Keputusan perlawanan bola sepak Piala FA (10 Mac 2012)

 

KEPUTUSAN AKHIR
Singapore Lions XII    2  |  0   Betaria FC
Terengganu  1  |  0  Perak
Kelantan  3  |  2 Kuala Lumpur
Preah Khan Reach  0  |  1  SPA FC
Kedah  3  |  2  Perlis
Johor FC  2  |  2 Selangor ( penalti : Johor FC  5  |  4  Selangor )
USM  0  |  2  Sime Darby
Berikut adalah jadual perlawanan peringkat suku akhir :
SUKU AKHIR PERTAMA 24 MAC 2012 :

TERENGGANU - LIONS XII
SIME DARBY - JOHOR FC
KELANTAN - KL SPA
KEDAH - T-TEAM
SUKU AKHIR KEDUA 27 MAC 2012 :
LIONS XII - TERENGGANU
JOHOR FC - SIME DARBY
KL SPA - KELANTAN
T-TEAM - KEDAH

Berita Edisi Alternatif : Tuisyen Rakyat Dapat Sambutan Menggalakkan

 

TANJUNG KARANG, 8 MAC: Bersemangat untuk memperolehi keputusan peperiksaan lebih cemerlang, Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) Dun Sungai Burung menerima sambutan hangat di kalangan pelajar-pelajar yang bakal menduduki Peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) hujung tahun ini.
Menurut Penyelaras Dun Sungai Burong, Mohamad Judi Sarjo, kira-kira 140 orang pelajar yang layak telah mendaftarkan diri dalam program tersebut.

“Sebenarnya kouta cuma seratus pelajar sahaja untuk setiap Dun, tetapi sambutan amat menggalakkan hingga mencecah 140 pelajar.

“Jadi kami masukan semua 140 pelajar yang layak tu sertai program PTRS ini,” kata beliau.

Mohamad Judi turut berharap agar pelajar-pelajar yang berpeluang menyertai program ini tidak mensia-siakan kemudahan percuma yang disediakan kerajaan negeri.

PTRS merupakan sebuah program yang diwujudkan sebagai bantuan pendidikan berbentuk kelas tambahan percuma khusus untuk calon-calon SPM.

Program ini adalah anjuran Kerajaan Negeri Selangor di bawah portfolio Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor.

Program yang diadakan di semua 56 kawasan Dun ini ditawarkan kepada pelajar bakal menduduki SPM di seluruh Selangor dan pelajar yang terlibat adalah berasal daripada keluarga berpendapatan kurang RM1,500 dan mempunyai tahap pencapaian akademik sederhana atau lemah.

Empat matapelajaran yang ditawarkan dalam program ini adalah matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah.

Seramai 8,841 pelajar dari seluruh Selangor telah mengikuti program ini semenjak ianya dimulakan pada 2009.

Berita Edisi Alternatif : Dana untuk tabung pendidikan anak syarikat Selangor

 

Kerajaan Selangor  menyediakan Tabung  Pendidikan untuk Anak-anak syarikat dan Badan-badan Berkanun Negeri Selangor, berjumlah RM10 juta.  Tabung berkenaan bertujuan untuk memberi biasiswa, dermasiswa dan sebarang bentuk bantuan kepada warga kerja anak syarikat kerajaan negeri dan anak mereka yang berkelayakan melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

“Tabung Pendidikan Anak-anak Syarikat Negeri Selangor ini adalah salah satu program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) selaras dengan hasrat dan aspirasi Kerajaan Negeri Selangor merakyatkan ekonomi dan menjadi sebuah negeri maju, sejahtera dan berkebajikan,” kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan.

Menurutnya, dana permulaan tabung ini disumbangkan  Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan Kumpulan Darul Ehsan Berhad/Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS).

“Tabung Pendidikan Anak-anak Syarikat Negeri Selangor ini berkuatkuasa pada November tahun lalu dan akan dirasmikan DYMM Sultan Selangor pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak,” kata beliau.



Asyik Rugi Main Saham? Klik sini!

Keputusan perlawanan bola sepak Piala FA (9 Mac 2012) T-Team & Pahang

 
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu
8.45 malam


KEPUTUSAN AKHIR
  

PBDKT T-Team  (minit 56, 62, 93) 3 | 2 (minit 49, 58)  Pahang

 

20 sebab makruh semasa mengucap salam

 

Assalamualaikum.....

Secara umumnya, kalangan kita sudah mengetahui hukum memulakan salam adalah sunat dan dalil-dalilnya juga telah banyak kita temui. Menjawab salam pula hukumnya wajib…tetapi terdapat beberapa keadaan yang tidak disunatkan kita memberi salam dan tidak wajib menjawab.

Pada artikel kali ini saya berkongsi sebab-sebab jatuhnya hukum "makruh" ketika memberi salam...

1. Orang yang berwudhuk ( ketika sedang mengambil wudhuk )
2. Orang yang sedang berada didalam tandas
3. Orang yang sedang makan dan minum
4. Orang yang sedang berperang
5. Orang yang sedang membaca Al-Quran atau berdoa
6. Orang yang sedang berzikir dan bertalbiah ( ketika haji dan umrah )
7. Orang yang sedang mengajar,berkhutbah dan memberi nasihat
8. Orang yang mendengar khutbah dan nasihat.
9. Orang yang sedang azan dan iqamat.
10. Orang yang sedang qada’ hajat.
11. Orang yang sedang bersama isteri (bersetubuh)
12. Orang yang sedang iqamat
13. Orang yang sedang mabuk.
14. Orang yang sedang sibuk dengan urusan qadhi
15. Orang yang sedang solat
16. Orang gila
17. Kanak-kanak
18. Orang yang mengantuk atau sedang tidur
19. Orang yang sedang dalam urusan penghakiman
20. Salam lelaki kepada perempuan atau sebaliknya yang ditakuti membawa fitnah


**setiap perkara di atas perlu difahami secara baik bagi mengelakkan anda salah faham. Segalanya bergantung pada niat dan kita digalakkan oleh Islam agar bersangka baik terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kesimpulan.....



 *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* 




Anak Terlalu Nakal? Nak tahu cara mendidiknya? Klik Disini!

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan