Sebanyak tiga perlawanan bola sepak
telah berlangsung dengan menyaksikan Johor Darul Takzim, Negeri Sembilan dan PKNS FC menjadi tuan rumah melayan kunjungan Pahang, Selangor serta Kelantan.
Pilihanraya Umum kali ke 13 semakin tiba. Debaran para ahli politik dan
penyokongnya semakin tidak keruan. Setelah pelbagai "budi" ditabur,
"janji" yang disemai serta "fitnah" yang dilontar, makanya telah hampir
tiba masa yang sangat ditunggu sama ada kerajaan sedia ada dapat meneruskan legasi mereka ke atas tanah bertuah ini ataupun tahta kerajaan bertukar servis.
Dengan harapan agar segala urusan berlaku dan berjalan dengan lancar, Pilihanraya ke 13 2013 ini akan jadi medan ujian untuk mereka yang telah banyak berusaha dan bersabar dalam segala macam bentuk ujian dalam gelanggang politik di Malaysia.
Sila klik gambar di bawah untuk membuat semakan maklumat pengundian :
**Kemungkinan
anda perlu "refresh" atau "reload" laman web berkenaan sebelum dapat
membuat semakan maklumat. Ini kerana kemungkinan laman web yang
disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya telah menerima kunjungan yang
terlalu ramai dalam masa yang sama.
Pengertian bahagia itu adalah sesuatu yang tidak tetap dan sentiasa berubah-ubah nilainya.relati. Ia berubah-ubah dan
berbeza antara seorang individu dengan yang lain, bergantung pada persekitaran, keperluan semasa dan pengalaman hidup.
Sebagai contoh, bagi yang sakit,
mereka merasakan bahawa sihat itu adalah pengertian bahagia. Tetapi apabila sudah sihat, kebahagiaan
itu bukan lagi terletak pada kesihatan. Ia beralih pula kepada perkara yang lain.
Ada beberapa penyebab hati (perasaan / fikiran / akal) kita tidak bahagia. Antaranya ialah :
Ego
Riak
Bakhil
Tamak
Pemarah
Tidak sabar
Pendendam
Hasad dengki
Cinta dunia semata
Allah SWT ada memberitahu kita bahawa tiap penyakit ada ubatnya. Maka begitu juga dengan soal hati ini. Ada beberapa petua atau ubat untuk hati yang tidak bahagia, antaranya ialah :
Membaca Al-Quran beserta dengan maknanya
Membuat dan mengamalkan "solat malam"
Berkawan dengan orang-orang yang soleh
Perbanyakkan puasa sunat (selain dari puasa bulan ramadhan)
Kajian Dr. Elizabeth Ayoub, iaitu seorang pakar perubatan dan
biomolekul mengeluarkan amaran untuk gincu yang mengandungi plumbum,
yang merupakan karsinogen.
Dikhabarkan jenama 'Red Earth' menurun harga gincu dari $ 67,00 ke $ 9,90 (RM203.79 ke RM30.11). Ini disebabkan mereka ingin menghabiskan stok gincu seberapa segera sebelum larangan jualan ditarik oleh pihak berwajib, kerana telah tersebar dalam pasaran bahawa dalam kajian mendapati bahawa gincu jenama berkenaan mengandungi plumbum. Namun tidak dapat dipastikan sama ada jenama ini telah berada di Malaysia atau tidak.
Antara jenama lain yang mengandungi plumbum ialah :
Shiseido
Avon
Clinique
Eztee Lauder
Red Earth (Lip Gloss)
Chanel (Lip Conditioner)
Mark America
Motives
Lipstick
Semakin tinggi kandungan plumbum, risiko menjadi lebih besar
menyebabkan kanser. Selepas ujian dilakukan ke atas gincu bibir,
didapati bahawa jenama yang mempunyai kadar plumbum tertinggi terdapat dalam gincu keluaran AVON. Jika sesuatu gincu itu keras statik / tidak mudah patah, ia disebabkan oleh tahap plumbum yang tinggi.
Ambil ujian ini: 1. Sapukan sedikit gincu pada tangan anda; 2. Letakkan cincin emas pada gincu di tangan anda; 3. Jika perubahan warna gincu kepada warna hitam, gincu anda mengandungi plumbum.
**Kemungkinan ada yang menafikan kesahihan uji-kaji ini. Tetapi adalah lebih baik kita lebih berhati-hati dalam menggunakan barangan kecantikan. Tiada gunanya kelihatan cantik dan anggun sekiranya ia akan mendatangkan musibah dan kecelakaan kepada diri sendiri.
Katak ialah sejenis haiwan amfibia. Katak yang dewasa bercirikan kaki belakang yang panjang, badan yang pendek, jari berselaput, mata terjojol keluar dan tiada ekor tetapi ia mudah
bergerak di daratan dengan melompat atau memanjat. Katak biasanya bertelur di lopak, kolam atau tasik dan larvanya, iaitu berudu, berinsang dan bertumbuh dalam air.
Artikel kali ini bukan berkenaan dengan "kelas alam sekitar" tetapi saya mahu mengajak para pembaca agar menyelami dan mengambil pengajaran dari apa yang dilakukan oleh katak ini dalam menyelamatkan "anak bangsanya" dari kematian.
Amat berbeza pada masa kini manusia sebaliknya "membunuh" bangsanya sendiri terutamanya manusia yang meroyan untuk mempertahankan kuasa politik tanpa mengira cara halal atau haram, lebih-lebih lagi ketika hampir pilihanraya dan sepanjang mereka memegang kuasa, negara masih dikuasai undang-undang peninggalan penjajah. Hiburan melalaikan dan merosakkan telah lama dibawa masuk ke negara kita. Krisis keruntuhan moral dan iman masyarakat semakin meningkat. Sikap menghormati dan saling menyayangi sesama insan semakin tiris dan fitnah makin menjadi-jadi.
Tontonlah video di bawah ini :
Sanggup berbelanja besar memanggil artis Korea untuk tarik sokongan.....???.
Guna duit yang disimpan sejak kecil...?
**semoga kita tidak kematian akal dan ketandusan iman apabila disogok dengan duit atau hiburan yang lagha (melalaikan).