Seminar Kenali Potensi Diri - Dr. Azizan Osman

Dr. Azizan Osman
Dewan C, Pusat Persidangan MITC

Pada hari Ahad, 12 Julai 2009, saya telah menyertai Seminar Kenali Potensi Diri ( untuk kebahagiaan, kesihatan,kekayaan dan kejayaan, yang disampaikan dan diasaskan oleh Dr.Azizan Osman, yang merupakan Moderator Workshop Rahsia Tarikh Lahir & Workshop Rahsia Kuasa Minda Jutawan, Personal & Business Coaching Program, serta pengasas Rich & Richer Resources Network. Ia dijalankan di dalam Dewan C, Ground Floor, Convention Centre, Melaka International Trade Centre Complex, Ayer Keroh Melaka.
Seminar tersebut dihadiri seramai 2000 peserta, kebanyakannya adalah yang tinggal atau bekerja di Melaka. Ada juga peserta yang berasal dari negeri lain, turut mengambil kesempatan menyertai seminar yang julung kali diadakan, sempena ulang tahun Pertama " Workshop Rahsia Tarikh Lahir - Kenali Potensi Diri".

Penyakit lama dalam bidang perniagaan



Sepanjang pemerhatian saya, masih lagi terdapat "penyakit lama" yang dihidapi peniaga ataupun usahawan Melayu, iaitu dengki, irihati yang tidak sihat, tamak tak kena tempat dan menggunakan segala macam ilmu sesat untuk memudaratkan orang / peniaga yang tidak disukai.

Ada usahawan Melayu bersaing secara tidak sihat & bijak dan tidak bekerjasama, tidak kiralah dari bidang perniagaan yang sama mahupun tidak. Yang peliknya walaupun usahawan / peniaga berhampiran jual barangan / perkhidmatan yang berbeza, tidak terkecuali dari mendapat tempias penyakit lama itu..

Segala agensi yang berkaitan dengan keusahawanan seperti Majlis Amanah Rakyat dan TEKUN telah lama menjalankan pelbagai kursus keusahawanan dalam memupuk sikap, sifat & semangat keusahawan yang tulin di kalangan usahawan Melayu & bumiputera, tetapi nampaknya ada para usahawan tidak dapat "menyerap" segala apa yang diajarkan dalam kursus tersebut.

Mereka menghadiri kursus semata-mata memenuhi syarat pinjaman perniagaan dan meminggirkan kepentingan ilmu yang boleh dimanfaatkan dalam perniagaan... Ada juga yang suka ambil tahu hal orang lain, tetapi bukan untuk menolong apa yang patut tetapi "mencari & mencipta" salah orang lain dan menyebarkannya. Ini sudah semacam satu hobi bagi peniaga yang tidak "sihat".

Seperlunya masyarakat peniaga ataupun usahawan Melayu sama-sama menyokong serta membangunkan perniagaan secara berkelompok. Jika kita berseorangan, sedikit sahaja kerja yang dapat dibuat, sebaliknya jika kita bersama dengan ramai sahabat, banyak kerja yang boleh dibuat...

Pening, pening....

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Bukan calang-calang orang yang boleh serta mampu menjalankan perniagaan bersyarikat iaitu secara serius & sepenuh masa. Kalau "menjerumuskan" diri dalam bidang perniagaan dan keusahawanan ini secara separuh hati ataupun kurang keteguhan hati, pasti mereka itu telah "gulung tikar" lebih awal.

Saya juga terkena tempias gelora dunia keusahawanan ini. Baru-baru ini saya telah menjalani satu pemeriksaan kesihatan. Hasil keputusan dari pemeriksaan kesihatan itu menunjukkan saya telah menghidapi "tekanan darah tinggi". Pegawai yang menjalankan pemeriksaan tersebut menyatakan saya ini mungkin mengalami tekanan perasaan, tension sebab tak cukup duit atau lain-lain hal yang berkaitan.

Memang benar kata pegawai itu. Saya mengalami tekanan perasaan dan kegelisahan yang teramat sangat. Duit tak cukup, pelanggan lambat buat bayaran, nak kumpul duit untuk bertunang dan berkahwin... macam-macamlah.. Umumnya mengetahui, sekiranya ingin menenangkan hati, disarankan supaya banyakkan solat dan berzikir. Tetapi pada saya " Tuhan " tidak terus memberi ketenangan pada setiap jiwa manusia, walaupun telah bersolat dan berzikir. Bukan bermakna " Tuhan " tidak memperdulikan hambaNya, tetapi Dia ingin menguji sejauh mana tekad dan usaha seseorang itu dalam mengejar cita-citanya. Dalam situasi begini, saya tidak pasti selama dan sejauh mana saya dapat bertahan.

Saya sekarang masih berusaha sekuat mungkin bagi melepasi halangan ini. Bukankah kejayaan serta kekayaan itu lebih nikmat dirasakan setelah bersusah payah dahulu...?

Tugasan di Stadium Hang Tuah, Melaka

Syukur kepada Allah kerana saya telah mendapat kepercayaan untuk membuat liputan mengenai perlawanan Liga Bola Sepak Piala KSMCA 2009 yang telah bermula sejak 16/05/2009 dan berakhir pada 10/06/2009, berlangsung di Stadium Hang Tuah, Melaka.

Perlawanan pada malam ini adalah perlawanan kumpulan A, antara pasukan OM Sakti Tampin dan Maybank FC serta pasukan KSMCA Cheng dan Cempaka FC.

Untuk mengetahui maklumat mengenai kejohanan ini, sila lawati laman blog http://creative-sports.blogspot.com

Adakah lengkap latihan yang ada pada kursus keusahawanan?

Sepanjang pengalaman saya dari awal pembabitan saya di dunia keusahawanan yakni dari mulanya saya menyertai mana-mana kursus keusahawanan yang dianjurkan oleh pihak yang berkenaan, boleh dikatakan tidak lengkap atau hampir lengkap. Mengapa saya berkata demikian?.
Ini kerana dari apa yang saya perolehi melalui kursus-kursus tersebut, jika dibandingkan dengan apa yang telah dan sedang saya lalui, masih ada beberapa perkara yang tidak "diajarkan" cara-cara bagi menghadapi,mengatasi atau menyelesaikan sebarang perkara yang timbul.
Salah satu contoh, sepanjang penyertaan saya dalam kursus keusahawanan, tidak adapun penceramah yang memberi penerangan atau tunjuk ajar dalam hal-hal yang berkaitan urusan dengan pihak majlis daerah ataupun majlis bandaraya.
Apa yang diajarkan, apa yang diterangkan dalam kursus-kursus keusahawanan tidak "berapa terang". Ianya tidak sepadan dengan keadaan sebenar dunia keusahawanan. Dalam dunia keusahawanan, terutamanya pada usahawan-usahawan Melayu yang baru, urusan yang berkaitan dengan pendaftaran lesen perniagaan amat penting. Usahawan baru perlu memahami dan mengetahui dokumentasi yang harus disediakan sebelum atau semasa sesuatu perniagaan itu ditubuhkan dan dijalankan.
Asingkan segala dokumen-dokumen berkaitan dengan perniagaan pada fail khas yang berlainan supaya lebih kemas dan memudahkan apabila ianya perlu dirujuk kembali. Rajin-rajinlah membaca buku-buku motivasi perniagaan dan saya sarankan pada semua usahawan-usahawan baru atau mereka yang berhasrat menjadi usahawan ( berniaga ), supaya membaca buku yang bertajuk "Berani Gagal", hasil karya Billi Lim.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan