Jualan jersi ASLI (ORIGINAL) Kelantan dan Johor Darul Takzim sempena Final Piala FA 2013



Debaran Piala FA 2013 akan sampai ke tarikh keramat bagi para peminat kedua-dua pasukan yang lawak ke pentas akhir ini.  Bagi kelab penyokong Kelantan dan Johor Darul Takzim, pastinya sudah merancana segala keperluan semasa kehadiran mereka dalam memberi sorakan dan sokongan moral sebagai peranan pemain ke 12 pada pasukan bola sepak masing-masing.

Selain dari mafla dan sepanduk, jersi atau t-shirt juga adalah barangan yang menjadi keutamaan untuk dipakai semasa menghadiri stadium. Pelbagai rekabentuk dan variasi corak terdapat pada jersi dan t-shirt para penyokong.

Sempena perlawanan akhir Piala FA Malaysia 2013 ini, saya mempelawa para penyokong Kelantan dan Johor Darul Takzim untuk membeli jersi pasukan masing-masing sebagai tanda sokongan anda kepada para pemain bola sepak Kelantan dan Johor Darul Takzim.  Jersi ini adalah jersi original dan terjamin kualitinya dari pengeluar.  Juga terdapat khidmat tambahan untuk meletak nama dan nombor pada jersi tertentu. Sila klik gambar di bawah untuk membeli jersi berkenaan secara online.  


Poslaju Percuma
Untuk pembelian 2 helai jersi ke atas dalam Malaysia


Koleksi Jersi Johor Darul Takzim :

Jersi Johor DT 2013 Away

Jersi Johor DT 2013 Home


Koleksi Jersi Kelantan :

Jersi Kelantan 2013 Home

Hasil Latihan 1 Malaysia : Asas Sulaman Manik 3D di Melaka


Pada 08 / 06 / 2013 hingga 09 / 06 / 2013 yang lalu, saya telah menyertai program Latihan 1 Malaysia iaitu bagi kursus Asas Sulaman Manik 3D. Sebelum ini saya dah biasa dengan benang dan jarum kerana saya membuat dan menjual keychain berasaskan fabrik felt cuma jahitan yang berkenaan dengan manik saya belum pernah belajar.

Kursus ini adalah dianjurkan melalui landasan GIATMARA Kota Melaka dengan kerjasama usahawan dari Kelab Usahawan GIATMARA Melaka iaitu syarikat  I Sha Creative Centre, yang bertempat di Tingkat 4, Kompleks Hang Tuah, Jalan Hang Tuah, Melaka.

Saya "join" kursus ini dengan matlamat untuk "upgrade" kan produk felt saya kerana di masa akan datang saya akan cuba untuk membuat produk-produk "free gift" atau "door gift" yang bersesuaian dengan majlis-majlis keraian seperti perkahwinan atau majlis ulang tahun.  Lebih menarik lagi, dalam kursus ini, saya merupakan peserta lelaki tunggal yang menyertainya.

Berikut saya kongsikan beberapa gambar suasana semasa kursus :


 

 


 Inilah hasil kraftangan berasaskan manik yang saya buat semasa menyertai kelas Asas Sulaman Manik 3D

Punca kerosakan hati manusia


Penyakit yang dihidapi manusia pada masa kini adalah lebih kepada gaya hidup individu berkenaan, keadaan persekitaran dan tabiat pemakanan.  Setiap aktiviti yang dilakukan mempunyai kesan sampingan yang akan mempengaruhi kesihatan fizikal dan emosi seseorang.

Satu faktor penting dalam penjagaan kesihatan yang tidak disedari ramai orang kerana kurang ditekankan tetapi amat penting untuk badan yang sihat ialah kesihatan hati. Menjaga kesihatan hati ialah langkah pertama dalam usaha mengubah amalan gaya hidup seseorang.

Hati ialah organ penting dalam badan manusia dengan menjalankan 500 fungsi yang diketahui termasuk menyimpan tenaga dan vitamin badan, mengeluarkan hormon dan hempedu serta membantu mengemulsikan lemak dalam badan.  Berikut adalah antara faktor-faktor yang menyumbang kepada kerosakan hati :

1 - Tidak buang air kecil di pagi hari.

2 - Tidak mengambil sarapan.

3 - Terlalu banyak makan.

4 - Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan perasa tiruan

5 - Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.

6 - Tidur lambat dan bangun lewat

7 - Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati. Sayuran seeloknya harus dimakan mentah atau dimasak 3-5 bahagian sahaja. Sayuran yang dimasak harus dimakan dalam satu sajian dan tidak disimpan.

8 - Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. Jangan mengambil terlalu banyak makanan berminyak walaupun makanan yang menggunakan minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. Elakkan mengambil makanan berminyak ketika anda dalam keadaan letih, kecuali ketika badan sedang dalam keadaan betul-betul fit.
Kita harus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan. Amalan pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastika tubuh kita untuk menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh.

Kurangkan makan makanan segera, lagi-lagi jika jika anda seorang yang berjaga waktu malam sehingga lewat pagi (terutamanya mereka yang bekerja sebagai pengawal keselamatan atau pelajar universiti yang mengulangkaji pelajaran lewat malam ).



**rujukan dari HarianIslam.com

Adab laki ketika bini mengandung


Alam perkahwinan adalah alam yang sangat membahagiakan bagi pasangan yang berkahwin dengan niat yang suci. Perkahwinan adalah melibatkan perkongsian dalam kehidupan seharian seperti makan minum, perasaan, tempat tinggal hatta tempat tidur dan bilik mandi.

Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. 

Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung :

1.Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat.

2.Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.

3.Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur.

4.Jangan mudah mengeluarkan perkataan talak kepada isteri.

5.Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut, “La ila ha illa anta subha naka inni kun tum minadzolimin” maksudnya “Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim”

6. Suami hedaklah kerap solat sunat atau solat hajat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.

Mengandung akan memberi tekanan terhadap wanita dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepam darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi, maka tugas para suamilah yang menjaga hati para isteri.


**rujukkan dari ceramah Ustaz Azhar Idrus

Bola Sepak Liga FAM : Melaka FA - PB Melayu Kedah (9 Jun 2013)



Sudah lama pasukan bola sepak Melaka tidak "mencetak" kejayaan di atas pentas liga bola sepak negara kita ini. Saban tahun prestasi merudum dan suram. Pelbagai usaha yang dibuat dilihat kurang meyakinkan dan tidak berjaya untuk menarik semula "anak Melaka" untuk kembali bermain semula di dalam pasukan ini.

Pelbagai spekulasi yang muncul dalam persatuan yang menguruskan pembangunan bola sepak negeri Melaka menyebabkan sebahagian besar peminat "menjauhkan" diri dari mengambil tahu perkembangan bol sepak Melaka. Apatah lagi sebelum ini ada kemungkinan individu yang dilantik untuk menjadi peneraju bola sepak negeri Melaka bukan "kaki bola".

Namun dalam beberapa tahun kebelakangan ini, masih ada saki baki peminat dan penyokong bola sepak negeri Melaka setia mengikuti dan memberi galakkan serta sokongan setiap kali ada perlawanan melibatkan Melaka, walaupun prestasi ibarat yoyo.

Kelompok penyekong ini sanggup "menyewa" bas untuk memberi sokongan sekiranya pasukan bola sepak Melaka menghadapi perlawanan di luar negeri Melaka.  Mereka ini masih lagi berdoa dan mengharapkan agar tahun 2013 menjadi tahun kebangkitan bola sepak Melaka sekaligus mensasarkan agar Pasukan Bola Sepak Negeri Melaka dapat menjayakan misi ke Liga Perdana 2014.

Ayuh anak-anak Melaka, datanglah ke Stadium Hang Tuah (Stadium Kubu) pada hari Ahad ini iaitu pada tarikh 9 Jun 2013, bermula jam 4.45 petang. Masuk adalah percuma.


** Kemaskini :  Melaka 3 - 2 PB Melayu Kedah

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan