14 syarikat paling kaya di negara masing-masing tahun 2012


Di dalam sesebuah negara yang pesat membangun dan maju, aktiviti perdagangan atau ekonominya sepatutnya rancak dan berdaya saing.  Maka saban waktu akan muncul syarikat-syarikat koporat ditubuhkan bagi mengambil bahagian dalam "kek ekonomi" sesebuah negara.

Pada artikel ini, saya kongsikan kepada para pembaca berkenaan dengan syarikat yang diiktiraf sebagai paling kaya di negara masing-masing untuk tahun 2012, yang dikeluarkan oleh Majalah Forbes.  

Forbes adalah sebuah majalah perniagaan terbitan dalam negara Amerika Syarikat yang dimiliki oleh Forbes Inc.  Diterbitkan dua kali seminggu, ia merupakan sumber utama untuk berita perniagaan dipercayai serta mempunyai artikel asli mengenai topik-topik kewangan, industri, pelaburan, dan pemasaran.

Berikut adalah senarai syarikat yang terkaya di dalam negara masing-masing :

  1. Japan : Toyota
  2. Korea Selatan : Samsung
  3. Germany : Volkswagen 
  4. Taiwan : Hon Hai Industri (syarikat elektrik) 
  5. Kanada : Manulife Financial (syarikat insurans dan perbankan) 
  6. Switzerland : Glencore International (syarikat perdagangan komoditi) 
  7. Belanda : Shell 
  8. Perancis : Total (syarikat petroleum) 
  9. Malaysia : Petronas 
  10. UK : BP (British Petroleum) 
  11. United Arab Emirates : International Petroleum Investment 
  12. China : Sinopec (syarikat petroleum) 
  13. Amerika Syarikat : ExxonMobil (syarikat petroleum) 
  14. Thailand : PTT (syarikat petroleum)

Video motivasi : bijak cari peluang - tak putus asa


Mempunyai pendidikan yang tinggi atau tidak, sebenarnya ia bukanlah faktor yang "terlalu" utama untuk seseorang mencapai kejayaan di dalam hidupnya.  Keazaman, usaha dan istiqamah dalam setiap perbuatan yang benar-benar menuju ke arah kejayaan yang dicita menjadi pemangkin kepada perubahan dalam mengejar impian dan menjadikannya suatu kejayaan.

Telah banyak contoh-contoh insan yang bermula dengan tiada apa-apa kepada dimiliki kepada memiliki segalanya.  Namun kejayaan yang mereka capai tidak semudah yang disangkakan.  Ada antara mereka yang terpaksa melalui jerit perit kepayahan hidup, menanggung kelaparan dan sebagainya dan akhirnya dengan kesabaran dan ketekunan, kejayaan dalam genggaman. 

Bagi umat Islam, telah diberi jaminan oleh Allah SWT bahawa dengan bersabar dan menunaikan solat adalah salah satu faktor untuk mencapai kejayaan. Allah SWT mendengar tiap rintihan hambaNya dan Dia tahu pada waktu bila yang terbaik untuk kejayaan dan kesenangan itu patut kamu nikmati.  Dalam pada itu, kita perlulah terus menerus memperbaiki dengan berusaha menambah ilmu serta kemahiran

Tonton video di bawah ini. Dalam lawak ada intisari pengajaran yang sangat bermanfaat untuk kita fikirkan mengenai harga sebuah kejayaan...


*
-Tiada perkara yang terlalu susah, tiada perkara yang terlalu senang.

Makhluk langsing / kayu memanjat bangunan di Russia

 

Di dalam internet telah tersebar video mengenai makhluk aneh yang seperti "Spiderman" melekat di tepi bangunan flat di negara Russia. Dalam budaya masyarakat Melayu dipanggil sebagai hantu galah, iaitu merujuk kepada makhluk jelmaan syaitan yang tinggi dan kurus.

"Makhluk kurus" atau "makhluk kayu" ini dikatakan oleh sebilangan pengguna internet sebagai hasil editan dari perisian Adobe After Effect, namun ada juga yang menyangkal dakwaan berkenaan dengan mengatakan bahawa dengan pergerakkan yang sangat unik dan terperinci, adalah hampir mustahil pengguna perisian tersebut dapat melakukannya dengan begitu teliti sekali.


Video Youtube :

Keputusan Acara Bola Sepak Sukan SEA 2013 - Malaysia lwn Singapura

Berikut adalah keputusan perlawanan ke tiga Malaysia bagi acara Bola Sepak Sukan SEA peringkat kumpulan A menentang Singapura yang merupakan perlawanan terakhir bagi mereka.

Perlawanan yang berlangsung pada 15 Disember 2013, pukul 5.30 petang (waktu Malaysia) disiarkan secara langsung oleh Astro Arena saluran 801,Tv9 dan RTM1

KEPUTUSAN SEMASA
(masa kedua)

MALAYSIA 1  -  1  SINGAPURA 
minit 61 (Singapura)
minit 90 (Malaysia)

Tiga cara jodoh itu datang

Allah SWT menetapkan tiga bentuk takdir dalam masalah jodoh iaitu cepat mendapatkan jodoh, lambat mendapatkan jodoh dan menunda mendapatkan jodoh sampai di akhirat kelak. Apapun pilihan jodoh yang ditentukan Allah adalah hal terbaik untuk kita. Allah SWT berfirman: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (Al Baqarah: 216).

Kita harus mematuhi aturan Allah SWT. Kita juga dibekalkan dengan akal dan petunjuk untuk memahami aturanNya. Ketika kita memutuskan untuk taat atau melanggar aturanNya adalah pilihan kita sendiri. Bagaimana cara kita untuk mendapatkan jodoh adalah pilihan kita. Dengan jalan yang diredhaiNya atau tidak. Tetapi hasil akhirnya tetap Allah SWT jua yang menentukan.
Maka dengan itu, boleh dikatakan jodoh itu datangnya dari tiga macam cara iaitu seperti berikut :


1. Jodoh dari Syaitan :

Kamu berdua berkenalan, berpegangan tangan dan terus buat maksiat. Akhirnya si wanita mengandung baru kamu menikah.


2. Jodoh dari Jin :


Kamu berdua berkenalan. Kamu suka pada dia. Tapi dia tidak sukapadamu. Akhirnya cinta di tolak lalu kamu menemui dukun untuk bertindak dan akhirnya si dia mahu bernikah denganmu.


3. Jodoh dari Allah SWT :


Kamu berdua berpandangan mata yang akhirnya menusuk ke qalbu, Kamu meminang dia, dan dia
menerima pinangan kamu. dan kamu berdua menikah. Insya'Allah kekal hingga akhir hayat. dan itulah yang di katakan cinta hingga ke syurga.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan