🚨 Hutang RM1.5 trilion
🚨 Krisis ekonomi
🚨 Inflasi tinggi (4%)
🚨 Krisis keyakinan pelabur terhadap kerajaan 33 bulan yang tidak stabil dan tidak pernah diabsahkan.
Tidak sampai 10 bulan memimpin, negara berjaya keluar daripada krisis ekonomi di mana ekonomi negara berkembang 5.6% pada suku pertama 2023. Lebih baik daripada negara-negara ekonomi besar dunia yang lain.
Inflasi juga terus mereda setiap bulan dan terkini berada pada tahap terbaik 2%. Para pelabur juga sudah mula menunjukkan keyakinan untuk melabur pada Kerajaan Perpaduan yang stabil.
China, Brunei, Tesla, AWS, Infineon sudah beri komitmen dgn pelaburan berbilion ringgit. Insya Allah, jika diberi masa sehingga tamat penggal, tidak mustahil negara akan bangkit semula menjadi Harimau Asia dari segi pembangunan ekonomi.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah supaya lebih banyak masa diberikan kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk membangunkan ekonomi negara.
"Anwar hanya menyedari kesulitan kewangan kerajaan selepas memegang jawatan. Saya percaya beliau memerlukan lebih banyak masa," titah baginda pada Sabtu, 26 Ogos 2023.
Selain itu, baginda turut melahirkan rasa lega kerana lawatan rasmi Anwar ke China pada awal tahun ini berjaya membawa kembali banyak hasil positif kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Kredit :
• MUKHRIZ MAT HUSIN ( Sinar Harian )
• AMER7211 ( X / Twitter )