Adakah perbezaan antara Tempeyek dan Rempeyek?

 

Ya, ada perbezaan kecil tetapi signifikan antara tempeyek dan rempeyek, terutama dari segi :




🍘 1. Nama & Sebutan

  • Rempeyek
    → Sebutan paling lazim di Indonesia, terutama di Jawa.
    → Asal katanya dipercayai dari bunyi "peyek" (bunyi renyah ketika dimakan). 

  • Tempeyek
    → Sebutan lebih lazim di Malaysia (terutamanya dalam kalangan orang Melayu).
    → Biasanya merujuk kepada versi yang mengandungi tempe atau kacang, bukan kosong.




🧂 2. Bahan Utama

Ciri Rempeyek (Indonesia) Tempeyek (Malaysia)
Tepung Tepung beras + rempah Tepung beras + santan atau kunyit
Bahan Isi Kacang tanah, ikan bilis, kacang hijau, udang kecil Tempe goreng nipis, kacang tanah, ikan bilis
Rasa Lebih rangup dan berbumbu kuat Ada variasi rasa lemak santan, kadang lebih lembut


🍳 3. Teknik & Bentuk

  • Rempeyek selalunya nipis, rangup, dan dibentuk melekap pada kuali.

  • Tempeyek kadang lebih tebal, dan ada juga yang dicetak berbentuk bulat, sesuai untuk pasaran jualan tempatan.




🌍 4. Konteks Budaya & Asal Usul

  • Rempeyek berasal dari budaya Jawa, Indonesia.

  • Tempeyek berkembang di Malaysia dengan pengaruh budaya Jawa-Melayu.




Kesimpulan Ringkas :


Rempeyek = istilah asal dari Indonesiabiasanya berisi biji ketumbar, jintan manis, jintan putih, bawang putih, kacang dal, ikan bilis dengan tekstur rangup.

Tempeyek = versi rempeyek di Malaysia, sering mengandungi tempe goreng nipis. Biasanya berisi kacang tanah, ikan bilis garing dan lain-lain bahan yang hampir sama dengan resipi tempeyek.
 



Walau bagaimanapun, dalam konteks tertentu, "tempeyek" mungkin hanya kesilapan ejaan atau dialek untuk "rempeyek". Bentuknya serupa dengan rempeyek, iaitu nipis dan rangup, tetapi mungkin lebih tebal bergantung pada resepi.

Bagaimana Malaysia boleh dapat pemain berpengkalan di Amerika Latin dan Eropah ?

 


Pada Disember 2024, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail telah bertemu Presiden FIFA, Gianni Infantino untuk menyatakan hasrat mahu merevolusikan bolasepak Malaysia dan memohon pihak FIFA memberikan database pemain-pemain berdarah Malaysia terutama di Amerika Latin  dan Eropah.  Infantino menyambut baik permohonan TMJ dan seterusnya FIFA sendiri membantu dalam menyediakan pengkalan data pemain-pemain warisan Malaysia di seluruh dunia.

Dan sejak itu bermula lah kerja keras team TMJ  menghubungi ,  memilih dan memujuk pemain-pemain warisan yang telah dikenalpasti  untuk menyertai Harimau Malaya.
Pemain-pemain yang dipilih ini di terangkan dengan rapi dan jelas  mengenai visi , hala tuju pasukan kebangsaan Malaysia dan kesemua kemudahan dan fasiliti yang akan disediakan untuk mereka.

Jadi tidak timbul isu pemalsuan dokumen atau sebagainya kerana pihak  FIFA sendiri yang memberikan pengkalan data pemain-pemain warisan Harimau Malaya.

Keropok Losong Terengganu

 

Keropok Losong Vacuum Sejukbeku Terengganu berharga RM7.99.


Dapatkan maklumat lanjut serta pembelian melalui Shopee
👇🏽👇🏼👇🏻 https://s.shopee.com.my/9f8qwCDXYg?share_channel_code=1.


#keropoklosongterengganu #keropoklosong #keropok #makanantradisional #vacuumfrozen #terengganu


Malaysia lwn Cape Verde : 29/02/2025

 

Perlawanan ini adalah sebahagian daripada persiapan Malaysia menghadapi Kelayakan Piala Asia 2027. Jurulatih Cape Verde menekankan untuk mendapatkan pengalaman dan bukannya memberi tumpuan kepada kedudukan, menonjolkan kepentingan perlawanan sedemikian untuk perkembangan pasukan mereka. Ini adalah lawatan pertama Cape Verde ke Malaysia, dan mereka melihatnya sebagai peluang untuk meningkatkan pengiktirafan global.


Keputusan penuh :


Malaysia 1 - 1 Cape Verde
8'    Sidny Lopes Cabral ( Cape Verde )
79'  Paulo Josue Sturmer dos Reis ( Malaysia )




Cara untuk berniaga di PJ Night Car Boot Sale


Soalan yang kerap ditanya berkenaan PJ Night Car Boot Sale :

1. Macam mana nak join berniaga ?

• Setiap hari Sabtu boleh datang terus walk in ke tapak PJ Night Car Boot Sale , Tingkat 1, Kompleks C MBPJ, PJ New Town, Petaling Jaya Selangor, seawal jam 6.00 petang

• Buat tempahan awal melalui link borang tempahan yang diberi di dalam Whatsapp group pada setiap hari Ahad. ( Link Whatsapp group ---> https://bit.ly/pjncbs-whatsapp )

Jadual Carboot Sale
🛍️ Mula penyusunan barang : 6.00 PM
🚗 Masa rasmi jualan bermula : 8.00 PM - 12:00 AM
⏳  Peniaga wajib ada sebelum 8.30 PM
🏁Peniaga hanya dibenarkan mengemas barang niaga pada 11.45 PM


2. Berapa harga sewaan tapak niaga ?

- RM15 : jika tempahan awal dibuat pada hari Ahad untuk sesi hari Sabtu berikutnya

- RM20 : jika tempahan dibuat antara Isnin hingga Jumaat

- RM25 : jika masuk walk - in pada hari Sabtu ( tiada tempahan online dibuka pada hari Sabtu )

3.Boleh jual apa di sini ?

- konsep jualan adalah untuk semua jenis barang terpakai dan baru yang selagi tidak melanggar undang-undang negara. Makan dan minuman turut boleh dijual tetapi yang "ready pack" dari rumah sahaja.

- Makanan dan minuman untuk jualan wajib yang ready packdibungkus / dimasuk dalam bekas / plastik & sebagainya ) dari rumah sahaja. Pastikan kebersihan dijaga dari peringkat awal pembuatan hingga akhir pembungkusan.

Tidak dibenarkan sebarang bentuk aktiviti membancuh, menuang, mencedok, atau memasak di tapak niaga ( ini termasuklah kepada ketulan ais ) - tertakluk pada perubahan semasa dari pihak MBPJ

4.Ramai orang ke ?

- Peniaga silih berganti dan bebas berniaga di pelbagai lokasi CBS , namun buat masa sekarang alhamdulillah keadaan semakin membaik dengan kehadiran peniaga lama yang sedia ada serta kemasukan peniaga baru . 

- Pihak pengurusan dan individu peniaga ada mengambil inisiatif dengan membuat hantaran iklan percuma dan berbayar di Facebook setiap minggu.

- Sifir mudahnya ialah peniaga wajib ramai datang berniaga terlebih dahulu sebelum mengharapkan pengunjung berbondong-bondong datang.

Nak janji bulan bintang tak ada, tapi turun berniaga, insha Allah ada rezeki masing-masing 🤲🏼

Whatsapp pengurusan PJNCBS


( sekiranya anda dimasukan ke dalam kumpulan Whatsapp PJNCBS, hanya yang datang berniaga pada hari Sabtu sahaja yang digalakkan buat hantaran iklan pada Jumaat dan Sabtu ).

Jangan jadikan kumpulan Whatsapp PJNCBS sebagai tempat lambakan iklan tetapi langsung tidak datang berniaga )

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan