Sabda Rasulullah S.A.W tentang KELEBIHAN Beristighfar

http://ictniaga.blogspot.com
Astagfirullahal ‘adzim
(“Aku mohon keampunan kepada Allah Yang Maha Agung”)

Istighfar, kalimat yang sangat pendek, tapi memiliki makna yang sangat sangat dalam dan indah dalam hidup kita. Kerana dalam Istighfar itu mengandungi beberapa elemen rohani, sebagaimana dinyatakan di dalam Al-Quran mahupun Sunnah Rasulullah SAW. 

Sejumlah ayat tentang Istighfar atau pertaubatan sangat banyak diambil dari Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW

KELEBIHAN beristighfar seperti mana yang Rasulullah S.A.W bersabda

"Barangsiapa yang senantiasa Beristighfar.....maka ALLAH akan memberikan Kegembiraan dari setiap Kesedihannya, dan Kelapangan bagi setiap Kesempitan nya dan memberinya Rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka" (Hadith Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad) 

"Barangsiapa membiasakan diri untuk Beristighfar….ALLAH akan memberikan jalan keluar baginya dari setiap Kesulitan." (Hadith Riwayat Abu Daud) 
 
"Sungguh nya ALLAH lebih gembira dengan TAUBAT hamba Nya daripada Kegembiraan salah seorang dari kalian yang menemukan Unta nya yang hilang di padang pasir." (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)


Kesimpulannya :

  • Disayangi Allah SWT
  • Diampunkan dosanya
  • Didoakan oleh para malaikat
  • Dimurahkan rezeki
  • Diberi pelepasan oleh Allah SWT dari segala masalah
  • Ditinggikan kedudukan di sisi Allah SWT
  • Menambahkan keimanan

Rokok : dah jelas haram bagi umat Islam


Sejarah ringkas yang saya nak cerita dalam artikel ini adalah berkenaan pokok tembakau yang menghasilkan produk yang dinamakan rokok, seperti yang dimaklumkan oleh guru agama atau ustaz ialah berasal dari peristiwa syaitan ketakutan hingga terkencing-kencing lantaran dari mendengar kemurkaan Allah SWT.  Maka daripada kecing itulah tumbuhnya pokok atau benih tembakau.

Saya sertakan juga petikan komen empat tokoh agama yang terkenal yang memberi ulasan berkenaan dengan status rokok dan perbuatan merokok.  Mereka ialah  :


Ustaz Ahmad Dusuki
  • Lulusan Universiti Al-Azhar dlm bidang Syariah dan Undang-Undang, 
  • Pengasas Kompleks Darul Thibbun Nabawi, 
  • Penasihat Kompleks Ilmu Al-Azhari, 
  • Timbalan Presiden Gabungan Pengamal Perubatan Islam Malaysia (GAPPIMA).

Ustaz Don Daniyal
  • Lulusan Universiti Al Azhar, Kaherah, Mesir.
  • Pensyarah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
  • Mengendalikan program interaktif agama Islam, '30 Minit Ustaz Don' di saluran TV AlHijrah
  • Pendakwah bebas bertauliah

Sheikh Nuruddin
  • Lulusan Universiti Al Azhar, Kaherah, Mesir.
  • Pernah mengajar di Maahad Tarbiah Islamiah (MTI), Kampung Derang, Pokok Sena, Kedah
  • Menubuhkan pesantren beliau sendiri di Kalimantan
  • Menubuhkan Maahad Az-Zein Al-Makki Al-‘Ali Litafaqquh Fiddin di Ciampiea, Bogor, Jawa Barat, Indonesia.

Dr Zakir Abdul Karim Naik
  • Beliau doktor perubatan setelah mendapat Sarjana Perubatan dan Bedah (MBBS) dari University of Mumbai .
  • Merupakan ulama, pendakwah dan penceramah dengan tajuk utama perbandingan agama.
  • pengasas dan presiden Yayasan Penyelidikan Islam (PRF) yang memiliki channel TV Keamanan di Mumbai,India.

Kata mereka :

 

Maksud Muamalat Dalam Islam


Muamalat itu adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia,dengan memandang kepada aktiviti hidup seseorang seperti jual-beli, tukar-menukar, pinjam-meminjam dan sebagainya.

Muamalat juga merupakan tatacara atau peraturan dalam perhubungan manusia sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing yang berlandaskan syariat Allah s.w.t yang melibatkan bidang ekonomi dan sosial Islam .

Muamalat yang dimaksudkan ialah dalam bidang ekonomi yang menjadi tumpuan semua orang bagi memperoleh kesenangan hidup di dunia dan kebahagian di akhirat.

  

Segala harta yang ada di alam ini samada di muka bumi, dilaut atau di dasar adalah milik Allah s.w.t secara mutlak. Manusia disuruh memiliki harta yang di sediakan oleh Allah s.w.t melalui ilmu pengetahuan dan kemahiran yang di anugerahkan kepadanya. Mereka yang memiliki harta kekayaan di dunia adalah sebagai pemegang amanat Allah s.w.t dan bertanggungjawab terhadap harta-harta tersebut.
Firman Allah S.W.T, yang bermaksud :
Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan,maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantau dan makanlah daripada rezeki yang dikurniakan oleh Allah s.w.t dan ingatlah kepada Allah s.w.t jualah (tempat kembali kamu) di bangkitkan (maka hargailah nikmatnya dan takutilah kemurkaannya) 
(Surah Al-Mulk Ayat 15)

Mencari harta kekayaan amat di galakkan oleh Islam,kerana harta merupakan alat bagi mencapai kesenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Dengan harta tersebut seseorang itu dapat memenuhi keperluan hidupnya di samping dapat menunaikan tanggungjawabnya terhadap agama.

Dalam mencari harta kekayaan,umat Islam di kehendaki menggunakan sebahagian daripada hartanya pada jalan kebaikan dan kebajikan untuk faedah bersama. 

Awet Muda dengan makan Bertih Jagung?


Gandum dan jagung adalah dua jenis makanan yang mengandung polifenol paling tinggi apabila diproses menjadi makanan ringan. Ia dibuktikan oleh seorang profesor kimia dari University of Scranton AS, Joe Vinson  bersama dengan pasukan kaji selidiknya.

Menurut ABCNews, polifenol adalah sejenis antioksidan yang memiliki manfaat penting untuk kesihatan tubuh. Polifenol yang dihasilkan oleh sumber tanaman merupakan antioksidan dengan kadar yang paling tinggi.

Polifenol memiliki sifat anti-inflamasi, dan para ilmuan percaya bahawa polifenol dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, kanser dan penyakit kronik yang lain. Vinson menyatakan bahawa hampir semua jenis makanan berserat dan biji-bijian, merupakan sumber polifenol yang paling tinggi. 


“Pada awalnya, para peneliti berfikir bahawa serat adalah bahan aktif yang terkandung di dalam biji-bijian yang bermanfaat untuk mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung koroner,” kata Vinson.

“Namun kami lalu menemui bahawa polifenol merupakan sumber antioksidan yang lebih tinggi,” terang Vinson dengan lebih lanjut. Vinson dan pasukannya juga membuktikan, gandum mengandung antioksidan yang lebih tinggi (per gram), dibandingkan dengan buah-buahan dan sayuran lainnya. Vinson menemukan ‘popcorn’ sebagai makanan ringan yang memiliki kadar polifenol tertinggi atau sebanyak 2.6% bagi setiap hidangan.

Sementara biskut gandum hanya mengandung polifenol sebanyak 0.45% . Namun kerepek tortilla yang mana bahan asasnya  jagung mengandungi polifenol dengan jumlah yang paling sedikit.

Program PPC IklanSticky : mudah dan sempoi jana duit

Bosan tiada sales dalam program affiliate pay per sale (PPS) yang anda sertai? KINI, komisyen anda dibayar hanya memerlukan KLIK sahaja!

Di IklanSticky.com, kami sedia membayar komisyen tanpa pelawat membuat pembelian. Anda akan dibayar komisyen berdasarkan jumlah klik yang anda berjaya kumpul. Kami namakannya program Pay Per Click (PPC)
Dalam program PPC IklanSticky, tugasan anda cuma perlu promosikan link yang akan diberikan selepas pendaftaran. Setiap link adalah unik mengikut agen. Apabila pelawat mengeklik link anda, sistem akan rekod dan bayaran komisyen akan dibuat berdasarkan jumlah klik yang anda perolehi. IklanSticky akan memperuntukan RM2500 setiap bulan untuk dijadikan rebutan agen-agen. 

Semakin banyak klik yang anda dapat, semakin tinggi komisyen akan dibayar. Mulakan promosi anda hari ini dengan hanya sharing di Facebook atau letak banner IklanSticky di blog anda.

Mengapa anda harus menyertai program dari "IklanSticky"? :

- Program PPC Paling Sempoi
Mereka adalah platform PPC yang paling sempoi dan paling mudah menolong anda menjana pendapatan di internet.

- Kadar Bayaran Per Klik Tinggi
Komisyen adalah berdasarkan bilangan klik, semakin banyak klik anda dapat, semakin banyak komisyen akan dibayar pada hujung bulan nanti.

- Lebih Senang Hasil Klik
Salin dan tampal banner yang menarik dalam pelbagai saiz untuk menarik perhatian pelawat di blog atau sebarkan "link" melalui laman web sosial seperti Facebook.

- Cash out Yang Senang
Minimum kelayakkan cash out adalah hanya RM10.00. Komisyen akan dibayar terus ke akaun bank anda.

Berapa komisyen yang akan anda dapat untuk satu klik unik? :

IklanSticky.com akan memperuntukan komisyen berjumlah RM2500 setiap bulan untuk dijadikan rebutan agen-agen. Komisyen RM2500 akan diagihkan di minggu pertama bulan seterusnya kepada agen-agen yang mencapai kelayakkan minimum yang ditetapkan.

Komisyen per klik akan ditentukan berdasarkan jumlah klik keseluruhan agen yang terkumpul sehingga hujung bulan. Contohnya jika jumlah klik keseluruhan adalah 100,000 klik, maka jumlah komisyen per klik untuk bulan tersebut adalah adalah:

   RM2500/100,000klik = RM0.025/klik 

Jika anda berjaya mengumpul 10,000 klik yang telah diverified (disahkan), maka komisyen anda adalah RM0.025 x 10,000 = RM250, tiada had pay-out untuk seseorang agen.

Tetapi hanya klik yang unik sahaja akan diambil kira.  Bermaksud jika banyak klik yang anda dapat tetapi mempunyai alamat IP (Internet Protocol) komputer yang sama, hanya satu saja yang dikira.

Untuk menyertai program ini, marilah klik banner di bawah sekarang :

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan