Hari pertama di Smartech Stationaries



Hari ini adalah hari pertama penulis berkhidmat di syarikat tersebut dalam usaha penulis mengumpul modal serta pengalaman. Setakat ini keadaan adalah baik dan terkawal. Seronok juga sesekali pelanggan yang terdiri dari pelajar Kolej Profesional Mara dan UiTm cawangan kampus Bandaraya, Melaka memanggil penulis abang... ada juga yang memanggil "awak".

Penulis dapat merasakan sesuatu yang baru dan terbaik dapat disumbangkan pada perniagaan ini. Walaupun bukan syarikat kepunyaan penulis, namun penulis sentiasa memberi komitmen sepenuhnya ketika berkhidmat di Smartech Stationaries.

Berkhidmat sementara di Smartech Stationary


Assalamualaikum...

Bermula pada 17 september 2007, penulis berkhidmat di Smartech Stationary, Plaza Usahawan, Melaka. Penulis mengambil keputusan untuk berkhidmat di syarikat ini kerana ingin mengumpul modal bagi membiayai sedikit sebanyak perjalanan bisnes penulis sendiri. Terlangsungnya penulis dapat juga menimba pengalaman dalam bidang bisnes yang hampir serupa dengan bisnes penulis.

Cabaran untuk menjadi usahawan...

Assalamualaikum...

Penulis telah lama menyedari bahawa "menjadi usahawan" ataupun memiliki perniagaan sendiri bukannya semudah dilihat ataupun dikata. Mereka yang ingin menceburi bidang keusahawanan dan perniagaan ini perlu bersedia dari segi mental dan fizikal kerana cabaran serta dugaan dalam "sepak terajang" dunia perniagaan terlalu hebat. Sesiapa yang patah semangat atau mudah putus asa akan cepat mengalah, lantas menarik diri dengan segera dari "dunia bisnes".

Bagi penulis sesuatu pekerjaan itu tidak kira dalam apa jua sektor perlu ada ketekunan serta kesungguhan menjalankannya. Penulis telah menyertai beberapa kursus atau seminar yang berkaitan dunia keusahawanan sebagai bekalan dalam menyertai dunia "peperangan" ini, malah tidak pernah berpuas hati dengan apa yang ada. Penulis masih lagi "memburu" kursus-kursus keusahawanan atau yang seumpama dengannya ( terutamanya yang berkaitan dengan bisnes komputer serta ICT ).

Cabaran serta dugaan datang bukan sahaja dari persekitaran luaran malah persekitaran dalaman penulis sendiri. Penulis tidak mendapat sokongan yang sewajarnya dari orang-orang yang sepatutnya. Ditambah lagi dengan karenah birokrasi pihak-pihak tertentu yang semestinya penulis akan berurusan dengan mereka.

Tetapi penulis tidak berputus asa. Penulis akan menyusun semula strategi dan perancangan untuk mencapai matlamat perniagaan penulis. Oleh kerana itulah penulis amat suka membaca buku-buku motivasi perniagaan serta berhubungan dengan individu-individu yang dapat membantu penulis dalam meniti perjalanan perniagaan ini... Doakan penulis berjaya dalam usaha ini...

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan