Minuman dan makanan yang menyebabkan perut berangin




Terdapat beberapa jenis makanan yang menyebabkan perut anda berangin

1. Makanan yang tinggi serat

Makanan yang tinggi serat mengandungi bahan yang tidak boleh dicernakan oleh usus manusia.

Oleh disebabkan itu, terdapat beberapa jenis bakteria di dalam usus manusia yang boleh menghasilkan enzim berfungsi untuk menguraikan makanan tersebut dan nutriennya diserap oleh bakteria dan juga usus manusia.

Tetapi dalam penguraian bahan tersebut, gas terhasil dan gas inilah yang menyebabkan perut menjadi berangin.

2. Air berkarbonat

Air bergas ini apabila diminum ia boleh menyebabkan masalah gastrik dan juga GERD. Kedua masalah ini sendiri boleh menyebabkan perut seseorang itu rasa berangin.

Bahkan gas yang berada di dalam minuman itu boleh keluar dan terkumpul di dalam perut menyebabkan simptom yang sama berlaku

3. Makanan masam atau berasid

Makanan ini akan menyebabkan masalah gastrik berlaku. Jesteru menghasilkan simptom perut berangin

4. Kafein

Akan menyebabkan penghasilan asid di dalam perut dan menjurus menjadi punca masalah gastrik dan juga GERD. Kedua-dua penyakit ini boleh menghasilkan simptom perut berangin

Kredit : The Diagnosa

Enam kriteria perlu dipenuhi untuk PKP tamat!



Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 6 kriteria ini perlu diambil kira untuk menentukan sama ada PKP akan disambung atau ditamatkan kelak.

Namun, beliau menjelaskan bahawa pihaknya hanya memberi pandangan, sumber diperlukan dan data kepada Perdana Menteri sebelum sebarang keputusan akhir dibuat.

Berikut adalah enam kriteria tersebut :

#1. Kemampuan mengawal sempadan daripada kes import.

#2. Kemampuan mengawal dan merawat pesakit positif daripada menjangkiti orang lain.

#3. Kemampuan sistem dan fasiliti kesihatan negara (makmal dan wad).

#4. Kemampuan negara dalam usaha melindungi golongan berisiko tinggi.

#5. Norma baharu (new normal) menjadi amalan hidup iaitu tiada lagi perhimpunan awam, penjarakan sosial dan kerap basuh tangan.

#6. Kemampuan negara dalam usaha melaksanakan langkah pencegahan dalam komuniti.

Sekiranya, rakyat Malaysia atau rakyat asing yang berada di dalam Malaysia, berjaya memenuhi keenam-enam kriteria di atas dalam usaha melawan COVID-19, kerajaan mungkin akan menamatkan PKP dalam masa yang dijangkakan.

Kredit teks asal : helloDOKTOR

Kredit gambar : BioSpectrum Asia

Situasi Covid 19 kembali teruk di bandar


Situasi COVID-19 di Beijing adalah sangat teruk, amaran seorang pegawai bandar itu susulan terdapat 27 kes jangkitan baharu dilaporkan di ibu kota China berpunca daripada kluster yang mencetuskan program jejak dan ujian yang besar.

Kemunculan semula kes COVID-19 dipercayai bermula di pasar borong makanan besar di bandar itu sekali gus mencetuskan penggera selepas China berjaya mengawal wabak itu melalui ujian besar-besar dan perintah berkurung 'drakonian' pada awal tahun ini.

Kes baharu itu menjadikan angka positif jangkitan COVID-19 di Beijing selepas lima hari kepada 106 kes, memaksa pihak berkuasa melaksanakan perintah berkurung di hampir 30 komuniti di bandar dan menjalankan ujian ke atas berpuluh ribu orang.

China melonggarkan sebahagian besar langkah 'anti-COVID-19' pada beberapa bulan lalu dengan kerajaan mengisytiharkan kemenangan terhadap penyakit itu yang muncul di Wuhan pada hujung tahun lalu.

"Situasi epidemik di ibu kota ini sangat teruk," kata jurucakap bandar Beijing, Xu Hejian yang memberi amaran pada sidang media.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga menyuarakan kebimbangan terhadap kluster berkenaan dan menunding jari kepada saiz dan penyambungan Beijing.

Jurucakap di bandar itu berkata, mereka akan menjalankan ujian terhadap pemilik gerai dan pengurus di semua pasar makanan, restoran serta kantin kerajaan.

Berdasarkan laporan agensi berita Xinhua, kapasiti ujian diperluaskan kepada 90,000 sehari.

Pengurus rantaian kedai runcit Shuguoyan, Zhao Honglei, berkata sebanyak 13 kakitangannya telah diuji negatif COVID-19.

Katanya, pelanggan kelihatan yakin dengan ujian yang dijalankan tetapi pesanan dalam talian mengalami peningkatan sepuluh kali ganda sejak kebelakangan ini.

"Orang awam bimbang dengan keadaan sesak di premis atau mereka takut dijangkiti," katanya.

Seorang pesara, Wu Yaling, 57, yang sedang beratur panjang di kedai yang dipenuhi orang berpelitup muka berkata, beliau cuba untuk tidak keluar terlalu kerap.

Hari ini dijalankan proses nyah cemar di 276 pasar pertanian dan 33,000 premis makanan dan minuman selain menutup 11 pasar, demikian menurut pegawai Beijing.

Selain itu, pihak berkuasa mengumumkan perintah berkurung di tujuh lagi kawasan perumahan pada hari ini.

Sejak 30 Mei lalu, terdapat 200,000 orang mengunjungi pasar Xinfadi yang membekalkan lebih 70 peratus buah dan sayur di Beijing.

Sementara itu, lebih 8,000 pekerja di pasar itu diuji dan dikuarantin. - AFP

Kredit : BH Online

Kapal Terbang Pos Asia Cargo milik Pos Malaysia



POS MALAYSIA MULA MENGGUNAKAN PESAWAT SENDIRI

Penerbangan pertama Kapal Terbang Pos Asia Cargo Jumaat lalu (12 Jun 2020) di KLIA.

Perkhidmatan pos menggunakan kapal terbang bagi meningkatkan urusan penghantaran surat dan bungkusan. Tahniah Pos Malaysia Berhad.




Sumber : Malaysia Airports (Facebook Fan Page)

#onenews
#PKPP
#covid19
#kitamestimenang
#urutankakitanjungrimaudalam

Perkara penting sebelum datang ke pasar terbuka


PASAR TERBUKA / PASAR PAGI, PASAR MALAM & BAZARIA AKAN MULA BEROPERASI PADA 15 JUN 2020.

Antara maklumat penting yang anda perlu ambil tahu sebelum 
ke Pasar.

1. Pengunjung mestilah berumur 13 tahun dan ke atas sahaja. 

2. Hanya dua (2) orang bagi satu keluarga sahaja yang dibenarkan masuk ke kawasan pasar

3. MESTILAH tidak terlibat sebagai PUS (Patient Under Surveillance) dan PUI (Patient Under Investigation) atau tidak dalam perintah kuarantin.


#TanyaSITI #MyGCC #MAMPU #JPM


Kerepek tiga rasa keluaran Maahad Tahfiz Al Haziq

Jualan kerepek tiga perisa

Ini merupakan Jualan Amal Covid 19 bagi tujuan membantu dana operasi Maahad Tahfiz Al Haziq yang bertempat di kawasan Semenyih, daerah Hulu Langat Selangor.

Mereka membuat kerepek ubi lada hitam, ubi pedas basah dan pisang tanduk.

Kos pembelian untuk tiga jenis kerepek ini (termasuk kos pos) bagi seluruh Semenanjung Malaysia ialah berjumlah RM45.00. Manakala bagi negeri Sabah ialah Rm55.00 dan seluruh Sarawak rm50.00.

Sila hantar mesej Whatsapp kepada mereka untuk pembelian dengan klik salah satu pautan Whatsapp di bawah :

Ustazah Nur Aini
Klik untuk mesej Whatsapp ----» www.wasap.my/601137234167

Ustaz Abdul Hasib
Klik untuk mesej Whatsapp ----» www.wasap.my/60179434873

Info tambahan :

- Maahad Tahfiz Al Haziq adalah sebuah sekolah (pusat pengajian) yang berdaftar dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ).


Caj tambahan gunting serta dandanan rambut naik mendadak


Caj pemotongan dan dandanan rambut akan dinaikkan antara RM5 hingga RM10 bagi setiap pelanggan.

Ia berikutan peningkatan kos operasi untuk menyediakan peralatan diperlukan operator kedai gunting atau salun dandanan rambut bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Wakil Gabungan Pendandan Rambut Malaysia, Bambang Sutrisno Soteto, berkata perkara itu dipersetujui tujuh persatuan gunting rambut yang menyertai gabungan berkenaan.

Tujuh persatuan itu adalah Persatuan Pendandan Malaysian (MHA); Persatuan Pendandan Bumiputera (BUHA); Persatuan Penggunting Rambut Bumiputera (MBBA); Persatuan Pembangunan Kemahiran Dandanan Rabut (HSDA); Persatuan Pemerkasaan JurugayaRambut India Malaysia (MIHASS); Persatuan Pengusaha Jurugaya Rambut India Malaysia (MINDAS) dan Persatuan Jurugaya Rambut India Selangor Wilayah Persekutuan (PJRISWP).

Beliau berkata, pengumuman membenarkan sektor itu kembali beroperasi sentiasa dinantikan pelbagai pihak, selain menegaskan lebih banyak kelonggaran diberi berbanding SOP asal dinyatakan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

"Kenaikan ini adalah minimum, selain operator atau pemilik perlu mengambil kira kapasiti pelanggan akan berkurang susulan pelaksanaan SOP ditetapkan kerajaan.

"Kenaikan caj ini juga mengambil kira keadaan semasa dan pelanggan. Sekarang ini bukan masa untuk kita mengaut keuntungan, sebaliknya memberi tumpuan untuk kembali beroperasi," katanya ketika dihubungi BH.

Beliau mengulas pengumuman kerajaan membenarkan kedai gunting dan dandanan rambut beroperasi semula dengan SOP ketat, mulai 10 Jun ini.

Aktiviti dibenarkan termasuk gunting dan cuci rambut asas; solekan dan rawatan rambut; cukur jambang dan misai; manikur dan pedikur serta cuci dan rawatan muka.

Golongan berisiko iaitu individu berusia 60 tahun ke atas, proses guntingan diwajibkan secara temu janji dan tanpa kehadiran lain-lain pengunjung daripada kumpulan umur lain, manakala ibu bapa dibenarkan hadir bersama bagi kanak- kanak berusia 12 tahun ke bawah.

SOP perlu dipatuhi termasuk pekerja perlu memakai pelitup separuh muka; set sarung tangan dan apron pakai buang serta tidak boleh berkongsi tuala bagi setiap pelanggan, selain jarak antara kerusi tukang gunting perlulah sekurang- kurangnya dua meter.

Sementara itu, Presiden MBBA, Winda Mohd Tahir, menggesa supaya semua pengusaha kedai gunting dan dandanan rambut mempamerkan senarai harga baharu bagi memudahkan pelanggan.

"Kita juga memberi jaminan untuk mematuhi setiap SOP ditetapkan kerajaan bagi operasi kedai gunting dan dandanan rambut, selain pelanggan juga perlu mengambil kira perkara ini sebelum berkunjung ke premis bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

"Saya faham ramai teruja untuk potong rambut masing-masing, selain yakin kita mampu membanteras penularan COVID-19 jika semua pihak memberi kerjasama dan mematuhi setiap SOP ditetapkan," katanya.

Info caj gunting rambut sebelum PKP :

(Kedai gunting rambut)

Standard - RM12 hingga RM15

Gaya hipster/trend - RM20 hingga RM25

(Salun dandanan rambut bagi kelas pertengahan di Lembah Klang)

Cuci dan potong - RM40 hingga RM50 (lelaki) / RM60 hingga RM80 (wanita)

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan