antara satu sama lain sebelum dia dilihat masuk ke dalam kereta ambulans tersebut.

Namun, panel telah mengugurkan dakwaan wanita terbabit dengan mengatakan bahawa tidak dipercayai pengawal keselamatan itu menipu, malah perbuatan pasangan berkenaan turut dirakam sistem televisyen litar tertutup (CCTV).


Kredit : I Am Lejen


Kenangilah jasa-jasa Mahiaddin Yasin

 



Apa yang perlu kita fikirkan tentang dia selepas ini ?


1. Dia menang pilihanraya atas Tiket PKR dan bergabung dengan Pakatan Harapan untuk tumbangkan UMNO/BN yang dipanggil 'Kleptokrat'.

2. PH berjaya kalahkan UMNO/BN. PH jadi kerajaan.

3. Tiba-tiba dia khianat, sebab tak nak DAP. Sedangkan dia bersama-sama DAP, PKR (siap pakai lambang masa pilihan raya), Amanah, Warisan kalahkan UMNO/BN

4. Dia panggil UMNO/BN (Kleptokrat) dan PAS Bergabung dengan dia, bentuk kerajaan. Dia tinggalkan rakan- rakan dia yang berjuang bersama-sama kalahkan UMNO. PKR, Amanah, DAP terkontang-kanting dibuatnya. Dia pergi macam tu sahaja.

5. Hari ini, UMNO sudah tarik sokongan pada dia. Tidak ramai, cuma 14 orang MP sahaja, habis mahligai yang dibina atas landasan pengkhianatan bernama Perikatan Nasional.

6. Dia hilang majoriti. 

7. Tiba-tiba, dia tanpa segan silu, jemput pula PH untuk gabung dengan dia sebab UMNO dah tak sokong dia. 

Ironi, PH adalah rakan yang dia khianat dulu. Dia tinggalkan buta-buta macam tu saja, tapi kali ini, dia tebalkan muka dia ajak bermesra. Dia gunakan peluru yang sama, nak lawan kleptokrat katanya.


8. Orang macam ni, apa kita nak panggil?


Tepuk dada, tanya selera.


"Kifarah is Real". What you give you get back


#ThirdVoice


Kredit : Salin dan tampal dari Facebook

Beli salad - pakej dengan ular

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Alex White membeli bungkusan salad dari sebuah pasaraya di Sydney, Australia.

Ketika di rumah, beliau membuka bungkusan salad yang dibelinya itu dan terkejut apabila melihat ada sesuatu yang bergerak-gerak seakan cacing besar tersembunyi di dalamnya. Kemudiannya, Alex bertambah terkejut apabila mendapati "makhluk" itu tiba-tiba menjelirkan lidah.

Dia sedar ianya bukan cacing tetapi ianya merupakan seekor ular. “Saya agak panik ketika melihat lidah kecil ini keluar dari mulutnya. Ketika itulah saya sedari ianya ular bukannya cacing kerana cacing tidak mempunyai lidah...” kata White.

Menurut Alex dan pasangannya, ular tersebut kemudian bergerak dan seakan cuba melarikan diri dari bungkusan salah tersebut namun dengan pantas ditangkap semula oleh mereka. Ular itu kemudian dimasukkan ke dalam bekas makanan plastik bersama-sama dengan salad yang dibeli mereka.

Mereka memanggil organisasi penyelamat hidupan liar, WIRES dan seorang pakar datang dan mengambil ular tersebut pada waktu malamnya. Sebelum kedatangan pakar terbabit, mereka diberitahu oleh pihak WIRES agar segera pergi ke hospital jika ada digigit.

Ular tersebut adalah spesies paled-headed snake dan meskipun saiznya kecil tapi sangat berbisa dan agresif.


Kredit : https://nangtime.com/

Ulangtahun kelahiran ke 74 - Anwar Ibrahim

 

Selamat menyambut ulang tahun kelahiran buat Presiden Parti Keadilan Rakyat iaitu Dato Seri Diraja Dr Anwar Bin Ibrahim. 

Semoga beliau diberi kesihatan yang baik batin dan zahir untuk terus memimpin rakyat Malaysia agar kembali ke landasan yang sewajarnya. aamiin.... 🤲🏻

Biodata ringkas :

Dato' Seri Diraja Dr. (HC) Anwar bin Ibrahim (lahir 10 Ogos 1947) ialah seorang ahli politik Malaysia, yang berkhidmat sebagai Ahli Parlimen di Parlimen Malaysia, atas kapasitinya sebagai Ahli Parlimen Port Dickson. 

Di peringkat akar umbi, Datuk Seri Anwar merupakan presiden Parti Keadilan Rakyat dan Pengerusi Pakatan Harapan. Semasa awal kerjaya politiknya, beliau merupakan 'anak didik' Tun Dr. Mahathir Mohamad, tetapi kemudiannya tampil sebagai seorang pengkritik Tun Dr. Mahathir yang lantang.





Kemenangan Jason Kenny dibatalkan : emas milik Azizulhasni Awang !

 


Terkini berkaitan Olimpik Tokyo 2020 :

EMAS MILIK AZIZULHASNI AWANG ACARA KEIRIN, JASON KENNY GAGAL UJIAN DOPING

Pelumba Trek Berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang telah diisytiharkan selaku pemenang pingat Emas acara Keirin sukan olimpik Tokyo 2020 setelah atlit Great Britain, Jason Kenny didapati gagal ujian dadah, selepas memenangi acara tersebut. 

Sampel A air kencing pelumba Great Britain tersebut didapati mengandungi dadah jenis Anabolic Steroid, iaitu sejenis dadah yang digunakan untuk pembesaran otot atau PED (Performance Enchancing Drug).

Keputusan tersebut telah disahkan oleh IOC dan sekali gus membatalkan kemenangan pelumba Great Britain dan sekali gus mengangkat pemenang tempat kedua, Azizulhasni Awang ke tempat pertama iaitu Pingat Emas. 

Kemenangan ini sangat bermakna dan merupakan pingat Emas pertama Malaysia dalam sejarah Sukan Olimpik.

Walau bagaimanapun, kontingen Great Britain telah membuat rayuan dan meminta ujian semula dilakukan kepada sample B Jason Kenny.


☝️☝️☝️

Ini adalah contoh Berita Palsu yang sering disebarkan di laman web sosial. Kita harus berwaspada dan jangan kongsikan sekiranya tidak pasti atau berita yang diterima datangnya dari sumber yang tidak sahih. 


Jangan percaya terus sebarang berita dan pengumuman. Sila pastikan baca isi kandungan dengan betul dan siasat sumbernya.


Credit : Isu Politik Semasa

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan